Monday, June 15, 2009

Sehari di Zoo Melaka

Assalamualaikum kepada semua pengunjung rumah saya. Maaflah sebab dah lebih dari seminggu saya "tidak balik" ke rumah saya ni. Ada saja yang menghalang bila kaki mula nak melangkah "pulang". Dah akhirnya baru hari ini saya berpeluang untuk "menjejakkan kaki" semula ke rumah saya ni. Memang rindu rasanya. Kemaafan yang saya pinta kepada yang sudi berkunjung dan kepada semua yang meninggalkan pesanan tu, nanti saya 'reply' kejap lagi ya!.

Cerita saya hari ni mungkin agak panjang sebab dah lama tak bercerita, kan! Mula2 saya nak cerita apa yang "telah berlaku" pada cuti Hari Keputeraan SPBYDA 6hb. Jun yang lepas. Lama dah, kan! Hari tu bukan ke cuti umum seluruh negara, termasuklah hubby saya. Jadinya selepas hubby balik kerja petang Jumaat tu, semasa kami sedang "golek-golek" selepas Maghrib, hubby bertanya perancangan untuk esoknya (Sabtu, 6hb. Jun). Disebabkan dia ada cuti 2 hari (Sabtu dan Ahad), bolehlah kalu nak pergi ke mana2 katanya. Hubby pun bagi 2 pilihan : samada nak bawak anak2 jalan2 (since masih cuti penggal) ataupun nak balik ke Perak. Hati ni memanglah berat nak balik ke Perak (lebih nak balik ke Perak...) sebab dah lama tak balik, tapi berfikir pulak tentang anak2 yang masih tak ke mana2 dalam cuti sekolah ni. Akhirnya kami bersepakat untuk bawak anak2 ke Melaka dan Port Dickson aje. Itupun selepas subuh baru keputusan dibuat. Siapkan pakaian serba-sedikit dan kejutkan anak2. Laju je mereka bersiap sebab seronok nak gi jalan2... Jam 8:30 pagi kami bertolak. Singgah kat bank dulu, "bank-in"kan belanja emak untuk bulan Jun ni.



Dalam perjalanan menuju ke Ayer Keroh...


Lepas tu kami meneruskan perjalanan menuju ke Ayer Keroh, Melaka. 10:00 pagi sampai di R&R Machap. Selepas mengisi minyak, perjalanan diteruskan ke destinasi. Kami sampai di susur keluar ke Ayer Keroh dalam jam 11:30 pagi. Masa tu dah hujan renyai2. Kereta pulak berderet2 nak keluar ke Ayer Keroh tu. Susur keluar dari utara pun dipenuhi dengan kenderaan jugak. Beratur panjang untuk membayar tol. Nasib baik kami gunakan T&C, tak le kena menunggu lama sangat. 11:45 pagi kami sampai ke Zoo Melaka. Kali terakhir kami ke sini ialah semasa Adik masih duduk dalam stroller lagi. Sekarang ni Adik dah pun 5 tahun dan teruja sangat dengan binatang2 ni terutamanya zirafah. Awal2 lagi dia kata nak naik zirafah! Nasib baik hujan renyai2 tadi dah reda. Kalau tak susah juga nak "explore" kat dalam zoo tu. Adik ni dalam berani2 tu, ada juga takutnya kat binatang2 ni. Macam2 kerenah dia yang mencuit hati. Katanya nak naik zirafah, tapi bila zirafah tu baru je menghulurkan tengkuknya yang panjang tu, Adik yang awal2 dah lari jauh dan terjerit2. Tapi mulutnya tak pernah diam.... Layan ajelah!



Bila dah rasa2 penat nak berjalan mengelilingi zoo tu, kami naik aje trem yang disediakan. So Adik tak le takut sangat. Kalau jalan kaki tu dapat le pergi dekat2 kat kandang binantang2 tu, tapi bila dah naik trem, kami pandang dari jauh aje harimau, singa, orang utan, beruang, dll. Trem tu berhenti 10 minit dekat area burung2. Kami turun kat situ dan meneruskan eksplorasi dengan berjalan kaki. Aduiii...!!!! Penatnya. Dan akhirnya kami menamatkan eksplorasi kami dalam jam 2:30 petang. Tadi penat, sekarang ni laparlah pulak! Jom gi makan dulu...

Jom layan gamabr2 kat dalam zoo dulu...




Sebelum kami nak meneruskan perjalan ke Port Dickson (P.D), kami singgah makan kat Hentian Ayer Keroh. Kami menuju ke Restoran Hot Plate dan order Sizzling Mee 5 pinggan dan air ribena 6 gelas. Lepas makan, anak2 singgah pulak kat kedai yang menjual cenderamata dan masing2 tangkap satu sorang. Kat zoo tadi pun dan sambar beberapa cenderamata jugak. Selepas Zohor, perjalanan kami teruskan.

Hidangan makan tengahari kami...kura2 tu tak termasuk dalam menu tau!


Sebelum sampai ke susur keluar menghala ke P.D, hati saya tergerak nak meneruskan perjalan ke utara lagi....nak balik kampung!!! Saya war2kan pada hubby dan hubby kata dia tak kisah nak ke mana pun. Lalau hubby bertanya kepada anak2, "Sapa nak balik kampung Pah?". Masing2 bersorak dan angkat tangan KECUALI Ayong... Alamak! Ada satu pulak yang bantah. Memandangkan majoriti nak teruskan perjalanan terus ke utara lagi, kamipun ucapkan selamat tinggal kepada susur keluar P.D!!! Lain kali kita boleh pergi P.D pulak...

Kepulangan kami ke kampung tidak kami beritahu pada sesiapa pun di kampung termasuklah emak. Sebabnya, pagi tadi pun mak dah telefon dan saya beritahu kami dalam perjalanan ke Melaka dan akan terus bermalam di P.D. Tak sangka pulak plan A tak menjadi... Dah sampai kat Hentian Tapah dalam jam 6:30 petang, saya snap gambar papan tanda dan SMS pada Mak Su (adik bongsu saya). Dia pun tak percaya sebab pagi tadi dah kena "tipu". Masa called dia pagi tadi, saya cakap dah sampai Tapah walhal sebelum tu masa emak called saya kata nak ke Melaka dan P.D. Dia pulak pergi bagitau emak mengatakan saya dah sampai Tapah! Emak called saya semula bertanya samada betul dah sampai ke Tapah ke tidak. Alamak!!! Apalah Mak Su ni, gi bagi tau mak pulak! Terpakslah menjawab dengan emak pulak.

Dari Tapah, saya pulak memandu hinggalah sampai ke kampung. Kami sampai ke kampung jam 7:30 malam. Alhamdulillah!!! Masa sampai tu, emak tengah mandi. Saya berdiri depan pintu bilik air dan ketuk pintu bilik air. Bila emak bukak aje, terus saya "disumpah"nya!! Tak le pulak sumpah jadi batu...sumpah orang terkejut aje!!! Mak Su pun marah gak....marah2 sayang dan seronok!!!

Perjalanan menuju ke Ipoh...
Pada sebelah malam, saya menghabiskan masa berbual dengan emak. Esok (Ahad, 7hb. Jun), akan ada pertandingan memancing di kolam ikan kepunyaan adik lelaki saya. Malam ini pun ada pertandingan Jackpot jugak. So hubby bersama dengan Abang Ngah dan Abang Yang dah pergi ke kolam. Adik pulak ikut Mak Su...ke kolam jugak! Ayong pulak membaca dan bermain telefon. Pukul 12:00 tengah malam baru mereka balik. Masa tu saya dah pun tertidur...zzzzzzzz... penat dan mengantuk!!!

No comments: