Petang semalam (Ahad) saya bersama hubby dan Adik pergi ke Kota Masai. Tujuan utama untuk menambah pelaburan dalam Unit Trust melalui potongan KWSP. Kawan saya sekarang ni ada buka kedai di sana. Dia dan suaminya merupakan agen berdaftar untuk pelaburan tersebut (promisi ni....). Sebenarnya saya dah mula dari tahun lepas lagi. Setiap 3 bulan kena isi borang baru untuk dibuat pemotongan di KWSP. Itu yang kami ke sana semalam. Semasa mencari tempat untuk parkir kereta, kami ternampak kedai yang jual barang-barang dengan harga RM2. Selesai urusan pelaburan, kami masuk pulak ke kedai tersebut. Tujuannya ialah untuk "survey" kalau-kalau ada barang yang boleh dibeli sebagai hadiah untuk guru oleh anak-anak. Tadi (Isnin) ada sambutan Hari Guru di sekolah mereka. Masing-mading mintak hadiah daripada koleksi emaknya untuk diberikan kepada guru masing-masing. Memandangkan anak-anak semuanya dah sekolah, bermakna kena sediakan hadiah untuk 4 orang. Setiap orang bukannya satu hadiah saja tapi kalu boleh kepada setiap guru yang mengajar mereka. Mak oooiii...! Tapi bila belek-belek barang kat kedai tu, tak ada pulak yang berkenan di hati.
Balik dari Kota Masai, kami terus pulak ke KipMart - nak cari lauk-lauk dan sayur. Untuk stok seminggu, saya belilah ayam 2 ekor, ikan sikit, sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Lepas tu saya masuk ke dalam kedai runcit untuk cari chip cokelat. Memandangkan tak dapat cari cenderahati untuk anak-anak tadi saya bercadang untuk buatkan mereka Choc Chip Muffin. Bolehkan diberi kepada guru-guru sebagai tanda terima kasih?
Inilah Choc Chip Muffinku! Saya buat 2 adunan, dapatlah 22 biji.
10:30 malam baru selesai membakar. Terpaksa tunggu hingga muffin tu sejuk sebab nak bungkus cantik-cantik! Mula-mula ingatkan nak isi dalam bekas plastik yang bertutup melengkung tu aje tapi stok pulak tak ada. Jadi terpaksalah bungkus menggunakan kertas bunga-bunga lutsinar.
Yang ini untuk Adik...5 biji untuk cikgu-cikgunya!
Errr...kad bentuk hati tu saya buatkan sendiri untuk anak2. Untuk Adik saya letakkan juga nama dia tapi untuk yang lain saya tak letak nama pun. Habis semua dibawa anak2 ke sekolah. Saya dan hubby sempat makan satu setiap orang. Alhamdulillah...
Kepada semua pengunjung yang berstatus "GURU", terima kasih saya ucapkan kerana mengajar dan memberi petunjuk kepada anak-anak kami semua tanpa jemu!
No comments:
Post a Comment