Sunday, January 24, 2010

Apam Dan Puding

Hari Jumaat lepas, saya terlebih Vitamin R rasanya. Mana tidaknya, asyik memasak aje dari pagi hingga ke petang. Memang Jumaat tu amat memenatkan. Awal2 pagi sediakan mee goreng sebagai sarapan untuk anak2 sebelum ke sekolah dan hubby sebelum ke tempat kerja.


Mee Goreng...


Selepas Adik ke tadika dalam jam 10:40 pagi, saya bersiap2 untuk memasak untuk makan tengahari pulak. Tengahari Jumaat memang hubby akan balik ke rumah unutk makan sebelum ke masjid bersama anak2. Dan untuk tengahari Jumaat, saya cuma masakkan meehon sup aje. Ringkas....celur2 dan rebus2 aje.


Meehon Sup...


Dalam masa yang sama, saya juga menyediakan sedikit pencuci mulut. Kali ini Puding Permata. Sebelum tengahari, puding ni dah siap masuk petiais untuk dibeku dan disejukkan. Dan pada masa yang sama juga, saya mentiapkan adunan untuk Kek Gula Hangus. Kek ni saya nak hantar ke rumah Kak Nyah di Selayang 18 sebab ada majlis yassin, tahlil dan doa selamat bersempena keberangkatan Kak Nyah dan suami untuk menunaikan umrah pad hujung Januari nanti. Tapi gambarnya lupa pulak saya snap. Ada yang saya snap guna handphone je tapi kualiti amat mengecewakan. Itu yang saya tak uploadkan di sini.


Puding Permata...


Jam 1:50 petang, saya bergegas pulak menghantar Ayong ke stadium. Ada latihan pancaragam petang tu hingga pukul 5:00 petang. Sebelah malam tu juga ada jamuan perpisahan dan kesyukuran di rumah Cikgu Masrawati di Kg Kopok Baru. Cikgu buat jamuan perpisahan untuk murid2 yang dapat tawaran ke SBP dan kesyukuran untuk murid2 yang berjaya dalam PMR yang lepas. Cikgu Masrawati ialah guru yang menjaga kelas KRK. Jamuan kali ini diadakan secara potluck. Jadinya saya sediakan Apam Comel Berinti Blueberry dan Orange untuk dibawa oleh Ayong malam tu.



Apam Comel Berinti Blueberry...



Dah siap packing dalam kotak, adalah dalam 150 biji...

Selepas solat Maghrib, hubby dah pergi ke majlis yassin tu. Saya pulak sejak dari pagi lagi dah asyik bersin sahaja. Selesema dah datang le tu! Sebelah petang tu, selepas jemput Ayong dari stadium, saya terus ke rumah Kak Nyah. Sekadar menghulur sedikit juadah dan mohon kemaafan sebab tidak dapat menghadirkan diri ke majlis beliau malam nanti. Selepas tu saya telan ubat selesema sebiji. Ubat selesema ni memang "power"...mesti mengantuk. Tapi saya gagahkan diri untuk hantar Ayong juga. Balik dari hantar Ayong, saya terus merebahkan diri. Jam 10:00 malam saya dah tertidur depan tv bersama Adik. Nasib baik masa hubby balik dari majlis tu saya sedar hubby ketuk pintu. Jam 11:30 malam hubby pergi jemput Ayong dari rumah Cikgu Masra (panggilan manja untuk Cikgu Masrawati....).

Apa jadi lepas tu? Saya dah tak sedar apa yang terjadi sebab lepas aje hubby balik dari majlis tu, saya terus menyambung zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........!!!!


No comments: