Sunday, February 7, 2010

Puding Roti, Donut, Strawberi Dan Cubaan


Macam yang saya kata, saya ni tidaklah sepandai mana pun...tapi saya suka mencuba. Tak kisahlah dalam hal apa pun. Kadang2 setiap percubaan memerlukan perhatian yang sepenuhnya, kadang2 cukup sekadar gitu2 je. Ada juga percubaan yang memerlukan RM samada sikit ataupun banyak. Bila tiba yang ini, kena fikir banyak kali dulu. Kena timbang2kan supaya kanan sama berat dengan yang kiri...tak le senget sebelah nanti. Bila dah senget, susah dan ambil masa nak bagi tegak dan seimbang semula. Sama jugalah dengan lain2 percubaan...cuba nak jadi orang baik, cuba nak jadi orang jahat, cuba nak kaya, cuba nak pandai, cuba nak mencuba, cuba nak bershopping sakan, cuba nak menghabiskan 30 juzuk al-Quran lagi dan lagi, dan macam2 lagi. Semuanya memerlukan pengorbanan dan ketekunan tapi mestilah dengan pertimbangan akal yang betul. Kadang2 tu, tepuk dada tanya selera boleh diambil pakai. Kadang2 tu tepuk dada tanya iman lebih berkesan.

Jom tengok apa yang saya masak semalam (Sabtu)...

Puding Roti Marble ini dibawa ke majlis AMTPP semalam...

Donut yang masih bogel untuk minum petang...

Selepas balik dari AMTPP, baru pakaikan dengan cokelat dan color ball...

Yang ini pulak salut cokelat dan color rise...

Yang ni salut cokelat aje...

This is Strawberry Chocolate...

Strawberi ni saya beli semasa shopping barang dapur di Econsave Khamis lepas. Masih ada baki, salut dengan cokelat je semasa salut donut tu...


No comments: