Sunday, May 31, 2009

Nasi Lemak

Balik dari kerja petang semalam, hubyy tanya saya nak gi jalan2 tak? Saya tanya ke mana? Ke rumah Bam kata hubby. Bam ialah adik lelaki saya yang baru kahwin bulan 3 lepas. Dia duduk di Selayang, Selangor. Masa tu dah jam 3 petang. Saya pun SMS Bam tanya samada dia ada di rumah ataupun tidak Ringkas je balasan SMS dari dia, "Kat Chuping". Rumah mertua dia... Hmmm...batal rancangan! Sudah2nya, kami makan ikan bakar je. Ikan bakar? Kat mana?

Kat rumah ajelah!!! Hubby bakarkan ikan yang dibagi oleh jiran bujang sebelah rumah ni. Ari tu mereka ke laut, balik bawak banyak ikan. Hulur satu beg kat kami. Hubby pun hulur jugak Puding Roti sebagai tanda terima kasih.
Subuh tadi pulak, hubby tanya nak bawak anak2 gi mana2 tak? Saya tanya lagi, nak gi mana? Ke Zoo Air Keruh jawabnya. Kat Melaka tu banyak tempat2 yang boleh dilawati. Kali terakhir kami ke Melaka ialah masaAdik masih dalam kereta sorong lagi. Adik pun dah sekolah sekarang dan dah pandai dan kenal binatang2. Kalau bawak ke zoo mesti dia excited sangat dengan binatang2 tu. TAPI Ayong pulak nak gi latihan pancaragam hari ni. Hmmm...batal lagi rancangan! Masa tu saya dah sediakan Nasi Lemak, konon2 nak bawak sebagai bekalan ke Melaka nanti. Banyak jugak saya masak nasi lemak. Akhirnya, nasi lemak menjadi hidangan seharian anak2 - sarapan, makan tengahari dan jugak makan malam!! Kesian anak2...tapi mereka suka sebab lauknya dah tukar2...


Ini special untuk hubby...


Nasi lemak, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang tanah goreng, sambal ikan bilis dan timun...

3 comments:

Anonymous said...

Suke kalau dapat makan ikan bilis banyak2.. atau dengan sardin... yummy! :)

Unknown said...

salam ita..kalau gi rumah adik ipar kat selayang tu..bagi taulah akak..mana tau kalau ada rezeki kita boleh jumpa...

kesiannya...apa nak buat..bila anak dah ada program masing2...susah nak jalan sama-sama..nanti kalau dah msk kolej atau universiti..lagi payah..alamak terlebih sudah...

Azita Zain said...

blogresipi :
yg paling cepat abis islah bilis goreng tu! goreng byk mana pun mesti x cukup2..

kak ina kl :
InsyaAllah, kalau jd nanti, saya gi tau kak ina. tapi musim2 cuti skola ni pun anak2 ada aktiviti masing2...susah nak bergerak ke mana2..