Saturday, November 13, 2010

Raptai Hari Anugerah TPB 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. 

Hari ini dan esok adalah hari2 yang sibuk untuk anak2. Kalau anak2 dah sibuk, bermakna emak dan abah pun terpaksa menyibuk jugak.  Seawal jam 7:00 pagi, tadi, dua orang hero dah keluar ke padang, ada pertandingan bolasepak antara geng2 sebaya. Main 3 perlawanan katanya. Jam 8:00 pagi, Ayong harus sampai ke stadium untuk raptai. Ada persembahan esok (Ahad). Persembahan di stadium tu jugak. Jemputan oleh Tadika Pintar Bistari sempena Hari Anugerah 2010. Dalam pada masa yang sama, hubby pun kena pergi kerja jugak. Tinggallah Adik kat rumah bersama saya. Jam 1:45 petang, dia harus berada di stadium pulak untuk raptai.

Punyalah berkobar2 semangat Adik nak ke stadium! Bangun pagi aje dah siap pakai baju untuk persembahan esok! Jenuh pulak berhujah dengan dia. Allah huakbar! 5 minit sekali  dia bertanyakan waktu. "Bila kita nak pergi ni mak?". Akhirnya saya buat "kelas tambahan" untuk Adik. Kelas apa? Kelas mengenal waktu...belajar tengok waktu pada jam dinding. Siap lukis bulat2, dengan nombor2nya sekali. Nombor minit pun siap tulis jugak... Dah ajar dia sikit2, saya pun lukis gambar jam. Jarum pendek pada nombor 11. Jarum panjang pada nombor 12. Saya pun tanya, "AAdik, ni pukul berapa?". Selepas mencongak2, Adik pun menjawab...........
Cuba teka apa jawapan yang dia bagi????


Ok, ni nak cerita sekitar raptai petang tadi. Tak banyak gambar yang disnap. Saya cuma pakai DC biasa jer, terpaksa off flash sebab flash  tak sepower mana pun.

 Adik dalam kumpulan dia. Dia sampai agak lewat, tu yang duduk kat belakang tu. Macam2 pesen dia buat...




Bila kena usha dek Ayong dari belakang, siap boleh jelir lidah lagi tu...!

 Sebahagian daripada anak2 TPB yang hadir...

 Sepupu Adik yang montel ni pun ada gak!

 Gelagat anak2 kecil. Banner tu tak ada kena mengena dengan anak2 kecil tu ya...

 Adik sedang menaiki tangga untuk ke pentas menerima hadiah...

 "Terima kasih Cikgu".
"Ni, hadiah ni, lepas adik turun pentas ni, adik bagi semula pada cikgu kat bawah tu ye."...pesanan dari Cikgu Zainon (agaknya le...).

 Lepas tu berposing kat tepi pentas dulu...


Turun aje dari pentas, terus kena giliran Adik untuk buat persembahan. Adik masuk persembahan STOMP - koleksi lagu kanak2. Mereka menyanyikan 4 buah lagu diiringi oleh kumpulan "Recycle Band" (pandai2 jer saya bagi nama ni...). Mereka gunakan baldi, tin biskut yang kosong, tempurung kelapa, botol air & biji kacang sebagai alat untuk ketuk2 dan goncang2. Konon2 mereka ni la band pengiring penyanyi2 harapan ni...

 Kenal tak budak botak tu? Hehehe...si Akil (bukan ustaz suami Waheeda tu...), anak jiran saya. Apa yang dijelingnya kat atas tu???

 Tu ha Adik...nombor 3 dari kiri tu. Tengah pusing2kan tangan...

4 comments:

Cikgu Zainun said...

Salam Ita,

Pesanan dari saya adalah..
"Dah dapat hadiah, cakap apa?"
Supaya anak-anak ini tidak berat mulut mengucapkan terima kasih kepada pemberi hadiah esok. Hari ini saya cuma action aje.
"Lepas tu berdiri kat situ nak ambil gambar"
Anyway, satu cubaan tekaan yang bagus.

Azita Zain said...

Salam Cikgu...
Hehehe...saya main teka jer tu. Ternyata tekaan saya silap....
Apa2pun, saja2 jer nak meriahkan cerita...

Azian Elias said...

Anak saya pun br lepas semalam

Ina said...

seronok phatikan gelagat anak2.