Hari Jumaat lepas, 1hb. Mei 2009, merupakan Hari Pekerja. Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di mana saja anda berada, walau apapun pekerjaan anda. Hari Pekerja memanglah hari untuk para pekerja berehat2 dan cuti dari bekerja. Tapi bukan untuk hubby saya. Masa cuti2 macam inilah ada saja perancangan untuk membaikpulih mesin2 di kilang. Tapi awal pagi tu kami sempat beridah di Bukit Layang2. Kami ke sana untuk berjoging kecuali saya yang cuma berjalan2 saja sebab sakit kaki. Adik yang paling seronok sebab selain daripada berjoging dia juga dapat main semua mainan yang ada di taman tu. Bahagian yang paling seronoknya ialah bila Adik suruh Abang Ngah dukung masa berjoging tu sebab dia penat katanya. Bayangkan Abang Ngah mendukung Adik sambil berlari2... Dan bila lari kat tepi2 tasik tu, takutkan air pulak!
No comments:
Post a Comment