Monday, January 18, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Ke-25



Salam sejahtera untuk semua. Tengok banner kat atas tu pun rasanya tak perlu nak terangkan apa2 lagi. Mesti cerita pasal mesyuarat PIBG dan anugerah cemerlang. Memang betul! Pagi tadi telah berlangsungnya 2-dalam-1 majlis di SMK Pasir Gudang iaitu Mesyuarat Agung PIBG Ke-25 dan juga Majlis Anugerah Cemerlang.

Pagi tadi saya cuma pergi bersama Ayong saja sebab hubby tinggal kat rumah tengok anak2 dan kemas2 rumah (hubby mithali tau...!). Sebab utama hubby tak turut serta ialah kalau hubby turut serta, anak2 yang lain pun mesti kena bawa bersama2. Masalahnya nanti, Adik tak boleh duduk diam. Mesti dia lari ke sana-sini. Silap2 haribulan, masa orang bermesyuarat, dia pun turut jadi salah seorang AJK yang duduk kat depan tu. Tak ke haru dibuatnya. Itu sebab hubby tak ikut sama.

Sampai di sekolah lebih kurang jam 8:10 pagi. Sebelum tu pergi ambil kawan Ayong dulu, Basyirah di Selasih Pulau, sebab parents dia tak dapat hadir pada majlis pagi sebab kerana ke Kl menguruskan sesuatu. So, sayalah jadi pengganti ummi dia sekejap. Lepas mendaftar nama penerima anugerah di kaunter pendaftaran, saya terus ke dewan. Ayong dan Basyirah dah jumpa geng, lagipun mereka kena berkumpul di dewan lain.

Masuk aje ke dalam dewan, suasananya suram je. Hairan juga saya, kenapa lampu2 dalam dewan tu tidak dihidupkan. Rupa2nya, blok yang menempatkan dewan mini tu mengalami masalah teknikal berkaitan bekalan elektrik. Patut la.....! Guru terpaksa menarik bekalan elektrik dari bangunan bersebelahan untuk menghidupkan PA System je. Nasib baiklah angin bertiup agak kuat juga. Jadi tidaklah kami kepanasan. Kena pulak saya duduk betul2 depan pintu, barisan kedua dari depan, memang sedap kena angin yang bertiup.

Majlis pagi tadi dimulakan dengan Mesyuarat Agung PIBG dulu. Majlis Anugerah Cemerlang hanya dijalankan selepas tamatnya mesyuarat tersebut. Hmmm...salah satu cara untuk memastikan yang ibubapa akan hadir ke mesyuarat agung. Kalau buat majlis anugerah dulu, mesti ramai ibubapa yang balik selepas majlis anugerah tamat. Betul tak??

Tak payah le cerita panjang2 ya. Kita layan jer gambar2 kat bawah ni. Tapi kualiti "kureng" sikit sebab kekurangan cahaya. Layan jer....!!!



AJK-AJK PIBG Sesi 2009/2010. Dipengerusikan oleh YDP (baju batik biru) dan AJK membentangkan minit mesyuarat yang lalu...



Sebahagian daripada ibubapa yang hadir. Hampir keseluruhan dewan dipenuhi oleh para ibu. Yang berdiri tu ialah ibubapa yang bertanya tentang lapuran minit yang lalu sebelum AJK lalu dibubarkan untuk pemilihan yang baru bagi sesi 2010/2011. Yang paling glamour ialah pakcik yang dalam gambar penjuru kiri bawah tu sebab "banyak songel" kata salah seorang bapa yang bersuara tadi...


Sebelum pemilihan AJK baru dibuat, majlis diselitkan dengan cabutan bertuah. Ada 10 hamper yang disediakan untuk cabutan bertuah. Saya tidak mengharapkan cabutan bertuah ni sebab tak pernah bertuahpun setiap kali cabutan dibuat. 5 cabutan pertama dijalankan. Nombor pertama yang disebut ialah 122. Siapakah tuan empunya nombor bertuah ni? "La...itu nombor saya!", kata saya kepada Kak Yati yang duduk kat sebelah saya. Percaya tak, saya jadi ibu pertama yang bertuah pada majlis kali ini!!! Ohhhh...terharunya!!!



Inilah hamper yang saya dapat tu. Tak sempat nak snap gambar, Adik yang koyakkan semasa dalam kereta lagi...



Inilah barisan AJK PIBG Sesi 2010/2011. Kebanyakan mereka ialah AJK lama yang dicadangkan oleh ibubapa untuk dikekalkan termasuklah YDP. Akhirnya Pakcik Glamour terpilih menjadi AJK...



Pemberian cenderahati kepada AJK2 yang lepas oleh Puan Penolong Kanan, Puan Hajjah Saleha...



Ini? Kebetulan pulak saya terserempak dengan bekas rakan sekerja di Kiswire dulu. Kak Asmahyati Wagiman...

Anak kedua beliau berada di Tingkatan 2 KRK. Manakala anak sulungnya pulak berada di Tingkatan 4 di SMKPG2, Taman Mawar. Ruap2nya, anak sulungnya beliau adalah merupakan salah seorang daripada ahli pancaragam sekolah2 Pasir Gudang tapi dia tidak bermain alat sebaliknya sebagai Colour Guard. Kisahnya....!!! Memang le Ayong kenal sebab sama2 pancaragam dengan dia.

Selepas tamat mesyuarat agung, ibubapa disajikan dengan sedikit kudapan yang diagih2kan oleh guru2. Dalam beg plastik yang diaghkan tu adalah nasi lemak berlauk ayam goreng, 2 biji kuih (karipap dan kasturi) dan air mineral. Alhamdulillah!


Ayong dapat pulut kuning tapi tak dapat kuih2, juga bersama nasi lemak ayam goreng...


No comments: