Thursday, May 28, 2009

4 Hari Dalam 1 Cerita...

Dah lama saya tak mengadap komputer ni. Bukannya apa, badan tak sihat dan kesihatan tidak mengizinkan. Isnin lepas saya dan hubby ke City Square. Bukannya untuk shopping tapi pergi ke pejabat peguam untuk tandatangan dokumen. Tak pernah naik Office Tower tu, melilau jugak mencari lif. Rupa2nya bangunan tersebut dibahagi kepada 2 zon. Zon 1 hingga ke Tingkat 17 dan selebihnya di dalam Zon 2. Dari parking lot di Basement 2 (B2) kami naik lif ke Tingkat 1. Lepas tu cari lif ke Tingkat 33, tak nampak pulak. Tengok punya tengok, rupa2nya lif tu kat Zon 2. Hmmm.... Urusan kat pejabat peguam tu tidaklah lama mana sebabnya kena tandatangan 4 helai saja. Itupun saya je yang kena tandatangan. Hubby tak perlu. Bila tanya kat pegawai yang bertugas tu, dia kata segala2nya mungkin akan siap dalam masa 3 bulan. Saya ke sana sebab nak buat "Discharge of Charge" rumah kami ni.

Cuaca agak panas jugak hari tu. Balik aje dari JB tu, kepala saya terasa amat sakit. Dalam perjalanan balik tu, kami singgah di farmasi untuk beli ubat sakit kepala dan ubat selesema. Sampai aje ke rumah, saya terus mandi, basahkan kepala sekali. Lepas tu makan ubat dan zzzzzzzzzzz....

Esok paginya (Selasa), badan dah rasa seram sejuk. Macam nak demam pun ada. Selesema memang dah datang bertandang. Tapi kerja rumah tetap kena buat jugak sebab hubby kerja dan anak2 perlu ke sekolah. SMS hubby, bagitau badan tak sihat. Balik dari kerja, hubby bawak surat untuk ke Hospital Penawar. Lepas Maghrib kami ke hospital. Bila doktor check suhu badan, 39 degree. Memang demam. Biasalah kalau dah demam tu biasanya datang sekali dengan "package" - batuk, selesema, sakit tekak dan lenguh2 kat sendi2. Kenalah RM165.00 tapi nasib baik ditanggung oleh syarikat tempat hubby kerja (ex-employer saya gak dulu...).

Malam tu saya cuma masakkan Gulai Masam Ikan Kembung dan Sup Sayur. Itu aje yang termampu untuk dimasak.


Hari Rabu pulak saya cuti memasak. Hubby beli aje kat pasar malam. Macam2 yang hubby beli tapi tak sempat nak snap gambar. Ada laksa penang, tauhu bakar, lontong kering, meehon goreng putih. Meehon Goreng Putih tu pulak menjadi rebutan anak2. Hubby kat pada saya, "Esok (Khamis) rendam je bihun yang ada tu, masak putih bersih cam gini. Budak2 suka". Memandangkan saya masih "bercuti", bangun tidur terus je ke dapur (basuh muka dan gosok gigi dulu lah!). Saya memasak Meehon Goreng Putih tu untuk sarapan anak2. Alhamdulillah!.

Dalam pukul 9:00 pagi, saya bersama Adik menyiapkan kerja sekolahnya yang belum siap. Sementara Adik menulis, saya menyediakan bahan2 untuk Puding Roti dan bakar 3 loyang aluminium yang kecil (lebih kurang bersaiz 4" x 7"). Lebihan tepi roti banyak dalam freezer, sayang nak buang. Lepas Adik ke sekolah, saya memasak nasi dan menggoreng ayam. Since Abang Yang akan berada di rumah tengahari ni (tak sekolah sebab pagi tadi ada sambutan Maulidur Rasul di SKTPP), saya kena sediakan makanan sebab dia ni "rajin" lapar.... Balik aje dari sekolah, dia terus makan meehon pagi tadi yang masih berbaki. Lepas tu dia minta izin nak makan Puding Roti tu pulak. Separuh loyang dia makan sorang. Dah kenyang...alhamdulillah!!! Lepas Asar baru saya memasak untuk makan malam pulak.

Ayam yang dah digoreng tadi tu saya masak Ayam Masak Merah aje. Lepas tu saya buat Kerabu Silom (lebih kurang macam Urap Pucuk Paku je, cuma tak letak taugeh...). Lepas tu meehon pagi tadi tu saya panaskan semula dan tambah sos serba sikit. Lepas tu saya goreng pulak keropok lekor. Selesai memasak dan menghidang, datang pulak jiran. Si Maznah (orang Sarawak ni... berbadan dua) datang memulangkan "jumper" yang dipinjamnya hari Selasa lepas. Memang rezeki dia agaknya...saya berikan Puding Roti tu satu loyang. Sukanya dia!!! Dia ni pandai menjahit dan memang ambil upah menjahit. Jahitannya sungguh rapi.

OK, jom layan gambar2 makan hari ini....


Ayam Masak Merah...


Puding Roti...


Meehon Goreng Putih yang dah di"altered"...


Keropok lekor...


Kerabu Silom...

Kerabu Silom kali ni saya buat lain sikit. Udang kering dan ikan bilisnya saya kisar kering instead of ditumbuk bersama dengan cili. Cuma yang saya tumbuk ialah cili hidup dan kelapa parut aje. Bahan2nya masih sama...

2 comments:

Anonymous said...

Aduhai kerabu selom tu... meleleh air liur tengok... kalau takde daun tu nak ganti dgn daun ape ek? daun2 salad bleh tak? kat sini daun2 ulam ni tak de..huhu :(

Azita Zain said...

sian blogresepi...kalau ulam2 x de, leh gak ganti ngan parsley. pasti berangin2 gitu...!