Sunday, October 31, 2010

Giliran Saya Pula...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Kalau Adik baru dapat basikal sebagai hadiah kecemerlangannya, kali ini giliran saya pulak dapat hadiah. Alhamdulillah...!


Blog NJ ada buat satu pertandingan tapi bukanlah pertandingan lumba lari ataupun pertandingan memanjat tangga. NJ mengadakan pertandingan bersempena ulangtahun kelahirannya pada 01-10-2010 yang lepas. Pertandingannya senang sahaja...siapa yang menjadi pelawat yang ke 011068, dialah pemenangnya! Kebetulan waktu saya bersiar2 ke blog kengkawan, saya ternampak contest ni lalu saya pun mencuba. Alhamdulillah...2x masuk jer dah dapat nombor bertuah tu. Apa lagi...terus print screen dan hantar sebagai bukti.
Dan semalam (Sabtu, 30hb Oktober), NJ datang menghantar hadiah ini. Terima kasih NJ! Tapi masa NJ datang tu, saya baru je keluar dari bilik air. Jadi tak sempat nak berjumpa dengan NJ.



Hadiah dihantar dalam kotak ni. Masa tu anak2 semua ada di ruang tamu. Bila nampak kotak KARI BERAPI ni, masing2 teruja nak makan mee segera!!!! Hubby dan saya buat muka seposen je sambil mengiya2kan aje. Abang Ngah yang paling teruja...
Anak2 : Mak, mak dapat mee kari berapi ye?
Hubby : Ya la...tengok la kotak ni!!!
Abang Yang : Dia hantar dari Melaka ke? (tengok alamat kat kotak tu...)
Abang Ngah : Alaaaaa....Ayi baru jer goreng telur! Nak pegi masak air la...
Emak : Haaa...gi masak cepat2! (Abang Ngah pun berlalu ke dapur dan masak air...)
Adik : Adik pun nak makan mee jugak!
Emak : Ya la...tunggu Abang Ngah masak air dulu...

Sambil2 tu saya saja lengah2kan masa untuk membuka kotak tu. Anak2 dah berkumpul keliling. Hubby dan saya tersenyum2 jer menyimpan rahsia.

Dan akhirnya...apabila kotak dah terbuka dan melihat isi kandungannya...

Abang Ngah : Penat jer Ayi masak air...ingatkan betul2 kari berapi tadi.
Hubby : Kari berapi tak ada...hati berapi adalah!
Abang Ngah : Tak apa...Allah makbulkan doa orang2 yang teraniaya! (konon2nya dia dah teraniaya la tu...lepas tu semua pakat gelak!)
Adik : Mak kata tadi mee kari berapi...ini bukannnn!
Hubby : Mana ada emak kata isinya mee kari berapi. Abang Ngah yang kata....


Inilah yang saya dapat...tea set! Terima kasih kepada NJ...

Friday, October 29, 2010

Hari Terbuka Tadika Pintar Bistari


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ini, 29hb Oktober 2010, adalah merupakan Hari Terbuka Tadika Pintar Bistari (TPB). Sepanjang malam semalam, saya tidak melelapkan mata. Bukan kerana TERLAMPAU TERUJA dek Hari Terbuka tersebut, sebaliknya sibuk membakar, memasak dan juga mengukus. Ada banyak tempahan untuk hari ini.

Dalam pada sibuk menyiapkan tempahan pelanggan, saya juga menyediakan sebiji Almond Choc Brownies ini untuk dibawa ke TPB sebagai "air tangan" - disebalik penggunaan istilah "buah tangan". Saja je nak bagi guru2 yang telah mengajar Adik selama Adik belajar di TPB.

Almond Choc Brownies...

Sampai sahaja di TPB, Adik dan saya mendaftarkan diri dulu di kaunter pendaftaran. Hmmm...dapat nombor 6 untuk kelas 6 Cerdas. Setelah memanjat tangga ke tingkat atas, kami memasuki kelas yang telah ditetapkan. Masa tu cuma ada seorang ibu bersama anaknya yang sedang berurusan dengan Guru Kelas, Cikgu Zuraidah. Bila tiba giliran kami, Cikgu Zuraidah menyerahkan fail peribadi Adik bersama dengan keputusan pepriksaan, kertas2 peperiksaan dan juga sekeping gambar kelas bersaiz besar yang telah siap dibingkaikan. Dan sebelum melangkah meninggalkan kelas tersebut, Cikgu Zuraidah telah menyerahkan satu bungkusan hadiah untuk Adik. Terima kasih Cikgu!


 Inilah keputusan peperiksaan Adik untuk Semesta 1 dan 2... Alhamdulillah, ada peningkatan.

Dedikasi untuk semua tenaga pengajar di TPB :
TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH.


Inilah gambar kelasnya. Tengok muka Adik tu...seposen je!


 Adik teruja sangat dengan hadiah yang dia dapat. Masuk sahaja ke dalam kereta, tak sabar2 dia nak bukak hadiah tersebut. Tapi saya menghalangnya sebab.......nak posing dulu!!!!

 Cantik ketas pembalut hadiah tu. Saya suka...!

 Tak sabar2...main koyak aje pembalutnya!

 Inilah hadiahnya!
Apa Adik kata bila dia dapat hadiah ini? "Wah....pensil kaler. Bestnya!!!!!"
 Adik memang suka buat koleksi alat tulis sebab setiap hari alat tulisnya tak pernah kekal. Setiap hari ada sahaja yang hilang...! Kalau pensil warna, mesti warna kuning yang hilang dulu. Itu sebab saya beli pensil warna yang berwarna kuning tu banyak2, beli yang dijual sebatang2 tu.


Dan hubby pulak bagi kejutan untuk Adik!!! Balik kerja tadi hubby terus ke kedai basikal, belikan Adik basikal ni...
 




Teruja sungguh Adik bila terpandangkan basikal ni.  

 Posing jap atas basikal baru. Tengok...plastiknya pun tak bukak lagi!

Pusing2 dalam rumah jer sebab hari dah malam. Esok gerenti tak abis2 pusing naik basikal kat depan rumah...


Thursday, October 28, 2010

Masak Apa Semalam?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmmm...masak apa semalam? Semalam hari Rabu, kan? Sekejap je dah tengah2 minggu. Anak2 sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun. Abang Yang ada peperiksaan akhir untuk sekolah rendah dan sekolah agama sehingga hari Jumaat ni. Ayong pulak hingga Selasa minggu depan. Abang Ngah pulak sehingga Jumaat ni jugak.

Semalam masak yang ringkas sahaja...sekadar Ikan Kerisi Masak Kicap Berkentang. Ikan kerisi tu sebenarnya baki dari yang digoreng kelmarin dulu. Dah simpan dalam petiais, tak ada siapa yang nak makan. Akhirnya dikicapkan semalam. Teruja juga anak2 makannya...


 Ikan Kerisi Masak Kicap Berkentang...


Bubur Kacang ni pulak memang dah agak lama saya mengidamkannya. Hari tu nak buat, stok santan pulak tak ada. Dah ada stok santan tu, terus aje saya masak Bubur Kacang. ni. Sambil2 masak nasi, sambil2 masak bubur ni....

Bubur Kacang...

Menurut kata emak saya, kalau tak nak bagi kcang hijau tu hancur semasa direbus, goreng dulu kacang tu tanpa mingak hingga kekuningan. Lepas tu dibasuh dan ditoskan sekejap. Masukkan ke dalam periuk dan gaul sedikit dengan minyak masak sebelum ditambah air untuk direbus. InsyaAllah, kacang2 tu tidak hancur...


Tuesday, October 26, 2010

IPTI


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Hari ini dalam sejarah...pertama kali menjejakkan kaki ke sini...




Gambar yang saya download dari Google...


Jangan salah faham ye... Saya bukannya melanjutkan pelajaran ke sini ataupun bertugas di sini, tapi sekadar MENJEJAKKAN KAKI ke kawasan ini sahaja. Seumur hidup saya yang dah melepasi angka 43 ni, inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke kawasan Institut Perguruan. Sebelum ini pun saya tidak pernah menjejakkan kaki ke mana2 maktab ataupun institusi perguruan yang lain.

Tapi ada sedikit kemusykilan...kenapa majoriti orang yang saya baru jumpa ataupun baru kenal, masing2 bertanyakan soalah ini kepada saya mahupun kepaa hubby :

Kepada saya : "Awak ni guru ke?"
Kepada hubby : "Orang rumah mengajar di mana?"

Hingga sekarang masih kehairanan......


Berbali kepada tujuan saya ke sana...tidak mungkin saya SAJA2 pergi ke sana, kan? Mesti ada sebab. Tidak mungkinlah saya ni FREE sangat sampai boleh JALAN2 ke sana? Sebenarnya cam gini......

Hehehe...saya ke sana sebab pergi menghantar tempahan marble cheese brownies dan juga bluberry cistat ke Bahagian Pentadbiran. Saya dah menerima tempahan ni dalam minggu Ayong kat hospital dulu, jadinya terpaksa saya tolak. Akhir minggu lepas dia tanya samada saya dah boleh terima tempahan ataupun tidak. Akhirnya, dia menempah satu loyang MBC dan 100pcs bluberry cistat. 

Selepas Adik ke sekolah, saya pun bersiap2 untuk ke sana. Saya kena sampai ke sana sebelum jam 12:00 tengahari sebab dia ada kursus pulak di Skudai. Nasib baik tak sesat dan alhamdulillah sampai jugak saya ke sana. Pada yang tahu memang le tidak sukar tapi pada yang pertam kali menjejakkan kaki ke sana, terasa teragak2 jugak.

Alhamdulillah...dah selamat sampai ke tangan penempah dan saya pun dah selamat sampai ke rumah...hehehe.

Ikan Keli Masak Sambal


Hehehe...ini lauk untuk makan tengahari semalam. Ikan Keli Masak Sambal...


Anak2 saya suka sangat makan ikan keli terutama kalau masak macam ni...

Hai! Kenapa suka sangat makan kami???


Majlis Suaikenal Dan Taklimat Ibubapa Tahun 1 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Hari Sabtu lepas, 23hb Oktober 2010, semua ibubapa dan anak2 yang bakal menduduki Tahun 1 2011 di SK Taman Pasir Putih dijemput hadir ke sekolah untuk menghadiri Taklimat Ibubapa Dan Suaikenal Tahun 1 2011. Majlis bermula seawal jam 8:00 pagi.


Saya turut sama bersama dengan hubby dan Adik. Tahun depan (2011) Adik akan memasuki alam persekolahan yang sebenar. Memang Adik amat teruja unutk ke Sekolah Kebangsaan. Seminggu sebelum itu, kami telah mendapat surat undangan beserta dengan borang2 yang perlu diisi dan diserahkan semula pada hari tersebut. Masa kami sampai di Dewan Warisan tu, dah ramai ibubapa dan anak2 yang sampai. Masing2 beratur mengikut kelas yang telah dibahagi2kan untuk proses pendaftaran dan penyerahan dokumen. Adik ditempatkan di Kelas 1A3. Selesai proses penyerahan dokumen, anak2 diserahkan kepada guru kelas manakala ibubapa pulak bergerak ke dewan lain untuk taklimat.

Penuh dewan hinggakan ada ibubapa yang terpaksa duduk dan berdiri di luar dewan. Murid2 Tahun 1 2011 yang telah mengesahkan pendaftaran ialah lebih kurang 300 orang. Kalau seorang murid ditemani oleh ibu dan bapa (macam sayalah...kan!), bermakna dah 600 orang ibubapa yang hadir! Mana nak muat dewan tu...!

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Salahudin (ni orang kampung hubby ni...). Lepas tu ucapan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran (sebab Guru Besar tidak dapat hadir...). Lepas tu ucapan oleh YDP PIBG, En. Mukri. Dah habis YDP berucap, tiba pulak giliran GPK HEM, Puan Fadzilah untuk memberi taklimat berkenaan dengan Tahun 1. Seronok dengar Cikgu Fadzilah bercakap...tidak membosankan disamping dengan gaya yang bersahaja...
 Ustaz Salahudin, YDP PIBG, GPK Pentadbiran dan GPK HEM...

Selesai sahaja taklimat, ibubapa kembali semula ke Dewan Warisan. Masa tu anak2 dah duduk beratur mengikut kelas masing2 kecuali Adik sebab dalam pada saya melilau mencari kelibat dia ditengah anak2 yang ramai, tiba2 Adik muncul dari belakang dan memeluk saya. Itu sebab gambar Adik tak ada...

 Anak2 duduk beratur...

 Ada juga persembahan dari murid Tahun 1 2010...

Tengoklah Adik tu! Masa anak2 lain beratur untuk bersalam dengan GPK-GPK dan YDP PIBG, dia boleh duduk kat hujung pentas tu...

Lepas salam2, terus balik!!!! Hehehe...


Kemaruk Makan!


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Lama juga dah saya tidak bersiaran. Kali ini merajinkan diri uuntuk mengemaskini blog yang hampir2 nak bersawang...

Masa ada masa senggang ari tu, saya sempat juga jalan2 dan jamu mata ke rumah Yatie. Ternampak pulak Agar-Agar Karamel. Terus terliur... Alhamdulillah, semua bahan ada di dapur, terus merajinkan diri mencubanya. Dan inilah hasilnya....



Apa kaitannya dengan tajuk entry kali ini? Entahlah...tiba2 saja saya ni kemaruk nak makan macam2. Saya teringin nak makan jagung rebus, nak makan bubur kacang dan macam2 lagi. Hancur sudah diet saya sebab semenjak dua menjak ni saya SUKA makan!
Hari Sabtu lepas, ada pasar malam di Taman Air Biru. Kebetulan hubby ajak pergi. Hmmm...pucuk dicita ulam mendatanglah! Jom tengok apa yang kami beli...

Agar-Agar Karamel tu buat sendiri tau! Beli lemang bersama rendang, juga kuih dangai...

Beli jugak ayam goreng dan rangka ayam. Alhamdulillah...dapat beli jagung rebus. Nasi ambang tu pulak unutk hubby...

Ada lagi sebenarnya tapi tak termasuk dalam gambar kat atas sebab lupa nak snap. Ada Kuay Tiaw Goreng Kerang,


Friday, October 22, 2010

Kata Orang Tua-Tua...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Kata Orang Tua-Tua....
BELUM BETUL MEMBILANG JARI, SUDAH HENDAK BANGKIT BERDIRI...
Maksudnya :
Hendak berlagak seperti orang tua2 walaupun belum berpengalaman...


LEMAH LEMBUT SANTAN BERLADA...
Maksudnya :
Perkataan yang lemah-lembut tapi berisi sindiran yang pedas...


JANGAN MENGGERAKKAN ULAR TIDUR...
Maksudnya :
Jangan mencari sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya. Sama juga maksudnya dengan HARIMAU TIDUR JANGAN DIGANGGU. Sekiranya kita tahu akan bahaya yang bakal menimpa, janganlah pula kita sengaja menempahnya! Kelak diri sendiri yang binasa...


MENDAKI BUKIT BERKAKI DUA, MENURUNINYA PULA BERKAKI SERIBU...
Maksudnya :
Untuk mencapai kesenangan atau kejayaan, amatlah sukar dan lambat. Tetapi kemusnahan dan kerosakan amat cepat datangnya. Oleh itu, berhati2lah apabila kejayaan atau kesenangan sudah berada di dalam genggaman. Janganlah pula kita melakukan sesuatu yang akhirnya menyebabkan kita sendiri yang rugi dan menyesal...

Wednesday, October 20, 2010

Fenomena Apakah Ini???


Assalamualaikum untuk semua. Pagi tadi, semasa menghantar hubby ke pintu pagar untuk ke tempat kerja, hubby terlihat kewujudan sang mentari yang berwarna merah ini. SUBHANALLAH...!!! Cepat2 saya berlari mengambil si DC.


Warnanya yang kemerah2an mungkin disebakan oleh cuaca yang agak berjerubu atau berkabus. Tapi mustahil disebabkan oleh kabus kerana kalau dilindungi oleh kabus, cahayanya masih seperti asal dan bukannya kemerah2an. Pastinya disebabkan oleh jerubu yang rasanya terhasil daripada jerubu yang ditiup angin dari Indonesia yang mana perkara yang sama turut dilapurkan berlaku di Singapura. Pasir Gudang ni bukannya jauh sangat dari Singapura...berjiran je!




Hehehe...yang ini pulak tak ada kaitan dengan cuaca berjerubu ya! Sang Siput ni asyik sangat "mengulit" bunga kertas tu...



Jalan-Jalan Cari Makan


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...

Alhamdulillah, setelah lama saya "bercuti", baru malam ini (dah dinihari sebenarnya ni...) saya berkesempatan untuk mengemaskini blog saya ni. Banyak dah yang saya ketinggalan. Apa boleh buat...kalau ada terluang sahaja saya akan mengadap komputer ni.

Sepanjang minggu lepas saya berulang-alik ke hospital. Walaupun hospital tu dekat jer dengan rumah ni tapi memerlukan masa juga untuk menemani anak sulung saya tu. Kesian pulak dia sorang2 kat hospital tu. Kalau waktu tengahari tu, ramai juga kawan2 dia dari SMK Pasir Gudang  yang datang melawat. Saya menemankan Ayong tak tentu masa. Kadang2 saya pergi waktu tengahari, kadang petang sikit baru saya pergi.

Apa sakit Ayong? "Platelet count" dan "white cells"nya keep dropping sejak hari Sabtu (09-10-2010) lagi. Bila saya bawa sekali lagi ke hospital untuk check darah, doktor suruh admit je untuk memantau keadaannya. Alhamdulillah...sekarang Ayong dah sihat. Dah mula discharge hari Jumaat (15-10-2010) lepas. Dia dapat cuti sakit sehingga 22-10-2010 tapi dia tetap bersekolah sejak Isnin lepas sebab ada final exam bermula hari Selasa (19-10-2010) ari tu.

Sebab dia dah lama "terperuk" kat hospital, hari Ahad lepas kami jalan2 ke Jusco Permas Jaya. Tujuan utama nak cari makan. Makanan kat hospital tak sedap katanya... Macam selalu, kami tentu akan singgah makan di restoran ini....

Beef kuay tiaw untuk saya, nasi beriani ayam untuk hubby, cendol untuk Ayong, Abang Ngah dan Abang Yang, ABC untuk Adik, Cappucino ais untuk saya, mixed fried balls untuk Adik, chicken chop untuk Abang Ngah dan Abang Yang, dan fish & chip untuk Ayong....

 Gelagat anak2 menikmati hidangan masing2...

Berselera sungguh mereka...