Saturday, May 23, 2009

Teringin La Pulak...

Entah kenapa semalam saya rasa macam teringin nak makan Mee Goreng Mamak. Sedap sangat ke mee tu? Rasanya kat mana2 pun sama jugak rasanya...cuma cara penyediaannya sahaja yang mungkin sedikit berbeza. Apa2 pun, saya mesej hubby suruh belikan mee tu dalam perjalan balik kerja nanti. Sebenarnya saya rasa M sikit untuk sediakan makan malam malam tadi. Petang semalam saya dah mengadap dapur lama jugak sebab mengukus Apam Mekar. Anak2 suka apam ni. Memang menarik perhatian dengan saiznya yang comel2 dan warnanya yang "striking". Rasanya pun tak mengecewakan. Malam tadi selepas hantar Abang Ngah ke kelas silat, kami terus ke rumah BIL di Taman Scientex. Saya bawaklah Apam Mekar ni sebagai buah tangan. Dalam perjalanan tu, kami singgah dulu membeli sedikit barang2 dapur di Econsave. Cuma ambil barang2 yang diperlukan saja, itupun kurang berapa sen je nak genap RM200. Isshhh...mahal barang2 sekarang ni!





2 comments:

Spices of Life said...

ni memang favorite akak..apatah lagi u kata rasa nya tidak mengecewakan.. kepunan kepunan..lol

Azita Zain said...

kak azieda...thanks for visiting my house yg tak seberapa ni. apam tu mmg sedap! akak cubalah buat... saya cuba gi rumah, jenuh saya ketuk pintu tapi akak "tak bukak" le...hehehe