BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Bahan-bahan :
- 8 keping roti slice - apa2 jenis roti slice
- 200ml / 1 kotak kecil santan
- 200ml air
- 1/2 cawan gula pasir
- 4 biji telur
- Secubit garam
- 1/2 sudu teh pes pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 2 helai daun pandan - disimpulkan
Cara-cara :
- Dalam bekas besar, satukan gula, santan, air, pes pandan, telur dan garam. Kacau dengan menggunakan whisk hingga sebati.
- Kemudian rendamkan roti slice ke dalam adunan dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.
- Oles loyang dengan marjerin atau alaskan dengan PE cling wrap.
- Panaskan kukusan dan balut penutupnya dengan kain supaya air tidak menitis ke atas adunan semasa mengukus.
- Pindahkan roti yang direndam tadi ke dalam loyang dan tuang lebihan adunan ke dalam loyang.
- Letakkan simpulan daun pandan di atas permukaan adunan dan kukus selama 15 - 20 minit.
Rendam roti ke dalam adunan
Pindahkan roti ke dalam loyang dan tuang lebihan adunan
Letakkan simpulan daun pandan dan kukus
Selepas dibuka penutup kukus
Nota :
- Kepingan roti tidak perlu dibuang bahagian tepinya.
- Kepingan roti boleh juga dipotong dua setiap keping.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment