Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya tahun ini telah masuk tahun keempat kami mengadakan aktiviti qurban di taman ini. Dan masuk tahun ini, telah tiga tahun berturut2 saya menyertai ibadah qurban ni. Tahun ini saya sertakan dua nama anak2 lelaki, maknanya kami ambil dua bahagian qurban. Alhamdulillah...
Tahun ini dua ekor lembu telah dikorbankan. Proses penyembelihan lembu2 qurban tersebut dijalankan selepas solat sunat Aidil Adha. Ikutkan perancangan awal, penyembelihan akan dilakukan sekitar jam 9:00 pagi tetapi terpaksa ditunda kerana solat sunat Aidil Adha agak lewat sikit habisnya.
Inilah dua ekor lembu yang dikorbankan...
Proses menumbangkan lembu pertama...
Proses menumbangkan lembu kedua...
Diantara anak2, ibu2, bapa2 dan mereka2 yang datang untuk menyaksikan proses penyembelihan dan seterusnya proses melapah dan pengagihan...
Sambil menanti kedatangan Pak Imam untuk menyembelih lembu2 tersebut, masing2 menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh kaum2 ibu...
Proses penyembelihan lembu pertama...
Proses penyembelihan lembu kedua...
Ini pulak proses melapah...
Malang sekali kerana tahun ini saya tidak dapat turut serta bersama kaum2 ibu untuk proses penimbangan, pembungkusan dan pengagihan daging2 korban tersebut disebabkan masalah kesihatan. Walau macamana pun, saya sempat jugak tengok lembu yang pertama disembelih.
No comments:
Post a Comment