Roti Jala ni adalah sarapan semalam (Sabtu). Itupun buat selepas hubby gi kerja dan Abang Ngah dan Abang Yang dah ke sekolah agama sebab ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah. Ayong pulak sepatutnya ada latihan pancaragam tapi dia malas nak pergi. Hari tu masa Adik belek2 fail resepi saya, dia nampak gambar roti jala ni dan mintak buatkan. Baru semalam saya buatkan untuk dia. Buat pun tak banyak, dapat le dalam 12 keping je. Saya cuma makan 2 keping, Adik makan dalam 4 keping pagi tu dan Ayong rasanya dalam 4 keping jugak. Masa Abang Ngah dan Abang Yang balik dalam 12:30 tengahari tu, dapat le merasa sekeping sorang je. Lagipun mereka dah makan nasi kat sekolah.
Semasa menjala tu, saya sediakan Kari Telur & Kentang ni saja sebagai "gu" dengan roti jala tu. Stok ayam tak ada, tu yang cuma kentang dan telur je. Tapi Adik makan roti jala tu cam gitu je, tak cicah dengan kari ni pun!
No comments:
Post a Comment