Tuesday, January 12, 2010

Ketupat

Kebetulan, masa balik kampung weekend ari tu, pucuk kelapa yang kat tepi rumah tu patah pada malam sebelumnya. FIL dan MIL dan mengagak2 yang anak lelakinya akan balik weekend tu. Memang benar agakan mereka sebab kami muncul pada sebelah petang Sabtu tu. So, FIL pun ambillah daun kelapa muda tu dan sisir2kan. Lepas tu kami mempraktiskan skill menganyam ketupat. Siapa kata saya tak pandai menganyam ketupat? Pandai ooooo!! Tapi setakat ketupat bawang dan ketupat sate je la...!

Selepas sarapan pagi Ahad tu, saya dan MIL isikan kelongsong tu dengan beras. FIL pulak menyediakan periuk untuk merebus dan merebus air. Selepas mendidih, biras saya pulak memasukkan kelongsong2 tu ke dalam periuk. Selepas 2 jam, hubby dan Abang Yang pulak ditugaskan untuk mengangkat ketupat2 tu. Dalam pada nak menunggu ketupat tu masak, saya dan biras (Mak Andak, yang kahwin bulan Mac 2009 lalu), menyediakan lauk, kuah lodeh dan juga kuah kacang. Mak Andak ni tengah tunggu hari je nak bersalain. Expected duenya pada 18hb Januari ni tapi masih ligat buat segala kerja. Jam 11:00 pagi semuanya dah siap. Tunggu masa nak makan je! Tapi sorrylah sebab saya sempat snap gambar ketupat ni je. Itupun sebelum berangkat balik ke Pasir Gudang selepas maghrib.



Dapat le 64 biji yang kategori molek2....


2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..
Wah ketupat...Sekarang dah susah ya nak jumpa ketupat ni...Kalau raya pun yang ada kebanyakannya ketupat segera....

Sesekali bergotong royong masak² ni mesti best n meriah

Azita Zain said...

Salam Sue,
Kat umah MIL titap tahun tak pernah missed buat ketupat and the gangs! kalau kena turn raya kat perak, masa kami balik raya ujung minggu tu, mesti MIL buat ketupat gak...