Saturday, January 9, 2010

Penangan Pencuri!

Salam sejahtera semua! Adui...dah lama tak dapat kemas rumah ni sebab ada masalah yang memang tak dapat dielakkan. Dah berabuk abis rumah ni.... Apa masalahnya??? Kabel Telekom kat kawasan taman ni kena curi!!!! Lahabau betul pencuri tu. Menyusahkan hidup orang je! Geram tak terhingga ni tapi nak buat macamana, kan? Tengahari ni tadi nampak beberapa orang kakitangan Telekom kat bahagian belakang rumah. Sibuk mereka memeriksa setiap tiang telefon yang ada. Saya ni salah seorang daripada pengguna Streamyx. Itu yang kalau line telefon ada masalah, internet connection pun bermasalahlah jugak. Kalau pakai broadband kan senang...! Tapi connection dengan broadband tak berapa baguslah...tak best! Itu yang masih setia dengan Streamyx ni. Lagipun line telefon yang saya gunakan untuk sambung ke Streamyx ni FOC. Special package!

Sebaik saja tau line dah okay, saya pun terus onkan komputer. Apa lagi...hantar reportlah!!! Banyak benda nak cerita ni tapi hari ni sibuklah pulak! Petang ni insyaAllah ada program Yassin Akhwatul Muslimah TPP, jam 2:30 petang. Ayong pulak sekarang masih berada di Gelang Patah, ada persembahan pancaragam di Dewan Raya Gelang Patah, ada majlis anjuran JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Lepas tu hubby ajak balik ke Muar petang nanti. Maknanya...cerita selanjutnya cuma boleh dikemaskini pada hari Isnin!!! Jumpa Isnin nanti ya!!!!!


No comments: