Ini ialah ibundaku. Berusia 67 tahun. Eeeeiiii....masih melaram dengan cermin mata gelap??? TIDAK....! Pemakaian cermin mata gelap ini ada BERSEBAB.
SEBABnya ialah emak saya baru aje menjalani pembedahan mata. Membuang katarak dan meletakkan kanta di dalamnya. Pembedahan telah berlangsung pada hari Selasa minggu lepas, 21hb Jun 2011, di Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB). Emak kena admit ke HRPB pada hari Isnin, 20hb Jun. Selepas 12:00 tengah malam tidak dibenarkan makan apa2 lagi sebab emak akan dibius seluruh badan semasa pembedahan. Semuanya diuruskan oleh adik bongsu saya, Mak Su. Pagi Selasa tu emak di bawa ke Operation Theater (OT). Rasanya hampir 2 jam juga emak berada di dalam OT tu. Masa tu Mak Su sorang2 aje yang stand-by tetapi sentiasa mengemaskini berita2 terkini berkenaan pembedahan tersebut kepada saya. Selesai pembedahan, emak terpaksa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebab ada masalah pernafasan. Emak terpaksa dibantu bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Emak memang ada penyakit2 lain seperti KENCING MANIS, DARAH TINGGI dan juga JANTUNG.
Selama 2 hari emak ditempatkan di ICU sebelum dipindahkan ke wad biasa. Sehari selepas itu barulah emak dibenarkan balik. Memandangkan emak memerlukan penjagaan yang rapi, saya memutuskan untuk menjaga emak. Tapi saya tak boleh balik kampung sebab saya ada keluarga sendiri. So, Mak Su menghantar emak ke Putrajaya, ke rumah adik saya yang nombor tiga. Dari Putrajaya, dia pulak menghantar emak ke Johor bersama dengan seorang lagi adik saya yang nombor empat. Mereka sampai ke rumah saya hampir tengah malam hari Sabtu lepas, 25hb Jun 2011.
Penuh rumah saya dengan anak2 sedara, adik2 dan ipar2. Seronok rasanya bila sekali-sekala berkumpul begini. Hari Ahadlah yang paling meriah sebab anak2 sedara sibuk bermain2 dan berkejar2. Saya pulak tak menang tangan sebab menyediakan apa yang patut untuk mereka. Bermula dari sarapan pagi, makan tengahari dan juga minum petang. Juga tak lupa sedikit hasil tangan untuk mereka bawa pulang.
Alhamdulillah...sekarang emak ada bersama saya. Tinggal di sini selama mana yang emak sanggup. Banyak benda yang emak tak boleh buat. Banyak perkara yang kena jaga. Apa2pun saya gembira kerana dapat menjaga emak dan bersama2 emak di sini.