Wednesday, February 24, 2010

Penat Sangatlah Tu...


Jari siapa yang molek2 ni ya? Yang tergolek 3 biji tu apa pulak? Kalau anda semua nak tahu, itulah jari-jemari Adik. Yang bulat2 tu pulak ialah Jemput2 Pisang.  Cam gini ceritanya :

Semalam, Adik sampai lewat dari sekolah sebab van satu lagi mengalami kemalangan. Saya telefon Kak Pah, sekadar bertanya kenapa lambat sangat Adik sampai. Biasanya sebelum 3:30 petang Adik dah sampai. Semalam tunggu sampai 3:50 petang masih belum sampai lagi. Hampir jam 4:00 petang baru Adik sampai.

Lepas tu terus pergi mengaji. Disebabkan Abang Ngah tak ada, saya yang pergi hantar dia. Kami berjalan kaki je. Tak jauh pun rumah Kak Normah tempat Adik mengaji tu, kat depan taman permainan tu je. Habis je mengaji, Adik singgah kat taman permainan tu sekejap.

Sampai aje kat rumah, dia terus bukak baju sebab kepanasan. Lepas tu dia bukak tudung saji atas meja makan dan berulang-kali memakan jemput2 tu sambil tengok tv. Ambil 2,3 biji...baring depan tv sambil makan. Habis nanti dia ambil lagi..dan lagi...dan lagi! Masa tu saya tengah memotong kek pisang membelakangkan dia. Sedar2 aje dia dah senyap! Rupa2nya dah tertidur atas sofa. Suruh Ayong angkat Adik ke bawah. Masa tu lah kami nampak ditangannya masih ada 3 biji jemput2 yang tak sempat nak dihabiskan. Adik...Adik!!!!



Lena tidurnya...

Dengan 3 biji jemput2 menjadi teman...

2 comments:

CikMin said...

salam kak..alahai..jadi kesian lak cikmin tengo adik tido sambey tergolek jemput2 pisang ni..hihihi..

p/s kak ita dan keluarga sihat ke? maaf la ye lama tak berkunjung..sdg menstabilkan cikmin.com tu ha..maklum la domain berbayar ni kan.xmo buang duit camtu je.. :)

kak ina kl said...

salam Azita...alahai kesiannya tenguk anak kamu ni..nasibbaik dia tak masukkan dalam mulut masa nak tidur..kalau idak tentu susah nak bernafas..