Wednesday, May 12, 2010

Simple Marble Cheese Cake





Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Aduiii...sejak akhir2 ni asyik bercerita pasal makan je..! Sebenarnya dah dua tiga hari saya berhajat nak buat kek keju ni. Creamcheese tu dah dua tiga kali saya keluarkan dari petiais. Lepas tu masukkan semula. Tak jadi nak buat. Tapi petang semalam tercapai juga hajat di hati nak buat kek keju ni. Sebenarnya nak buat kek keju versi yang ini bukannya susah mana pun. Bahan2nya pun senang je. Lain kali saya nak cuba versi yang lain pulak. Versi yang ini sama yang saya buat untuk Abang Ngah masa birthday dia yang lepas. Cuma kali ini saya mbil sedikit adunan keju tu dan saya tambah dengan emulco cokelat. Lepas tu saya marblekan kat atasnya. Tapi marblenya kasar2 sebab hujung piping bag tu saya tergunting besar sikit. Apa2 pun, rasa Simple Marble Cheese Cake ini memang sedap. Lebih sedap kalau disejukkan semalaman.

Pagi tadi, Abang Ngah dan Abang Yang masing2 bawa 2 potong seorang ke sekolah sebagai bekal. Abang Ngah memang hantu kek keju...!


Dah dipotong sepotong....semalam!

Siap untuk dimakan...


Tuesday, May 11, 2010

Ikan Bakar Air Asam


Salam sejahtera untuk semua. Menu makan tengahari kami hari ini ringkas sahaja. Sekadar ikan cencaru bakar dan air asam.

Ikan cencaru ni saya balut dengan daun pisang dahulu sebelum dibalut pula dengan aluminium foil. Lepas tu baru saya bakar dalam oven. Jadinya kulitnya elok cerah jer sebab tak kena haba. Saya bakar 2 ekor. Besar2 ikan cencaru ni. 2 ekor ikan, 4 orang makan. Yang paling banyak makan ialah Adik. Lebih separuh ekor dia sorang yang makan.


Air asam ni pulak versi yang tak pedas langsung. Anak2 (termasuk emaknya...) tak makan yang pedas2 sangat. Saya cuma letak bawang besar, tomato, kicap dan perasa. Masamnya cuma masam2 tomato sahaja. Tapi inilah yang disukai oleh anak2...cicah dengan ikan bakar tu.

Monday, May 10, 2010

Kejutan Hari Ibu


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Walaupun Hari Ibu dah berlalu tapi bagi saya hari2 tu ialah hari ibu dan hari bapa. Cumanya semalam (Ahad minggu kedua bulan Mei) ianya disambut secara besar2an. Zaman sekarang ni, macam2 jenis HARI yang diraikan. Kalau dulu2 tu, tak pernah nak raikan macam ni.

Macam dah jadi satu trend pulak untuk sambut2 HARI yang macam2 tu. Dulu2 ada ke kita sambut dan raikan Hari Ibu ke, Hari Bapa ke, Hari Lahir ke, Hari Mau ke...? Tapi sekarang ni, kalau tak dirai dan disambut, macam tak sempurna pulak.

Semalam (Ahad), pagi2 lagi hubby dah hantar Abang Ngah ke tempat dia berlatih skuash. Abang Yang pulak ada perkhemahan di sekolah dari hari Jumaat lepas lagi. Jam 9:30 pagi, hubby, Ayong, Adik dan saya bergerak menuju ke Teluk Danga, nak ke Maxis Center. Ayong nak tukar pelan Maxisnya dari Family Plus ke normal prepaid. Balik dari situ, kami terus ke Tg Puteri Golf Resort, jemput Abang Ngah balik dari latihan skuash. Lepas tu kami terus pergi makan tengahari di Kebayan Taman Pasir Putih.

Jam 2:00 petang keluar lagi. Kali ini menuju ke sekolah sebab nak pergi jemput Abang Yang pulak. Ikutkan jadual, perkhemahan tamat jam 3:00 petang. Tapi baru sampai sekerat jalan, Abang Yang dah balik tumpang kereta jiran. Awal pulak mereka bersurai...

Lepas itu baru saya dan hubby terus ke majlis perkahwinan di Kg Pasir Putih tu. Tak lama pun kat sana. Sempat juga tengok pengantin makan berdamai. Balik dari kenduri kahwin, relaks kejap kat rumah. Sempat jugalah baring2 depan tv tu... Dan selepas Asar, saya bersama2 dengan kaum wanita setempat pergi pulak menziarahi Puan Habibah yang baru keluar dari hospital akibat sakit saraf. Beliau dimasukkan ke hospital pada hari Rabu lepas. Alhamdulillah...setelah diberi rawatan, beliau beransur sihat. Tapi beliau perlu membuat rawatan susulan.

Balik ke rumah, kami duduk dan lepak2 dah sofa luar tu sambil melihat Abang Ngah main kereta remote dengan Amirul. Semua kami duduk kat situ...hubby, saya, Ayong, Abang Yang dan Adik. Adik pulak tak henti2 keluar masuk rumah...nak minum katanya.

Mak, sapa punya hadiah tu? tiba2 Adik bertanya kepada saya.
Hadiah apa? tanya saya semula pada Adik.
Tuuu...yang dalam bakul atas meja tu...! jawab Adik.
Meh sini tengok...! katanya sambil menarik tangan saya ke dalam.
Oooooo....Adik tak acilah! Janganlah bagitau makkk....! sampuk hubby pulak.

Cepat2 Ayong, Abang Ngah dan hubby berlari masuk ke rumah. Ooooo...ada kejutan rupanya...!!!!! 


Ada bakul kejutan untuk saya di atas meja makan...!

Apa isi di dalam bakul tersebut...?


Sejambak bunga ros merah...4 kuntum untuk 4 orang anak...!

Hubby kata kalau nak lebih, kena tambah anak lagi....hahahaha....


Kad ucapan kecil molek yang terselit di celah kuntuman ros merah...!


Keronsang dan pin dari Ayong...!


Cokelat dari Abang Ngah...!


Passion ala2 Ferraro Rocher dari Abang Yang...!


Kinder Bueno dari Adik...!



Selamat Pengantin Baru



Selamat Pengantin Baru kepada kedua2 mempelai. Nama mempelai ni, saya mintak maaflah sebab tak berpa nak tau. Kad jemputan pun tak ada. Jadinya tak berapa nak tau nama penuhnya. Tapi yang saya tahu, mempelai perempuan tu namanya Siti dan yang lelaki tu pulak .............. Ayah pengantin perempuan ni ialah orang sekampung hubby dan mempunya pertalian "bau2 mempelam" (bukan bau2 bacang sebab pertaliannya dah agak jauh...).

Bapa pengantin perempuan datang mencari hubby ke rumah tapi tak jumpa sebab dia pergi ke rumah yang salah. Nombor rumah dah betul cuma nama jalannya yang salah. Akhirnya beliau cuma terjumpa dengan rumah yang sedang direnovasi. Kemudian beliau berpesan pulak dengan saudara hubby yang tinggal berdekatan. Masa dia datang ke rumah, hubby belum balik dari kerja. Saya berikan nombor telefon hubby kepadanya supaya beliau boleh menyampaikan pesan bapa pengantin kepada hubby. Panjang jalan ceritanya mengenai jemputan perkahwinan ini.

Majlis ini berlangsung pada hari Ahad lepas di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih. Saya pergi berdua dengan hubby je. Macam pengantin baru ler pulak...!

Pengantin lelaki duduk dengansopan sorang2 kat atas kerusi plastik ni. Kesiannnn diaaa.....! Sebenarnya ketibaan pengantin lelaki disambut oleh satu persembahan...!


Persembahan tarian dari anak di Perjiranan 8 (kalau tak silap...)... Cute2 budak2 ni...!


Kek pengantin 2 tingkat...serba hijau. Sedondon dengan pakaian, pelamin dan khemah pengantin...!


Khemah makan berdamai pengantin...!


Selepas bersanding dipelamin, pengantin diarak turun untuk makan berdamai...!


Sama cantik, sama padan...bagai pinang dibelah dua...!


Inilah bapa pengantin perempuan. Dikenali sebagai Ari oleh hubby...!


Majlis Yassin Dan Tahlil


Salam sejahtera untuk semua. Alhamdulillah...hari Sabtu lepas telah berlangsung Majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat untuk Kumpulan Yassin Selayang 10, 12 dan 13. Majlis kali ini diadakan di rumah Fiza dan Ramli di Selayang 12.

Yang bertudung hitam ni ialah tuan rumah, Puan Fiza...


Sebenarnya pada hari Sabtu lepas, jadual saya agak padat. Bermula dengan kelas ilmiah di Masjid An-Nur yang berakhir jam 10:50 pagi. Sepatutnya hari tu hubby tak kerja tetapi disebabkan Chairman nak datang melawat kilang pada hari Selasa, hubby kena juga pergi kerja. Adik, Abang Ngah dan Ayong tinggal di rumah. Balik aje dari kelas ilmiah, terus menghantar Ayong ke stadium. Balik dari hantar Ayong, sempatlah mengemas apa yang patut. Selepas Zohor nanti ada majlis Yassin Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) di Jalan Senangin 2. Nasib baik malam tadi dah siap membakar dan mengukus juadah yang akan dibawa ke kedua2 majlis yassin petang dan malamnya. Ke majlis AMTPP saya bawa Puding Roti. Tak sempat nak snap gambar sebab kelam-kabut mengejar masa.

Jam 5:00 petang pulak ke rumah Fiza untuk menolong apa yang patut sempena majlis di rumah dia pada sebelah malamnya. Rewang2 begini memang sudah menjadi kebiasaan kami di sini. Berkumpul di rumah tuan majlis untuk membantu apa yang patut. Disampng itu dapatlah bertemu dengan ahli kumpulan dan rakan2 setempat sambil berbual macam2 topik.

Tangan buat kerja, mulut pun sama pot pet pot pet jugak...!

Sedang memotong buah tembikai...

Yang ni kat bahagian dapur...mengadap sambal pelam...!

Birthday Mom hari Sabtu lepas... Happy Birthday Sue...!!!!


Sunday, May 9, 2010

Kad-Kad Hari Ibu


KEPADA SEMUA PENGUNJUNG YANG BERGELAR BONDA, IBU, EMAK, UMMI, MAMA, MAMI, SAYA UCAPKAN

SELAMAT HARI IBU...

Terima kasih juga kepada semua yang telah sudi menghulurkan kad2 yang cantik2 ni. Terima kasih...!!!

Dari AlongRoz...

Dari Azatie...

Dari CMG...

Dari

Dari Ayu Singapore

Dari Kak Intan

Dari Kak Ummi

Dari Love Klang

Dari Mida Dubai

Dari Yatie US

Dari Ros JintanManis

Dari Ros JintanManis

Mana2 kad yang belum dipaparkan di sini, akan saya paparkan sedikit masa lagi...

SELAMAT HARI IBU !!!!!


Saturday, May 8, 2010

Mari Belajar ABC Dengan Apam Comel



OK. Mari kita belajar ABC dan 1 2 3 pulak ya! Ok anak2...ikut cikgu baca ya! "A"... (A pun kena ngap...), "B"...(B pulak kena ngap...), "C".....(ada sapa2 nak ngap ke..?)


Kalau tak suka dengan warna pink dan biru, kita tukar ke set warna hijau dan biru pulak. Lagi sekali ya anak2...ikut cikgu baca! "A"...ngapp...."B"...ngap..."C"...ngap!


Susun dengan warna berselang-seli. Mesti anak2 suka belajar kalau sambil belajar tu dapat makan sekali ya...



Apam Comel kali ini saya buat dengan menggunakan inti oren (orange filling). Semuanya inti oren walaupun warna2nya berlainan.


Dah abis masa belajar dah! Packing semua dalam bekas kedap udara...


Ini versi over steamed...meletuskan larva macam gunung berapi kat Iceland ari tu...!


Perkemahan Unit2 Beruniform SKTPP 2010




Salam semua. Nampak tak kain rentang kat atas tu? Hmmm...ada perkemahan oleh unit2 beruniform di SK Taman Pasir Putih (SKTPP) selama 3 hari 2 malam, dari 7hb Mei (Jumaat) hingga 9hb Mei (Ahad). Abang Yang turut serta dalam perkemahan ini. Mereka berkumpul di padang pada jam 2:30 petang.


Pintu gerbang masuk utama ke kawasan perkemahan. Nak keluar masuk kena lalu ikut atas titi...



Pada jam 6:00 petang tadi, saya pergi semula ke sekolah, ke kawasan perkemahan mereka. Saya menghantar bekalan untuk makan malam. Makan malam tadi ibubapa yang kena sediakan sendiri. Tidak termasuk dalam pakej perkemahan tersebut. Masa saya sampai, mereka sedang menyediakan banglo masing mengikut kumpulan. Macam2 warna banglo yang mereka bina. Kos untuk membina banglo ni murah jer... Ada sapa2 yang berminat??? Pastikan anda membeli tanah untuk tapak banglo tu dulu sebelum membina dan memasang banglo2 anda....!!!!!



Saya terus panjat ke Tingkat 1. Saja jer, nak cari angle baik sikit konon untuk buat photo shot...!!! Dari Tingkat 1 tu boleh nampak semua kawasan perkemahan di padang di tengah2 blok bangunan sekolah tu. Tapi saya tak dapat nak shot penuh dalam satu gambar sebab...paham2 je la....saya cuma gunakan DC je!!! Tercari2 di manakah khemah Abang Yang. Akhirnya terpandang dia bersama rakn2 dan seorang guru sedang memacak tiang untuk dibuat sempadan antara unit2 beruniform. Pengakap di satu bahagian, Bulan Sabit Merah di satu bahagian, Puteri Islam di satu bahagian dan begitulah seterusnya.


Cikgu suruh pasang khemah, budak baju oren kat belakang tu pulak sibuk main combat2....


Mereka ni pulak sedang buat ampaian. Rendahnya ampaian dema ni...
Haaa...ampai baju tu cepat...tengok kamera pulak dia!


Abang Yang masih tak perasan yang emaknya tengah skodeng dia dari Tingkat 1. Entah apa yang dia cakapkan dengan cikgu tu...


Eeeiiii Cikgu...emak saya tangkap gambar kita la dari sana tu....!


Ini pulak cikgu2 dan cikgi2 sedang memasak. Masak apa tu cikgu...? Boleh saya tolong?? Tolong tengok....hehehe


Cuba kira ada berapa khemah kat sini...1, 2, 3, 4,....issshhhh banyaknya...!!! Malaslah nak kira...


Siapkan khemah cepat2 adik2 oooiiiii...dah nak malam ni...!


Cantik pulak khemah warna ungu tu...!


Tengah sibuk2 mengetuk kayu pancang tu pun, mereka masih sempat gelak2 menghala ke mamarazzi ni...!


Cikgu2 ni buat apa pulak ni?


Ikat kuat2 dik oiii...kang roboh pulak tiup dek angin...!


Ini kawasan dapur Unit Bulan Sabit Merah. 3 orang tengah mengadap dapur macam nak masak mee segera jer...! Yang 3 lagi tu tengok kusyuk melihat sesuatu. Tengok apa tu...?


Khemah ni pulak betul2 berada di sebelah gerbang masuk utama ke kawasan perkemahan. Kat sini ada pembesar suara. Nak serahkan makanan kepada anak2 tadi, cikgu2 tolong panggilkan dengan menggunakan pembesar suara di sini. Ini kira khemah penyambut tetamu la....