Saturday, May 23, 2009

Jemputan Kahwin

Hari Isnin lepas saya terima panggilan dari bekas rakan sekerja (Fida), menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan adik perempuannya pada hari Sabtu, 23hb. Mei (hari ni la...). Masa saya baru2 pindah ke taman ni 13 tahun lalu, saya menghantar anak2 saya ke rumah emak Fida (Kak Ramlah) ni untuk dijaga. Maklumlah, hubby dan saya bekerja. Masa tu tak ada pembantu rumah lagi. Anak2 saya memanggil Kak Ramlah ni dengan panggilan "Makcik" manakala memanggil suami Kak Ramlah dengan panggilan "Ayah". Sampailah sekarang...tetap dengan panggilan yang sama. Pengantin perempuan (Ida) merupakan anak keempat Kak Ramlah dan Abang Said. Bawah Ida ada 2 lagi anak perempuannya yang masih belum berumahtangga (tak abis belajar lagi la...!). Rumah pengantin tak jauh dari rumah saya, bleh nampak pun dari rumah saya...cuma sepelaung aje kata orang2 tua.

Sebelum ke rumah pengantin, hubby pergi ke rumah kawan sekerjanya dulu di Taman Bukit Dahlia sebab ada "house warming". Hubby pergi sorang diri je sebab jamuan tu dibuat secara tertutup untuk rakan2 sekerja saja. Jam 2:00 petang baru kami ke rumah Kak Ramlah. Walaupun jaraknya cuma sepelaung, kami pergi naik kereta jugak. Masa pengantin lelaki nak diarak ke rumah pengantin perempuan, cuaca dah mula gelap menandakan hari nak hujan. DJ dah suruh rombongan pengantin lelaki cepat2 sikit sebab isyarat dari langit dah "berat". Elok2 je pengantin lelaki duduk kat pelamin, hujan pun turun. Siap dengan angin kuat lagi! Khemah kedua tempat orang memasak tu terbang la jugak. Khemah pengantin pun nyaris2 terbang.


Wajah ceria pasangan pengantin...



Yang bertudung putih tu ialah emak pengantin (Kak Ramlah) dan gambar bawahnya pulak, yang bersongkok tu ialah bapa pengantin (Abang Said) dan adik bongsu pengantin (Oyien).

Kepada pasangan pengantin,
"SELAMAT PENGANTIN BARU, MOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT!!!".


2 comments:

Spices of Life said...

cantik sungguh pengantin perempuan.. apa masakan pengantin hari tu?

Azita Zain said...

macam2 ada!!! set nasi minyak + set nasi impit....mmg menyelerakan dgn cuaca yg sejuk dek hujan...