Wednesday, February 10, 2010

Cuti 40 Hari

Setiap pagi dari Isnin hingga Jumaat, selepas 3 orang anak ke sekolah dan hubby ke tempat kerja, tinggallah saya dengan Adik saja di rumah. Dan pagi tadi...

Mak, lepas ni Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November...lepas tu Desember kan?

Ya, kenapa?

Nanti Adik cuti 40 hari, kan?

Ya, kenapa?

Nanti mak pergi Giant, Tesco, jalan-jalan, makan-makan. Lepas tu kita naik bas 2 tingkat balik kampung Pah, ya mak?

Tak, kenapa?

Adik nak naik bas 2 tingkat tu lagi....! (dengan suara mendayu jer...)

Nanti Adik cuti 40 hari, kita nak pergi beli baju sekolah Adik, kasut sekolah Adik...(suara memujuk ni...), kan tahun 2011 (two thousand eleven) Adik sekolah kebangsaan!

Oooo...Adik sekolah Abang Yang ye? Lepas tu sekolah Abang Ngah, kan?

Ya....!!!

Adik nak pergi beli baju sekolah lah! (dah tukar fikiran....)


Adik memang dah teruja sangat2 nak ke sekolah kebangsaan.....

3 comments:

Sue @ Nenie said...

Haaaa ha ha ha ingatkan adik ajak gi giant naik bas 2tingkat tadi...rupa²nya ajak balik kg ....

hazila said...

Ingatkan Kak Ita yg nak cuti 40 hari.

Azita Zain said...

sue :
nk ke giant tak yah naik bas 2 tingkat pn leh sampai sue...! dia dh plan awal2 nk balik kg....

hazila :
kalau k.ita cuti 44 hari...40 hari x cukup...hehehe (nak habiskan seminggu pun rasa mcm lama sgt....!)