Saturday, November 20, 2010

Juadah Hari Raya Aidil Adha 2010


Pagi hari Selasa, saya dah mula memasak dan membakar. Seawal pagi Selasa tu, saya menyiapkan tempahan2 yang saya terima. Adalah sikit tempahan cistat dan juga brownies. Tengahari tu dah siap semua tempahan. Selepas tu barulah saya memasak juadah untuk hari raya ni. Saya masak yang ringkas2 jer. Saya rebus nasi impit mini segera sebanyak 30 paket, masak ayam masak merah bermadu, rendang daging, kuah lontong dan juga pulut kuning. 

Juadah makan malam kami malam tu ialah nasi impit segera dan rakan2nya. Alhamdulillah... Esok paginya, barulah "ngunjung" ke rumah sebelah pulak. Jiran sebelah rumah jer yang ada, yang lain2 tu semuanya balik kampung...

 Ayam Masak Merah Bermadu...

 Rendang Pedas Daging Perak Style...

 Kuah Lontong...

 Nasi Impit Mini Segera...

 Pulut Kuning Kukus...

 Ini bahagian saya. Alhamdulillah...puas sungguh dapat makan pulut ni dengan rendang!

Kuih Bakar yang dibakar awal pagi Aidil Adha untuk dibawa ke lokasi penyembelihan...


No comments: