Wednesday, June 17, 2009

Makan Apa Semalam?

Hari kedua persekolahan. Rutinnya masih sama macam hari2 persekolahan yang lalu. Cuma kadang-kala diri ini merasa sepi di antara waktu anak2 semua dah ke sekolah hingga Adik balik dari sekolah. Dan kebiasaannya dalam waktu2 begitu saya isikan dengan membaca @ menggosok @ melipat pakaian selain dari mendekatkan diri kepadaNya.

Hmmm...makan apa semalam ya? Ini dia....! Masak Lemak Pucuk Ubi lagi... Dan juga masak kicap lagi tapi kali ini ganti dengan telur mata kerbau. Itu ialah menu makan tengahari dan jugak malam. Dan Ubikayu Goreng Kunyit tu saya buat untuk minum petang...errr...sebenarnya dihidangkan sekali dengan makan malam sebab masa itu sajalah semua duduk semeja. Kalau petang2 tu cuma saya dan Ayong aje. Adik biasanya akan tidur selepas balik dari sekolah. "Ngantuk la mak, nak tidur", itulah kata2 Adik waktu dia mula berbaring. Penat agaknya sebab kalau waktu2 tak bersekolah, memang agak susah Adik nak tidur siang.


No comments: