Tuesday, June 2, 2009

Bubur Kacang


Bubur Kacang ni pulak ialah juadah minum petang hari Ahad lepas. Rasanya semua orang tau macam mana nak masak bubur ni, kan? Cuma saya nak bagi satu petua yang saya dapat dari emak saya. Petua supaya kacangnya tak hancur semasa direbus.

Petuanya : Goreng kacang tersebut tanpa minyak hingga agak keperang2an. Kemudian dibasuh dan toskan airnya. Gaul dengan satu sudu minyak masak sebelum direbus.

No comments: