Monday, November 15, 2010

Hari Anugerah Cemerlang TPB 2010


Alhamdulillah, Hari Anugerah Cemerlang TPB 2010 telah pun selamat dilangsungkan pada hari Ahad lepas, 14hb November, bertempat di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Semuanya berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah untuk semua guru2 TBP yang telah berjaya menjayakan hari tersebut dengan gemilang.


Dengar ceritanya, mereka bertungkus-lumus untuk meyiapkan persiapan yang perlu hingga ke awal pagi Ahad tersebut. Kesian kat cikgu2....! Apa2pun, majlis tersebut memang BEST!!!

Tak payah ler nak cerita panjang2 ya. Kalau nak tau cerita selanjutnya, bolehlah melawat ke blog TPB di sini, di sini dan di sini. Macam2 cerita ada kat situ...


Ucapan pembukaan oleh Pengerusi TPB...


Jom tengok gelagat anak2 yang akan mengambil bahagian dalam persembahan...







Ini gelagat Adik sebelum naik ke pentas untuk persembahan...

Majlis kali ini meriah kerana diselitkan dengan persembahan pancaragam oleh pasukan Pasir Gudang School Band. Mereka mempersembahkan 12 lagu. 6 lagu di awal majlis dan 6 lagi lagu dipertengahan majlis. Alhamdulillah...persembahan yang memukaukan walaupun tanpa membuat sebarang formasi (sebab pentasnya ciput jer...).



Inilah trombonists kumpulan ni. Salah seorangnya ialah Ayong. Kenalkan yang mana satu Ayong?


 Ini pulak beberapa aksi guru2 yang bertugas...


 Anak2 kecil pun turut sama memeriahkan majlis...

 Sebahagian daripada anak2 yang menerima hadiah kecemerlangan. Tahniah!!!

 Adik sedang menerima tropi. Adik dapat tempat pertama dalam kelas dan TOP 10 untuk 6 Tahun TM2...

Adik bersama kawan2nya yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ketiga dari kelas 6 Cerdas TM2...

 Ayong dan hubby tumpang bergambar dengan Adik dah hadiah2 kemenangannya...



1 comment:

Cikgu Zainun said...

Salam Ita,
Terima kasih kerana memberi liputan awal tentang hari Anugerah Cemerlang TPB. Cuti 3 hari, saya balik ke kampung jengok orangtua. Masih tak berkesempatan nak update kerana berada di kg mertua yang tak boleh akses internet. Ni baru balik Kuantan.

Anyway, terima kasih di atas sokongan yang diberi sehingga ke akhir majlis.