Sunday, May 17, 2009

Cerita Jumaat dan Sabtu

Hari ini dah hari Ahad, baru nak bercerita pasal hari Jumaat dan Sabtu?? Bukannya apa, dua hari tu tak sempat nak mengadap komputer untuk mengemaskinikan rumah ni. Baru hari ni ada kelapangan. Apa ceritanya?? Tak ada le cerita yang gempak2...sekadar cerita2 biasa aje.

Hari Jumaat lepas merupakan hari ulangtahun ke-20 tempat kerja hubby yang juga merupakan ex-employer saya dulu. Memandangkan sepanjang minggu lepas van Ayong tak ada, selepas hantar Ayong ke sekolah, hubby terus ke tempat kerja. Maklumlah pada hari tersebut akan ramai tetamu kenamaan akan datang untuk meraikan ulangtahun tersebut. Selain daripada pegawai2 kerajaan, pembeli2 dan pembekal, Duta Korea juga dijemput sama. Tetamu kenamaan yang merasmikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI), Y.B. Dato' Jacob Dungau Sagan. Tengok dari senarai aturcara tu, adalah majlis perasmian, majlis penyampaian penghargaan kepada pekerja2 yang telah berkhidmat selama 20 tahun di Kiswire, penghargaan kepada kontraktor, penghargaan kepada tetamu VVIP, ada "factory tour" dan akhir sekali upacara tanam pokok. Tak tau pulak pokok apa yang mereka tanam. Sebelah malam pulak ada dinner di sebuah hotel di Johor Bahru. Hubby pun kena pergi jugak.


Bunga2 yang hubby bawak balik malam Jumaat lepas....


Memandangkan hubby tak makan kat rumah malam tu, saya cuma masakkan Mee Segera Goreng untuk anak2. Saya tak gunakan perencah yang sedia ada dalam bungkusan mee segera tersebut sebaliknya saya cuma gunakan mee segeranya sahaja. Bahan2 lain saya main campak2 jer....abis jugak!

Mee Segera Goreng untuk makan malam Jumaat lepas...


Pagi Sabtu pun hubby pergi kerja awal pagi sebab hantar Ayong ke sekolah dulu. Jadinya, sarapan untuk hero2 yang tinggal saya sediakan lewat sikit. Sementara mereka mengemas tempat tidur dan mandi-manda, saya menyediakan Scrambled Toast ini sebagai sarapan kami. Resepi asalnya saya ambil dari blog Kak Ummi Zaihadi lagi. Terima kasih Kak Ummi sebab kongsi resepinya. Anak2 suka sebab bentuknya fancy sikit. Mereka amat tertarik....


Scrambled Toast untuk sarapan pagi Sabtu...

Selepas ambil Ayong balik dari sekolah tengahari semalam, saya singgah kat kedai runcit sekejap untuk beli susu segar. Nak buat apa dengan susu segar tu??? Dalam kepala ni dah set nak masak Puding Roti lagi sebab stok tepi2 roti tu ada 2 bekas dalam petiais tu. Sayang pulak nak buang. Selepas Zohor, saya membakar 2 loyang Puding Roti. Siapa yang nak makan banyak2 tu??? Bukan untuk makan sendiri tapi berhajat untuk dipanjang2kan ke jiran2 terdekat. Lagipun ada bekas yang nak dipulangkan kepada mereka. Takkan le nak pulangkan kosong aje, kan? Boleh le diisi dengan Puding Roti tu nanti.

Puding Roti lagi....

No comments: