Saturday, June 20, 2009

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) Ke-5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua pengunjung. Petang tadi telah selamat berlangsungnya majlis Akhwatul Muslimah TPP - Majlis Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat untuk kali ke-5. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepadaNya! Seperti majlis2 yang lepas, majlis dimulakan dengan Zikir Munajat dan diakhiri dengan Tazkirah Ringkas oleh Kak Izan. Dan pada setiap penghujung majlis, ada majlis makan2 sikit. Terima kasih kepada tuan rumah, Puan Sharifah Maimunah Syed Mansur. Dengan adanya majlis sebegini, dapatlah kami berkumpul sebulan sekali untuk mengeratkan silaturrahim dan saling mengenali sesama kami di sini. Moga majlis begini akan terus berpanjangan dan moga mendapat sambutan yang lebih menggalakkan lagi. InsyaAllah! Moga majlis kami mendapat keberkatanNya...

McD

McD! Hari Khamis lepas, selepas menjemput Ayong balik dari latihan pancaragam di stadium, kami singgah di McDonald Taman Air Biru. Nak buat apa??? Nak beli McD le...!!! Saya beli 5 set. Ada BigMac, McChicken, Filet-O-Fish dan Apple Pie. Jom makan!



Puding Karamel ni saya buat hari Jumaat lepas. Dah lama tak buat puding2 cam gini. Sekali sekala pekena, tak cukup seloyang rasanya...




Thursday, June 18, 2009

Jom Hilangkan Dahaga!


Jom kita hilangkan dahaga tengahari ni dengan minuman yang menyegarkan ini..... Coconut Splash!!!



Ngantuklah....

Mengantuk ar...jom tidur!!!! Alahaiii.....comelnya!!! Saya dapat gambar2 ni kawan saya. Untuk makyung2 yang menjenguk kat sini, satu peringatan dari saya. Baby dah kuar nanti jangan pulak "didera" macam ni ya! Kalau buat jugak, post le gambarnya kat blog. Leh jugak tumpang happy tengok....hehehe!


Makan Apa Semalam...

Ini saja nak tayang lagi bunga yang saya dapat semalam...hehehe..

Selepas balik dari lunch dengan hubby tu, saya dapat idea nak buat Wantan Noodle Soup tapi kena tukar sikit sebab banyak benda yang tak ada. Instead of "Wantan Noodle Soup", saya tukar jadi Mee Laksa Soup. Sup ni petang2 baru masak, makan panas le sedap. Sebelum tu saya buat Kek Marie Koko jugak. Sebelah petang tu ada pulak kawan hubby datang hantar durian. Durian bagus katanya. Adalah dalam 4 biji. Memang sedap pun...bitter2 gitu... Birthday cake pulak hubby yang belikan. Tapi jangan silap tau...actually kek tu ialah Father's Day punya kek. Tapi disebabkan cantik, hubby pilih yang itu. Masa dah sampai kat rumah, hubby suruh Ayong cabut tanda "Happy Father's Day" tu sebelum saya nampak. Padahal dia cakap kuat2 dengan Ayong tu dan memang jelas dipendengaran saya. Saja2 la tu nak joking2....! Kek kopi...sedap!!



Jom makan!!!


Wednesday, June 17, 2009

Dapat Bunga...!


Macam yang saya katakan sebelum ni, pastinya ada flowers delivery sebelum jam 12:00 tengahari. Memang tepat!! Dalam jam 11:00 pagi tu saya keluar ke tadika Adik sebab nak belikan buku2 satu set lagi. Adik ni suka buat kerja sekolah in-advanced tapi dia tak nak buku2 yang lain selain dari buku sekolah dia. Itu yang kena cari satu set lagi. Dah cari kat kedai2, tak ada. Nasib baik ada extra kat sekolah. Lepas tu saya bercadang nak menziarah Cikgu Zainon (pengasas Pintar Bistari) selepas mendapat berita bahawa anak lelaki beliau meninggal dunia. Dalam pada mencari2 tu, anak called kata ada orang datang rumah. Then saya pun terus balik. Dah dekat nak sampai, hubby pulak called kata ada orang datang nak hantar barang. Dia buat macam tak tau je orang tu nak hantar bunga. Sampai aje depat pagar, ada sorang mamat Chinese dah tunggu. Wahhhhh!!!! Sekarangan bunga ros merah dan oren (atau peach?). Tapi kan...bunga2nya kali ini kecik2 sikit, tak besar macam yang lepas2. Apa2 pun....sayang hubby!!!!!

Dan waktu tengahari hubby balik jemput saya gi lunch kat Tg Puteri Resort. Kami makan yang simple je. Hubby makan Tomyam Ayam dengan nasi putih bersama iced lemon tea. Saya cuma makan Wantan Noodle Soup bersama air tembikai. Indahnya sekali sekali lunch berdua je kat luar ya!


Hari Ini Adalah Harinya...

Hari ini adalah harinya...! Usia saya menjangkau ke angka 42! Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk menatap dunia. Dan harap2nya hari ini akan dapat jambangan mawar merah sebanyak 42 kuntum! Ya lah...dah 42 tahun! Tunggu ajelah...biasanya akan dapat sebelum jam 12:00 tengahari melalui delivery service. Hehehe...tak sabar pulak rasanya!

Tinggal dulu pasal bunga tu, sekarang layan je roti sarapan pagi tadi. Egg On Toast...ikut resepi Mamafami. Tapi saya bakar terlebih garing sikit. Saya tak ada acuan bentuk love macam Mamafami punya tu jadi saya cuma gunakan pastry cutter berbentu bulat bergerigi je. First impression from hubby bila dia tengok terhidang atas meja ialah "WOW"! Jom makan!




Makan Apa Semalam?

Hari kedua persekolahan. Rutinnya masih sama macam hari2 persekolahan yang lalu. Cuma kadang-kala diri ini merasa sepi di antara waktu anak2 semua dah ke sekolah hingga Adik balik dari sekolah. Dan kebiasaannya dalam waktu2 begitu saya isikan dengan membaca @ menggosok @ melipat pakaian selain dari mendekatkan diri kepadaNya.

Hmmm...makan apa semalam ya? Ini dia....! Masak Lemak Pucuk Ubi lagi... Dan juga masak kicap lagi tapi kali ini ganti dengan telur mata kerbau. Itu ialah menu makan tengahari dan jugak malam. Dan Ubikayu Goreng Kunyit tu saya buat untuk minum petang...errr...sebenarnya dihidangkan sekali dengan makan malam sebab masa itu sajalah semua duduk semeja. Kalau petang2 tu cuma saya dan Ayong aje. Adik biasanya akan tidur selepas balik dari sekolah. "Ngantuk la mak, nak tidur", itulah kata2 Adik waktu dia mula berbaring. Penat agaknya sebab kalau waktu2 tak bersekolah, memang agak susah Adik nak tidur siang.


Happy Birthday!


Waaaaa...hari ini meningkat satu lagi angka pada umur saya! Cuba tengok angka kat atas tu. Itulah angkanya! Ya Allah Ya Tuhan ku...moga dengan meningkatnya angka ini, maka akan meningkat jugalah keimananku kepadaMu! Amin!!!

Tuesday, June 16, 2009

Tahukah Anda??

Subhanallah!!! Betapa hebatnya kebesaran Allah!!! Saya ada menerima e-mail dari bekas rakan sekerja mengenai perbandingan di antara organ2 badan kita dengan sayur2an. Suka untuk saya berkongsi dengan teman2 dan moga kita mendapat sedikit pengetahuan daripada informasi ini.


MUSHROOM – EAR
Slice a mushroom in half and it resembles the shape of the human ear. And guess what? Adding it to your cooking could actually improve your hearing. That’s because mushrooms are one of the few foods in our diet that contain vitamin D. This particular vitamin is important for healthy bones, even the tiny ones in the ear that transmit sound to the brain.


WALNUT – BRAIN
The gnarled folds of a walnut mimic the appearance of a human brain - and provide a clue to the benefits. Walnuts are the only nuts which contain significant amounts of omega-3 fatty acids. They may also help head off dementia. An American study found that walnut extract broke down the protein-based plaques associated with Alzheimer’s disease. Researchers at Tufts University in Boston found walnuts reversed some signs of brain ageing in rats.




TOMATO – HEART
A tomato is red and usually has four chambers, just like our heart. Tomatoes are also a great source of lycopene, a plant chemical that reduces the risk of heart disease and several cancers. The Women’s Health Study — an American research programme which tracks the health of 40,000 women — found women with the highest blood levels of lycopene had 30 per cent less heart disease than women who had very little lycopene. Lab experiments have also shown that lycopene helps counter the effect of unhealthy LDL cholesterol. One Canadian study, published in the journal Experimental Biology and Medicine, said there was “convincing evidence’ that lycopene prevented coronary heart disease.

GRAPES – LUNGS
Our lungs are made up of branches of ever-smaller airways that finish up with tiny bunches of tissue called alveoli. These structures, which resemble bunches of grapes, allow oxygen to pass from the lungs to the blood stream. One reason that very premature babies struggle to survive is that these alveoli do not begin to form until week 23 or 24 of pregnancy. A diet high in fresh fruit, such as grapes, has been shown to reduce the risk of lung cancer and emphysema. Grape seeds also contain a chemical called proanthocyanidin, which appears to reduce the severity of asthma triggered by allergy.

GINGER – STOMACH
Root ginger, commonly sold in supermarkets, often looks just like the stomach. So it’s interesting that one of its biggest benefits is aiding digestion. The Chinese have been using it for over 2,000 years to calm the stomach and cure nausea, while it is also a popular remedy for motion sickness. But the benefits could go much further. Tests on mice at the University of Minnesota found injecting the chemical that gives ginger its flavour slowed down the growth rate of bowel tumours.


CHEESE – BONES
A nice ‘holey’ cheese, like Emmenthal, is not just good for your bones, it even resembles their internal structure. And like most cheeses, it is a rich source of calcium, a vital ingredient for strong bones and reducing the risk of osteoporosis later in life. Together with another mineral called phosphate, it provides the main strength in bones but also helps to ‘power’ muscles. Getting enough calcium in the diet during childhood is crucial for strong bones. A study at Columbia University in New York showed teens who increased calcium intake from 800mg a day to 1200mg – equal to an extra two slices of cheddar - boosted their bone density by six per cent.



BROCCOLI – CANCER
Close-up, the tiny green tips on a broccoli head look like hundreds of cancer cells. Now scientists know this disease-busting veg can play a crucial role in preventing the disease. Last year, a team of researchers at the US National Cancer Institute found just a weekly serving of broccoli was enough to reduce the risk of prostate cancer by 45 per cent. In Britain , prostate cancer kills one man every hour.


BEANSPROUTS – SPERM
The stir-fry favourite bears an uncanny resemblance to the images we see of ‘swimming’ sperm trying to fertilise an egg. And research from the US suggests they could play an important part in boosting male fertility. A study at the Cleveland Clinic in Ohio showed that to make healthy sperm in large quantities, the body needs a good supply of vitamin C, a powerful antioxidant that protects cells against damage by harmful molecules called free radicals. Just half a cup of bean sprouts provides 16 per cent of the recommended daily allowance of vitamin C for a man. It’s not just dad but baby too who could benefit. Bean sprouts are packed with folate, a vitamin that prevents neural tube defects, where the baby is born with a damaged brain or spine.


BANANA (SMILE) – DEPRESSION
Cheer yourself up and put a smile on your face by eating a banana. The popular fruit contains a protein called tryptophan. Once it has been digested, tryptophan then gets converted in a chemical neurotransmitter called serotonin. This is one of the most important mood-regulating chemicals in the brain and most anti-depressant drugs work by adjusting levels of serotonin production. Higher levels are associated with better moods.


Menu Semalam

Semalam bermulanya semula alam persekolahan setelah bercuti selama dua minggu. Macam biasa, anak2 saya cuma 2 orang saja yang bersekolah pagi - Ayong dan Abang Yang. Ayong ke sekolah seawal jam 6:30 pagi dan Abang Yang pulak jam 7:00 pagi. Adik pulak ke sekolah jam 10:30 pagi dan Abang Ngah bersekolah di sebelah petang. Hubby pulak ke tempat kerja biasanya sebelum jam 8:00 pagi.




Menu makan malam kami semalam ialah Masak Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Kicap Lada Hitam. Simple je...


Ole-Ole Dari Kampung

Dah lama balik dari dua2 kampung, baru nak tayang ole-olenya. Balik dari Chemor dah lebih seminggu dan ole-olenya pun dah hampir habis. Ole-ole kali dari Chemor kali ini cuma "makanan kering kegemaran" keluarga. Ada sapa2 tak yang kenal makanan kat bawah ni?


Yang kat atas tu dipanggil "biskut tahi kucing". Buruk bebeno bunyinya tapi rangup dan sedap. Kenapa dipanggil sedemikian rupa??? Wallahhualam... Yang berbentuk oval tu pulak dipanggil "roti masin" aka "osborne". Namanya masin tapi rasanya tak le masin. Dan yang satu lagi tu dipanggil "roti gomboi". Hehehehe... maaf le kalau kengkawan tak pandai "berapa pandai" nak sebut ya...!


Dan ole-ole dari Parit Ibrahim pulak, yang dibawa balik oleh hubby dan anak2 bujangnya, biasalah.... sayur2 kampung dan hasil tanaman MIL & FIL.


Durian kampung, seplastik besar pucuk ubi, se"guni" ubikayu dan seplastik besar pucuk paku...


Monday, June 15, 2009

Kena Tinggal...

Hari Sabtu lepas ada dua jemputan kahwin di Muar. Satu jemputan dari jiran sebelah rumah (Cikgu Shikin) dan satu lagi ialah kawan hubby (actually ialah bekas rakan sekerja hubby). Hari Sabtu tu hubby kerja half day. Pukul 1:00 tengahari hubby bersama dengan Abang Ngah dan Abang Yang bertolak ke Muar. Saya tak dapat ikut sebab Ayong ada latihan pancaragam dari pagi sampai petang. Adik nangis nak ikut. Kesian dia! Saya dah bincang dengan hubby, kalau balik hari, saya bolehlah ikut. Tapi kalau nak terus bermalam kat rumah MIL, saya tak boleh ikut sebab nanti Ayong tinggal sornag2 pulak kat rumah. Rumah kawan dia tu memang dekat sangat dengan kampung MIL. Tak kan le tak nak singgah, kan! Rumah keluarga Cikgu Shikin tu pun memang dekat2 situ jugak.

Hubby bertolak dari rumah pukul 1:00 tengahari. Tapi sampai kat rumah kawan dia tu jam 5:30 petang. Jalan sesak teruk katanya. Masa dia sampai tu pun, kerusi dah siap disusun. Pengantin perempuan pun tak sempat nak jumpa. Nasib baik pengantin lelakinya masih ada. Pengantin perempuan tu pun sebenarnya ialah bekas pekerja tempat hubby kerja jugak. So hubby kenal le kedua2 pengantin tu.



Setelah kena tinggal dek abahnya, jenuh jugak saya nak memujuknya. Lepas tu dia mintak nak main kereta2 mini saya tu. Since dia tinggal sorang2, saya izinkan. Dia main atas katil dan akhirnya terlelap. Kesian Adik!! Spongebob dan bantal Mickey tu sebenarnya dia mintak dengan Mak Su dia masa balik kampung ari tu. Konon2nya nak dijadikan bantal sebab masa balik kampung tu tak bawak bekal bantal...

Hidangan...

Saja nak tayang gambar masakan yang lepas2...



Laksa Penang ni adalah juadah hari Rabu lepas. Anak2 memang sukakan laksa ni. Ada laksa, timun, daun pudina dihirs halus, bawang besar dipotong bulat2, salad dihiris halus, fish cake, telur dan tentulah kuahnya...



Donut, serimuka dan masalodeh ni pulak ialah juadah sarapan hari Khamis lepas.

Birthday Ayong...


Happy 15th birtday untuk Ayong! Tak masak apa2 pun. Masa hubby nak balik dari kerja, pesan belikan kek dan makanan sikit. Hadiah hubby dah beli satu hari awal. Saya cuma tolong bungkuskan aje.

Sehari Di Kampung

Satu hari di kampung memang tak cukup! Tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Pagi Ahad tu (7hb. Jun), Ayong, hubby dan saya ke pekan Chemor dulu. Membeli lauk-pauk bersama sayur2an sikit. Mak pesan jangan beli banyak2 sebab di rumah dah ada ikan tongsan ikan ara dan ikan pacu yang akan dibakar. Ikan2 tu mereka dapat masa memancing kat kolam adik tu malam tadi. Wanchu, emak saudara saya yang duduk di Puchong tu pun ada kat kampung. Wanchu dah seminggu kat kampung sebab menantunya sulungnya bersalin anak sulung. Menantunya duduk di Sungai Siput. Wanchu datang ke rumah sebab nak makan tengahari bersama kakaknya (emak saya la...).

Menu tengahri tu ringkas aje. Sekadar 3 ekor ikan bakar cicah dengan air asam, telur ikan digoreng dan tumis sayur bayam. Saya dan hubby banyak makan sayur dan ikan aje. Sedapnya ikan bakar! Ikan segar pulak tu!

Membakar ikan, ikan bakar, telur ikan, sayur bayam dan air asam...


Selepas solat Zohor, emak dan Wanchu pergi ke kolam. Pertandingan memancing tu diadakan dari 2:00 petang hingga 6:00 petang. Saya tak ikut sama sebab Adik nak tidur. Hubby dan anak2 yang lain dah ke Ipoh. Ayong nak cari buku katanya. 4:30 petang emak balik. Hubby pun balik gak. Lepas solat Asar, saya hantar hubby ke kolam dulu. Saya tunggu Adik bangun sebelum ke kolam. Saya sampai kolam dalam 5:45 petang, dah dekat nak abis waktu pertandingan. Tepat jam 6:00 petang, pertandingan ditamatkan. Setelah mengetahui siapa pmancing yang mendapat ikan terberat, upacara penyampaian hadiah dilangsungkan. Hadiah untuk pemancing hingga nombor 10, ada juga cabutan bertuah untuk peserta dan juga untuk pengunjung. Hargi tiket cabutan bertuah untuk pengunjung tu (RM2.00 setiap satu) didermakan kepada rumah anak2 yatim di kawasan berhampiran.



Yang berbaju kuning bertudung hitam tu la Wanchu, kat sebelah tu ialah emak saya... Pemancing berbaju kuning tu pulak ialah adik saya. Anak2 saya pulak sibuk membaca...



Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang2. Hadiah pertama (RM700.00) dan hadiah kedua (RM300.00) dimenangi oleh orang yang sama iaitu sepupu saya yang tinggal kat KL. 6:30 petang selesai segala2nya.....

Selepas Maghrib, saya mengemaskan mana yang patut sebab pukul 9:00 malam kami akan bertolak balik ke Pasir Gudang.... Jam 6:00 pagi Isnin baru sampai! Lepas solat, semua sambung tidur.... zzzzzzzzzzz...

Sehari di Zoo Melaka

Assalamualaikum kepada semua pengunjung rumah saya. Maaflah sebab dah lebih dari seminggu saya "tidak balik" ke rumah saya ni. Ada saja yang menghalang bila kaki mula nak melangkah "pulang". Dah akhirnya baru hari ini saya berpeluang untuk "menjejakkan kaki" semula ke rumah saya ni. Memang rindu rasanya. Kemaafan yang saya pinta kepada yang sudi berkunjung dan kepada semua yang meninggalkan pesanan tu, nanti saya 'reply' kejap lagi ya!.

Cerita saya hari ni mungkin agak panjang sebab dah lama tak bercerita, kan! Mula2 saya nak cerita apa yang "telah berlaku" pada cuti Hari Keputeraan SPBYDA 6hb. Jun yang lepas. Lama dah, kan! Hari tu bukan ke cuti umum seluruh negara, termasuklah hubby saya. Jadinya selepas hubby balik kerja petang Jumaat tu, semasa kami sedang "golek-golek" selepas Maghrib, hubby bertanya perancangan untuk esoknya (Sabtu, 6hb. Jun). Disebabkan dia ada cuti 2 hari (Sabtu dan Ahad), bolehlah kalu nak pergi ke mana2 katanya. Hubby pun bagi 2 pilihan : samada nak bawak anak2 jalan2 (since masih cuti penggal) ataupun nak balik ke Perak. Hati ni memanglah berat nak balik ke Perak (lebih nak balik ke Perak...) sebab dah lama tak balik, tapi berfikir pulak tentang anak2 yang masih tak ke mana2 dalam cuti sekolah ni. Akhirnya kami bersepakat untuk bawak anak2 ke Melaka dan Port Dickson aje. Itupun selepas subuh baru keputusan dibuat. Siapkan pakaian serba-sedikit dan kejutkan anak2. Laju je mereka bersiap sebab seronok nak gi jalan2... Jam 8:30 pagi kami bertolak. Singgah kat bank dulu, "bank-in"kan belanja emak untuk bulan Jun ni.



Dalam perjalanan menuju ke Ayer Keroh...


Lepas tu kami meneruskan perjalanan menuju ke Ayer Keroh, Melaka. 10:00 pagi sampai di R&R Machap. Selepas mengisi minyak, perjalanan diteruskan ke destinasi. Kami sampai di susur keluar ke Ayer Keroh dalam jam 11:30 pagi. Masa tu dah hujan renyai2. Kereta pulak berderet2 nak keluar ke Ayer Keroh tu. Susur keluar dari utara pun dipenuhi dengan kenderaan jugak. Beratur panjang untuk membayar tol. Nasib baik kami gunakan T&C, tak le kena menunggu lama sangat. 11:45 pagi kami sampai ke Zoo Melaka. Kali terakhir kami ke sini ialah semasa Adik masih duduk dalam stroller lagi. Sekarang ni Adik dah pun 5 tahun dan teruja sangat dengan binatang2 ni terutamanya zirafah. Awal2 lagi dia kata nak naik zirafah! Nasib baik hujan renyai2 tadi dah reda. Kalau tak susah juga nak "explore" kat dalam zoo tu. Adik ni dalam berani2 tu, ada juga takutnya kat binatang2 ni. Macam2 kerenah dia yang mencuit hati. Katanya nak naik zirafah, tapi bila zirafah tu baru je menghulurkan tengkuknya yang panjang tu, Adik yang awal2 dah lari jauh dan terjerit2. Tapi mulutnya tak pernah diam.... Layan ajelah!



Bila dah rasa2 penat nak berjalan mengelilingi zoo tu, kami naik aje trem yang disediakan. So Adik tak le takut sangat. Kalau jalan kaki tu dapat le pergi dekat2 kat kandang binantang2 tu, tapi bila dah naik trem, kami pandang dari jauh aje harimau, singa, orang utan, beruang, dll. Trem tu berhenti 10 minit dekat area burung2. Kami turun kat situ dan meneruskan eksplorasi dengan berjalan kaki. Aduiii...!!!! Penatnya. Dan akhirnya kami menamatkan eksplorasi kami dalam jam 2:30 petang. Tadi penat, sekarang ni laparlah pulak! Jom gi makan dulu...

Jom layan gamabr2 kat dalam zoo dulu...




Sebelum kami nak meneruskan perjalan ke Port Dickson (P.D), kami singgah makan kat Hentian Ayer Keroh. Kami menuju ke Restoran Hot Plate dan order Sizzling Mee 5 pinggan dan air ribena 6 gelas. Lepas makan, anak2 singgah pulak kat kedai yang menjual cenderamata dan masing2 tangkap satu sorang. Kat zoo tadi pun dan sambar beberapa cenderamata jugak. Selepas Zohor, perjalanan kami teruskan.

Hidangan makan tengahari kami...kura2 tu tak termasuk dalam menu tau!


Sebelum sampai ke susur keluar menghala ke P.D, hati saya tergerak nak meneruskan perjalan ke utara lagi....nak balik kampung!!! Saya war2kan pada hubby dan hubby kata dia tak kisah nak ke mana pun. Lalau hubby bertanya kepada anak2, "Sapa nak balik kampung Pah?". Masing2 bersorak dan angkat tangan KECUALI Ayong... Alamak! Ada satu pulak yang bantah. Memandangkan majoriti nak teruskan perjalanan terus ke utara lagi, kamipun ucapkan selamat tinggal kepada susur keluar P.D!!! Lain kali kita boleh pergi P.D pulak...

Kepulangan kami ke kampung tidak kami beritahu pada sesiapa pun di kampung termasuklah emak. Sebabnya, pagi tadi pun mak dah telefon dan saya beritahu kami dalam perjalanan ke Melaka dan akan terus bermalam di P.D. Tak sangka pulak plan A tak menjadi... Dah sampai kat Hentian Tapah dalam jam 6:30 petang, saya snap gambar papan tanda dan SMS pada Mak Su (adik bongsu saya). Dia pun tak percaya sebab pagi tadi dah kena "tipu". Masa called dia pagi tadi, saya cakap dah sampai Tapah walhal sebelum tu masa emak called saya kata nak ke Melaka dan P.D. Dia pulak pergi bagitau emak mengatakan saya dah sampai Tapah! Emak called saya semula bertanya samada betul dah sampai ke Tapah ke tidak. Alamak!!! Apalah Mak Su ni, gi bagi tau mak pulak! Terpakslah menjawab dengan emak pulak.

Dari Tapah, saya pulak memandu hinggalah sampai ke kampung. Kami sampai ke kampung jam 7:30 malam. Alhamdulillah!!! Masa sampai tu, emak tengah mandi. Saya berdiri depan pintu bilik air dan ketuk pintu bilik air. Bila emak bukak aje, terus saya "disumpah"nya!! Tak le pulak sumpah jadi batu...sumpah orang terkejut aje!!! Mak Su pun marah gak....marah2 sayang dan seronok!!!

Perjalanan menuju ke Ipoh...
Pada sebelah malam, saya menghabiskan masa berbual dengan emak. Esok (Ahad, 7hb. Jun), akan ada pertandingan memancing di kolam ikan kepunyaan adik lelaki saya. Malam ini pun ada pertandingan Jackpot jugak. So hubby bersama dengan Abang Ngah dan Abang Yang dah pergi ke kolam. Adik pulak ikut Mak Su...ke kolam jugak! Ayong pulak membaca dan bermain telefon. Pukul 12:00 tengah malam baru mereka balik. Masa tu saya dah pun tertidur...zzzzzzzz... penat dan mengantuk!!!

Friday, June 5, 2009

Pokok Ubi dan Bubur Nasi


Ini ialah juadah makan tengahari untuk anak2 siang tadi. Sekadar Bubur Nasi aje, campur dengan ikan bilis goreng, bawang goreng, ayam goreng, kacang goreng dan telur rebus. Masak satu periuk besar gak, abissss!!! Sepatutnya bubur ni makan dengan telur masin dan kangkung goreng barulah best tapi tak ada pulak stok telur masin. Kangkung ada tapi entah macam mana boleh terlupa pulak nak menggorengnya. Apa2 pun, abis jugak seperiuk!

Masa balik ke Muar ari tu, bawak balik pucuk ubi dan batang ubi. Hubby tanam kat belakang rumah. Kat pokok2 pandan tu. Alhamdulillah, subur nampaknya. Pucuknya kalau nak dipetik pun dah boleh tapi pokoknya tak le besar sangat lagi. Takut2 nanti bila pucuknya dah diambil, merajuk pulak pokok tu nanti. Terbantut pulak!!!


Cucur Bawang

Malam adi saya amat payah untuk melelapkan mata. Terkebil2 sorang diri. Hubby dah tidur awal2 lagi. Anak2 pun sama gak. Sekali pandang jam digital kat atas tv tu menunjukkan pukul 1:11 pagi. Pusing kiri, pusing kanan. Tak juga mau lelap mata ni. Pandang jam sekali lagi. 2:22 pagi pulak. Aiikkkk...macam janji2 pulak nombor2 kat jam tu. Lepas tu mesti angka 3:33 pagi pulak! Memang betul!!!! Akhirnya saya bangun dan mengambil wuduk. Lebih baik daripada terkebil2. Selesai solat, saya membaca Surah Yassin. Lepas tu masih tak mengantuk jugak lagi. Nak buat apa ya? Saya capai novel terbitan Alaf 21 bertajuk Kasih Antara Kita. Novel tu saya dah ulang baca banyak kali sebenarnya. Bukan setakat novel yang ini, yang lain2 pun dah ulang baca beberapa kali.
Akhirnya saya terlelap jugak. Walaupun cuma dapat melelapkan mata tak sampai 1 jam. Dan untuk sarapan pagi tadi, saya cuma masak Cucur Bawang Pedas. Ini penganan yang emak selalu buat masa kat kampung dulu. Cepat, ringkas dan senang!



Menu Semalam...


Ni pulak saja nak tayang menu semalam (Khamis). Pagi2 tu buat Kuih Keria. Keledek ada 3 biji lagi, jadinya saya keriakan dia. Selain Kuih Keria ini, ada jugak Koko Crunch. Ini memang kegemaran anak2...dari Adik sampailah ke Ayong. Kalau beli pek yang paling besar tu, satu hari dah abis...tak cukup pun! Tu yang kadang2 tu beli yang brand lain yang packing dalam plastik, bukan dalam kotak. Jimat sikit!! Sementara nak menuggu unutk masak lunch, saya membakar Kek Pisang Ringkas sebanyak 2 biji. Sebiji saya buat yang biasa aje dan sebiji lagi saya buat bercoklat. Resepinya sama cuma tambah parutan coklat masakan. Anak2 tak berapa suka kek2 cam gini, jadinya hubby bawak pergi ke tempat kerja pagi tadi (Jumaat). Masa balik untuk solat Jumaat, kedua2 bekas dah kosong. Licin!!!
Sambil membakar kek pisang tu, untuk makan tengahari anak2, saya sediakan Tomyam ringlas aje. Perencah gunakan yang ready-made tu, lepas tu cuma letak ayam, sotong dan udang. Sayur2 ni, anak2 susah sikit nak makan. Kalau dimsaukkan, masa mereka makan semua sayur2 tu ditolak ketepi. Lebih baik tak payah letak, tak le membazir!

Macam2 Ada...!


Hari Rabu lepas saya buat Donut dan jugak Sosej & Cheese Roll. Tapi Sosej & Cheese Roll kali ini versi bakar, tak goreng. Masa cuti2 sekolah cam gini, kat rumah kena ada saja makanan ataupun kudap2. Anak2 asyik lapar sesaja! Makannya tak le banyak mana sangat tapi kerap. Kalau petang tak masak apa2, pasti ada yang bertanya. Lagipun aktiviti lain tak ada. Makan, main komputer, tengok tv, solat, kadang2 main basikal dan kadang2 tengok buku. Itu ajelah aktiviti mereka. Boring agaknya, tu yang asyik nak mengunyap je tu. Lepas tu kupaskan sekali buah mempelam yang dibagi oleh Cikgu Shikin aritu. Pagi2 makan mempelam???



Tengahari pulak saya masakkan Cheesed Seafood Bolognese Spaghetti. Resepi olahan sendiri je. Bahan2 pun masukkan apa yang ada dalam stok aje. Cuma ditambah dengan sos bolognese yang memang dah lama dalam simpanan. Berselera anak2 makan tapi Adik lebih kepada ngutip udang dan sotong aje!

Tuesday, June 2, 2009

Pizza Pulak...

Hari ni anak2 semua ada kat rumah. Ayong pun tak ada latihan pancaragam hari ni. Sarapan pagi tadi saya cuma makan roti 2 keping dan sebiji karipap. Anak2 pulakk makan nasi lemak tapi kali ini nasi lemak yang jenis "tunjuk2" gitu! Untuk makan tengahari, saya buatkan mereka Pizza Seafood. Sebenarnya dah lama tak makan pizza, masing2 dah menyebut nak makan pizza. Satu adunan doh ni saya dapat buat 2 biji pizza. Sosonya saya buat sendiri dan toppingnya cuma crab stick, udang dan sotong segar, ayam, sosej dan tabur dengan keju mozarella. Satu biji dapat 6 potong dan ada baki sepotong lagi. Satu biji lagi untuk makan malam pulak.


Mula2 cam gini...sebelum dibakar...



Kemdian cam gini...lepas dibakar...



Yang ni siap untuk dingap!!!


Mempelam Telur Lagi...

Mempelam telur lagii...!!! Hari Sabtu lepas, sebelum Cikgu Shikin balik kampung, dia bagi saya mempelam yang kaler kuning kat bawah ni. Mempelam yang ini berada di dalam pagar kawawan rumahnya. Juga pesannya kepada saya supaya ambil buah mempelam telur kat pokok luar pagar rumahnya. Anak2nya tak sempat nak ambil. Buahnya dah kekuningan dan ada yang dah masak kat atas pokok tu. Macam orang mengantuk disorongkan bantal le...pucuk dicita ulam mendatang! Petang Sabtu tu hubby mengait mana yang rendah2 dan Abang Ngah pulak memanjat untuk ambil buah yang agak tinggi kedudukannya. Kami cuma ambil yang kekuning2an je. Kalau rembat yang hijau2 sekali, tak merasa pulak tuan punya buah tu pulak! Daripada dirembat oleh Bangla2 yang hari2 lalu lalang kat jalan tu, lebih baik jiran2 yang ambik katanya. Kat luar pagar rumah Cikgu Shikin ni, dia ada tanam pokok mempelam (selain dari mempelam telur ni lah!) dan juga pokok kelapa. Tapi sejak Bangla2 duduk kat kawasan sini, Cikgu Shikin tak merasa nak "merasa" buah2annya. Sentiasa dirembat olah Bangla2 tu. Depan mata saya sendiri Bangla tu selamba derk je ambil buah2 tu. Dia buat pokok2 tu macam pokok2 dema sendiri! Nak tegur takut sebab masa2 gitu hanya saya je yang ada kat umah. Kalu hubby ada, berani jugak kot!


Ni tinggal yang kuning sikit2, yang dah masak abis anak2 makan...



Ini mempelam apa ya! Panjang2 sikit buahnya...


Bubur Kacang


Bubur Kacang ni pulak ialah juadah minum petang hari Ahad lepas. Rasanya semua orang tau macam mana nak masak bubur ni, kan? Cuma saya nak bagi satu petua yang saya dapat dari emak saya. Petua supaya kacangnya tak hancur semasa direbus.

Petuanya : Goreng kacang tersebut tanpa minyak hingga agak keperang2an. Kemudian dibasuh dan toskan airnya. Gaul dengan satu sudu minyak masak sebelum direbus.