Sunday, May 31, 2009

Nasi Lemak

Balik dari kerja petang semalam, hubyy tanya saya nak gi jalan2 tak? Saya tanya ke mana? Ke rumah Bam kata hubby. Bam ialah adik lelaki saya yang baru kahwin bulan 3 lepas. Dia duduk di Selayang, Selangor. Masa tu dah jam 3 petang. Saya pun SMS Bam tanya samada dia ada di rumah ataupun tidak Ringkas je balasan SMS dari dia, "Kat Chuping". Rumah mertua dia... Hmmm...batal rancangan! Sudah2nya, kami makan ikan bakar je. Ikan bakar? Kat mana?

Kat rumah ajelah!!! Hubby bakarkan ikan yang dibagi oleh jiran bujang sebelah rumah ni. Ari tu mereka ke laut, balik bawak banyak ikan. Hulur satu beg kat kami. Hubby pun hulur jugak Puding Roti sebagai tanda terima kasih.
Subuh tadi pulak, hubby tanya nak bawak anak2 gi mana2 tak? Saya tanya lagi, nak gi mana? Ke Zoo Air Keruh jawabnya. Kat Melaka tu banyak tempat2 yang boleh dilawati. Kali terakhir kami ke Melaka ialah masaAdik masih dalam kereta sorong lagi. Adik pun dah sekolah sekarang dan dah pandai dan kenal binatang2. Kalau bawak ke zoo mesti dia excited sangat dengan binatang2 tu. TAPI Ayong pulak nak gi latihan pancaragam hari ni. Hmmm...batal lagi rancangan! Masa tu saya dah sediakan Nasi Lemak, konon2 nak bawak sebagai bekalan ke Melaka nanti. Banyak jugak saya masak nasi lemak. Akhirnya, nasi lemak menjadi hidangan seharian anak2 - sarapan, makan tengahari dan jugak makan malam!! Kesian anak2...tapi mereka suka sebab lauknya dah tukar2...


Ini special untuk hubby...


Nasi lemak, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang tanah goreng, sambal ikan bilis dan timun...

Nangka Madu


Nangka ni adalah juadah makan malam saya semalam. Hubby beli kat pasar malam. Selain daripada buah nangka ni, hubby beli jugak buah mempelam yang panjang2.

Cuaca Mendung dan Mempelam Telur

Apa kaitannya cuaca mendung pagi semalam dengan buah mempelam telur? Sebenarnya tak ada kaitan apa2. Cumanya pagi semalam cuaca amat mendung dengan angin yang kuat. Waktu tu masih boleh dikira agak awal pagi lagi, dalam 10:20 pagi. Angin bertiup kencang, pokok2 depan rumah bergoyong ke kiri dan ke kanan. Langit dah makin gelap. Masa itulah saya mencapai kamera dan keluar rumah. Melihat langit yang gelap dan "menghirup" angin yang kencang. Mulanya Adik ikut keluar jugak tapi sekejap je sebab takut tengok angin kuat. Kalau tengokkan cuaca macam nak hujan lebat tapi hakikatnya hujan tak seberapa pun...



Pada masa yang sama, saya snap gambar buah mempelam telur kat rumah sebelah. Pokok mempelam ni berada di luar pagar depan rumah jiran sebelah, tengah berbuah lebat. Ada yang dah kekuningan nak masak. Terliur jugak nengoknya. Pada yang tengah "ngidam2" tu, jangan mintak ya! Bukan saya yang punya buah ni, jiran sebelah rumah saya (Cikgu Shikin) yang punya!


Yang ni posisi dari dalam pagar rumah saya. Kalu dari luar pagar lgi le lebat buahnya...!



Roti Jala

Roti Jala ni adalah sarapan semalam (Sabtu). Itupun buat selepas hubby gi kerja dan Abang Ngah dan Abang Yang dah ke sekolah agama sebab ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah. Ayong pulak sepatutnya ada latihan pancaragam tapi dia malas nak pergi. Hari tu masa Adik belek2 fail resepi saya, dia nampak gambar roti jala ni dan mintak buatkan. Baru semalam saya buatkan untuk dia. Buat pun tak banyak, dapat le dalam 12 keping je. Saya cuma makan 2 keping, Adik makan dalam 4 keping pagi tu dan Ayong rasanya dalam 4 keping jugak. Masa Abang Ngah dan Abang Yang balik dalam 12:30 tengahari tu, dapat le merasa sekeping sorang je. Lagipun mereka dah makan nasi kat sekolah.


Roti Jala...


Semasa menjala tu, saya sediakan Kari Telur & Kentang ni saja sebagai "gu" dengan roti jala tu. Stok ayam tak ada, tu yang cuma kentang dan telur je. Tapi Adik makan roti jala tu cam gitu je, tak cicah dengan kari ni pun!


Kari Telur & Kentang...




Sedia untuk dimakan...



Thursday, May 28, 2009

4 Hari Dalam 1 Cerita...

Dah lama saya tak mengadap komputer ni. Bukannya apa, badan tak sihat dan kesihatan tidak mengizinkan. Isnin lepas saya dan hubby ke City Square. Bukannya untuk shopping tapi pergi ke pejabat peguam untuk tandatangan dokumen. Tak pernah naik Office Tower tu, melilau jugak mencari lif. Rupa2nya bangunan tersebut dibahagi kepada 2 zon. Zon 1 hingga ke Tingkat 17 dan selebihnya di dalam Zon 2. Dari parking lot di Basement 2 (B2) kami naik lif ke Tingkat 1. Lepas tu cari lif ke Tingkat 33, tak nampak pulak. Tengok punya tengok, rupa2nya lif tu kat Zon 2. Hmmm.... Urusan kat pejabat peguam tu tidaklah lama mana sebabnya kena tandatangan 4 helai saja. Itupun saya je yang kena tandatangan. Hubby tak perlu. Bila tanya kat pegawai yang bertugas tu, dia kata segala2nya mungkin akan siap dalam masa 3 bulan. Saya ke sana sebab nak buat "Discharge of Charge" rumah kami ni.

Cuaca agak panas jugak hari tu. Balik aje dari JB tu, kepala saya terasa amat sakit. Dalam perjalanan balik tu, kami singgah di farmasi untuk beli ubat sakit kepala dan ubat selesema. Sampai aje ke rumah, saya terus mandi, basahkan kepala sekali. Lepas tu makan ubat dan zzzzzzzzzzz....

Esok paginya (Selasa), badan dah rasa seram sejuk. Macam nak demam pun ada. Selesema memang dah datang bertandang. Tapi kerja rumah tetap kena buat jugak sebab hubby kerja dan anak2 perlu ke sekolah. SMS hubby, bagitau badan tak sihat. Balik dari kerja, hubby bawak surat untuk ke Hospital Penawar. Lepas Maghrib kami ke hospital. Bila doktor check suhu badan, 39 degree. Memang demam. Biasalah kalau dah demam tu biasanya datang sekali dengan "package" - batuk, selesema, sakit tekak dan lenguh2 kat sendi2. Kenalah RM165.00 tapi nasib baik ditanggung oleh syarikat tempat hubby kerja (ex-employer saya gak dulu...).

Malam tu saya cuma masakkan Gulai Masam Ikan Kembung dan Sup Sayur. Itu aje yang termampu untuk dimasak.


Hari Rabu pulak saya cuti memasak. Hubby beli aje kat pasar malam. Macam2 yang hubby beli tapi tak sempat nak snap gambar. Ada laksa penang, tauhu bakar, lontong kering, meehon goreng putih. Meehon Goreng Putih tu pulak menjadi rebutan anak2. Hubby kat pada saya, "Esok (Khamis) rendam je bihun yang ada tu, masak putih bersih cam gini. Budak2 suka". Memandangkan saya masih "bercuti", bangun tidur terus je ke dapur (basuh muka dan gosok gigi dulu lah!). Saya memasak Meehon Goreng Putih tu untuk sarapan anak2. Alhamdulillah!.

Dalam pukul 9:00 pagi, saya bersama Adik menyiapkan kerja sekolahnya yang belum siap. Sementara Adik menulis, saya menyediakan bahan2 untuk Puding Roti dan bakar 3 loyang aluminium yang kecil (lebih kurang bersaiz 4" x 7"). Lebihan tepi roti banyak dalam freezer, sayang nak buang. Lepas Adik ke sekolah, saya memasak nasi dan menggoreng ayam. Since Abang Yang akan berada di rumah tengahari ni (tak sekolah sebab pagi tadi ada sambutan Maulidur Rasul di SKTPP), saya kena sediakan makanan sebab dia ni "rajin" lapar.... Balik aje dari sekolah, dia terus makan meehon pagi tadi yang masih berbaki. Lepas tu dia minta izin nak makan Puding Roti tu pulak. Separuh loyang dia makan sorang. Dah kenyang...alhamdulillah!!! Lepas Asar baru saya memasak untuk makan malam pulak.

Ayam yang dah digoreng tadi tu saya masak Ayam Masak Merah aje. Lepas tu saya buat Kerabu Silom (lebih kurang macam Urap Pucuk Paku je, cuma tak letak taugeh...). Lepas tu meehon pagi tadi tu saya panaskan semula dan tambah sos serba sikit. Lepas tu saya goreng pulak keropok lekor. Selesai memasak dan menghidang, datang pulak jiran. Si Maznah (orang Sarawak ni... berbadan dua) datang memulangkan "jumper" yang dipinjamnya hari Selasa lepas. Memang rezeki dia agaknya...saya berikan Puding Roti tu satu loyang. Sukanya dia!!! Dia ni pandai menjahit dan memang ambil upah menjahit. Jahitannya sungguh rapi.

OK, jom layan gambar2 makan hari ini....


Ayam Masak Merah...


Puding Roti...


Meehon Goreng Putih yang dah di"altered"...


Keropok lekor...


Kerabu Silom...

Kerabu Silom kali ni saya buat lain sikit. Udang kering dan ikan bilisnya saya kisar kering instead of ditumbuk bersama dengan cili. Cuma yang saya tumbuk ialah cili hidup dan kelapa parut aje. Bahan2nya masih sama...

Sunday, May 24, 2009

Roti Sardin Gulung


Petang tadi saya buat Roti Sardin Gulung aka Sardine Roll untuk minum petang. Disamping tu ada juga pulut kukus tapi cuma cicah dengan gula aje. Kalau nak bagi anak2 saya makan sampai habis, satu2 masakan tu tak boleh buat selalu. Kalau jarang2 kita buat, memang berebut walaupun hidangan tu sekadar jemput2. Macam Roti Sardin Gulung ni la...dah lama tak buat. Tadi berebut2...

Koleksi Kereta Comel

Antara percaya dengan tidak...salah satu "hobi" saya ialah mengumpul kereta-kereta kecil yang cute dan comel2 cam gini.... Kereta2 ni saya "pamirkan" dalam bilik saya je sebab kalau saya pamirkan kat luar, jadi bahan mainan anak2 la pulak!!! Kedekutnya....!!! Anak2 kalau nak ambil kereta ni kena mintak izin dulu. Lepas tu kena pastikan kereta tu tak ada yang tanggal atau hilang spare partnya ataupun calar2. Sampai masa kena pulangkan semula pada emaknya... Tapi saya ni tak le obses sangat macam Reza (anak BIL, sebaya dengan Adik) tapi boleh le geng dengan dia. Dia lagi "terror", sekali pandang kereta2 tu kat kedai, dia boleh ingat samada kereta tu dah ada dalam koleksi dia atau belum... Jom kita tengok kereta2 ni....





Saturday, May 23, 2009

Jemputan Kahwin

Hari Isnin lepas saya terima panggilan dari bekas rakan sekerja (Fida), menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan adik perempuannya pada hari Sabtu, 23hb. Mei (hari ni la...). Masa saya baru2 pindah ke taman ni 13 tahun lalu, saya menghantar anak2 saya ke rumah emak Fida (Kak Ramlah) ni untuk dijaga. Maklumlah, hubby dan saya bekerja. Masa tu tak ada pembantu rumah lagi. Anak2 saya memanggil Kak Ramlah ni dengan panggilan "Makcik" manakala memanggil suami Kak Ramlah dengan panggilan "Ayah". Sampailah sekarang...tetap dengan panggilan yang sama. Pengantin perempuan (Ida) merupakan anak keempat Kak Ramlah dan Abang Said. Bawah Ida ada 2 lagi anak perempuannya yang masih belum berumahtangga (tak abis belajar lagi la...!). Rumah pengantin tak jauh dari rumah saya, bleh nampak pun dari rumah saya...cuma sepelaung aje kata orang2 tua.

Sebelum ke rumah pengantin, hubby pergi ke rumah kawan sekerjanya dulu di Taman Bukit Dahlia sebab ada "house warming". Hubby pergi sorang diri je sebab jamuan tu dibuat secara tertutup untuk rakan2 sekerja saja. Jam 2:00 petang baru kami ke rumah Kak Ramlah. Walaupun jaraknya cuma sepelaung, kami pergi naik kereta jugak. Masa pengantin lelaki nak diarak ke rumah pengantin perempuan, cuaca dah mula gelap menandakan hari nak hujan. DJ dah suruh rombongan pengantin lelaki cepat2 sikit sebab isyarat dari langit dah "berat". Elok2 je pengantin lelaki duduk kat pelamin, hujan pun turun. Siap dengan angin kuat lagi! Khemah kedua tempat orang memasak tu terbang la jugak. Khemah pengantin pun nyaris2 terbang.


Wajah ceria pasangan pengantin...



Yang bertudung putih tu ialah emak pengantin (Kak Ramlah) dan gambar bawahnya pulak, yang bersongkok tu ialah bapa pengantin (Abang Said) dan adik bongsu pengantin (Oyien).

Kepada pasangan pengantin,
"SELAMAT PENGANTIN BARU, MOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT!!!".


Teringin La Pulak...

Entah kenapa semalam saya rasa macam teringin nak makan Mee Goreng Mamak. Sedap sangat ke mee tu? Rasanya kat mana2 pun sama jugak rasanya...cuma cara penyediaannya sahaja yang mungkin sedikit berbeza. Apa2 pun, saya mesej hubby suruh belikan mee tu dalam perjalan balik kerja nanti. Sebenarnya saya rasa M sikit untuk sediakan makan malam malam tadi. Petang semalam saya dah mengadap dapur lama jugak sebab mengukus Apam Mekar. Anak2 suka apam ni. Memang menarik perhatian dengan saiznya yang comel2 dan warnanya yang "striking". Rasanya pun tak mengecewakan. Malam tadi selepas hantar Abang Ngah ke kelas silat, kami terus ke rumah BIL di Taman Scientex. Saya bawaklah Apam Mekar ni sebagai buah tangan. Dalam perjalanan tu, kami singgah dulu membeli sedikit barang2 dapur di Econsave. Cuma ambil barang2 yang diperlukan saja, itupun kurang berapa sen je nak genap RM200. Isshhh...mahal barang2 sekarang ni!





Khamis...

Ni makan2 pada hari Khamis lepas. Pagi tu anak2 cuma makan Milo Cruch sebagai sarapan. Tengahari pulak biasanya saya tak masa sebab tak ada orang yang nak makan. Kalau masak pun setakat nasi putih aje. Stand-by untuk Adik balik dari sekolah petang2 tu. Biasanya dia akan minta nasi dengan kicap dan telur goreng. Ayong pulak dala latihan dan rehersal pancaragam untuk majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor di Stadium Pasir Gudang pada hari Sabtu, 23hb. Mei (hari ni la...). Sejak hari Rabu lepas mereka ada latihan dan rehersal untuk persembahan hari ni. Masa balik tengahari tu dia da bawak "tapau" nasi balik, so tak payah memasak untuk dia.


Untuk makan malam, saya cuma masakkan Ayam Masak Madu dan juga Salad Campur. Dan hari Khamis lepas saya teringin pulak nak makan Kuih Siput. Bahan2 semua cukup kat rumah, so saya menguli doh Kuih Siput sebanyak sekilo tepung. Malam2 baru menggentel dan menggoreng. Jenuh jugak menghabiskan sekilo doh tu...nasib baik Ayong tolong! Yang lain2 tu tolong jugak.....tolong makan!!!!!




Wednesday, May 20, 2009

Muffin & Toast Lagi...!

Semalam (Selasa) pagi, terfikir2 nak masak apa untuk sarapan. Nampak ada baki roti lagi. Haaa...! Memandangkan anak2 teruja dengan percubaan pertama hari tu, pagi semalam saya buat sekali lagi Scrambled Toast ini. Untuk Adik, saya tak letak sos cili sebab dia tak nak. Saya dan hubby cuma dapat makan satu sorang je, yang lain2 semua anak2 yang makan. Alhamdulillah!!

Inilah Scrambled Toast untuk sarapan semalam...

Petang semalam pulak, kawan Ayong, Wanie, datang rumah untuk belajar bersama2. Masa datang, ayah dia yang hantar naik motor dan masa balik abang dia pulak yang datang jemput. Naik motor jugak. Jangan merempit tau Wanie!!! Isnin lepas masa Ayong bawak muffin ke sekolah, dia ada bagi jugak pada "geng" dia. Si Wanie ni siap cakap dengan Ayong, kalau mak Ayong masak sedap2, panggil le dia datang makan! Memang kawan2 dia rajin datang ke rumah dan setiap kali mereka datang, memang ada saja juadah yang saya sediakan. Itu yang mereka suka tu! Dan petang semalam, saya buat Choc Chip Muffin lagi tapi kali ini saya gunakan choc chip putih aje sebab yang cokelat dah abis. Buat satu adunan je, dapatlah 12 biji. Wanie siap bawak balik 4 biji.... Ada baki pisang berangan 3 biji, saya jemput2kan menjadi Jemput2 Berangan Comel. Dan saya jugak gorengkan keropok lekor yang saya beli kat KipMart ari tu. Makan Wanie makan!!!!

Choc Chip Muffin, Jemput2 Berangan Comel dan keropok lekor...


Untuk makam malam, saya cuma sediakan Salad Campur dan juga Sup Ikan Ayam. Jom kita makan....! Pernah dengar ikan ayam tak? Bukan ikan kembung ataupun ikan tongkol tau! Tapi IKAN AYAM!!! Nama ikan tu Ikan Ayam. Rupanya macam ikan biasa jugak (tak ada rupa ayam pun...!!!) cuma kulitnya keras dan tebal sikit. Kalau beli ikan ni, suruh orang jual tu siang dan potong2kan sekali. Sedap ikan ni! Jom makan...


Salan Campur (campuran sayuran2 dan buah2an) dan Sup Ikan Ayam...


Monday, May 18, 2009

Rajinlah Pulak....!

Entah kenapa sejak hari Khamis lepas rasa rajin sangat-sangat nak memasak. Kepala asyik berfikir nak masak apa je walaupun saya dan hubby tak berapa nak makan. Memandangkan anak2 semua akan berada di rumah tengahari tadi, saya pun menyelak2 resepi yang ada. Nak masak apa hari ini??? Mula2 tu menyelak resepi di bahagian nasi...jumpalah resepi Nasi Jagung. Tengok punya tengok, bahan2 semua cukup. Jadi saya pun masaklah Nasi Jagung. Tapi saya tak gunakan jagung dalam tin, saya gunakan jagung manis yang fresh! Lepas tu selak pulak bahagian ayam...jumpalah resepi Ayam Bakar Bercili. Tak pernah mencuba resepi ni lagi, so inilah yang menjadi pilihan saya hari ini!


Nasi Jagung...


Ayam Bakar Bercili versi tengahari...


Minggu ini Abang Yang ada peperiksaan di sekolah agama. Balik dari sekolah agama tadi, lebih kurang 10:40 pagi, dia terus pergi mengaji. Balik dari mengaji, dia kata nak ke sekolah kebangsaan pulak sebab ada sambutan Hari Guru di sekolah. Hari dah rintik2 sikit, jadi saya pergi hantar dia ke sekolah pulak. Katanya nak naik basikal aje tapi kesian pulak sebab cuaca nampak macam tak bagus je. Dia bawak 5 biji muffin ke sekolah bersama satu hadiah lain untuk guru kelasnya. Tengahari tadi cuaca gelap gelita dengan tiba2. Berkejar pulak ke sekolah lagi untuk jemput Abang Yang. Biasalah kalau hari hujan jalan kat depan sekolah tu jammed mengalahkan Lebuhraya Pasir Gudang! Kereta kecik hubby bawak gi kerja, terpaksalah bawak kereta besar. Nasib baiklah saya ni terror (masuk bakul angkat sendiri....!). Selepas Ayong baik dari sekolah, barulah mereka makan tengahari... Dan untuk minum petang, saya sediakan Bubur Jagung Keledek yang ringkas ni...


Bubur Jagung Keledek untuk minum petang...

Untuk makan malam, saya bakar ayam lagi sebab yang tengahari punya tadi dah habis. Juga tak lupa Sup Sayur kami! Lepas tu ada pulak buah tangan dari kampung. BIL balik kampung weekend lepas, bawak balik pisang, mangga dan kuinin.


Ayam Bakar Bercili versi makan malam...


Sup Sayur lagi...


Buah mangga dan kuinin...buah tangan dari kampung!


Choc Chip Muffin

Petang semalam (Ahad) saya bersama hubby dan Adik pergi ke Kota Masai. Tujuan utama untuk menambah pelaburan dalam Unit Trust melalui potongan KWSP. Kawan saya sekarang ni ada buka kedai di sana. Dia dan suaminya merupakan agen berdaftar untuk pelaburan tersebut (promisi ni....). Sebenarnya saya dah mula dari tahun lepas lagi. Setiap 3 bulan kena isi borang baru untuk dibuat pemotongan di KWSP. Itu yang kami ke sana semalam. Semasa mencari tempat untuk parkir kereta, kami ternampak kedai yang jual barang-barang dengan harga RM2. Selesai urusan pelaburan, kami masuk pulak ke kedai tersebut. Tujuannya ialah untuk "survey" kalau-kalau ada barang yang boleh dibeli sebagai hadiah untuk guru oleh anak-anak. Tadi (Isnin) ada sambutan Hari Guru di sekolah mereka. Masing-mading mintak hadiah daripada koleksi emaknya untuk diberikan kepada guru masing-masing. Memandangkan anak-anak semuanya dah sekolah, bermakna kena sediakan hadiah untuk 4 orang. Setiap orang bukannya satu hadiah saja tapi kalu boleh kepada setiap guru yang mengajar mereka. Mak oooiii...! Tapi bila belek-belek barang kat kedai tu, tak ada pulak yang berkenan di hati.

Balik dari Kota Masai, kami terus pulak ke KipMart - nak cari lauk-lauk dan sayur. Untuk stok seminggu, saya belilah ayam 2 ekor, ikan sikit, sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Lepas tu saya masuk ke dalam kedai runcit untuk cari chip cokelat. Memandangkan tak dapat cari cenderahati untuk anak-anak tadi saya bercadang untuk buatkan mereka Choc Chip Muffin. Bolehkan diberi kepada guru-guru sebagai tanda terima kasih?


Inilah Choc Chip Muffinku! Saya buat 2 adunan, dapatlah 22 biji.



10:30 malam baru selesai membakar. Terpaksa tunggu hingga muffin tu sejuk sebab nak bungkus cantik-cantik! Mula-mula ingatkan nak isi dalam bekas plastik yang bertutup melengkung tu aje tapi stok pulak tak ada. Jadi terpaksalah bungkus menggunakan kertas bunga-bunga lutsinar.


Ini yang dah siap dibungkus dan diikat dengan reben je...


Yang ini untuk Adik...5 biji untuk cikgu-cikgunya!

Errr...kad bentuk hati tu saya buatkan sendiri untuk anak2. Untuk Adik saya letakkan juga nama dia tapi untuk yang lain saya tak letak nama pun. Habis semua dibawa anak2 ke sekolah. Saya dan hubby sempat makan satu setiap orang. Alhamdulillah...

Kepada semua pengunjung yang berstatus "GURU", terima kasih saya ucapkan kerana mengajar dan memberi petunjuk kepada anak-anak kami semua tanpa jemu!

Pisang Tanduk vs Abok-Abok

Ini sarapan semalam (Ahad). Abok-Abok memang bercadang nak buat hari Jumaat lepas. Dah ambil daun pisang di belakang rumah, kelapa parut pun masih ada dalam petiais tapi bila cari sagu, sagu pulak tak ada dalam simpanan. Jadi terpaksa simpan dulu menu tu hinggalah pagi Ahad lepas. Nak buat Abok-Abok ni senang je...





Pisang tanduk tu saya beli di Pasar Malam Pasir Gudang hari Sabtu lepas. Saya beli dua biji aje, cari yang mengkal-mengkal. Pagi semalam saya goreng untuk sarapan.




Sunday, May 17, 2009

Cerita Jumaat dan Sabtu

Hari ini dah hari Ahad, baru nak bercerita pasal hari Jumaat dan Sabtu?? Bukannya apa, dua hari tu tak sempat nak mengadap komputer untuk mengemaskinikan rumah ni. Baru hari ni ada kelapangan. Apa ceritanya?? Tak ada le cerita yang gempak2...sekadar cerita2 biasa aje.

Hari Jumaat lepas merupakan hari ulangtahun ke-20 tempat kerja hubby yang juga merupakan ex-employer saya dulu. Memandangkan sepanjang minggu lepas van Ayong tak ada, selepas hantar Ayong ke sekolah, hubby terus ke tempat kerja. Maklumlah pada hari tersebut akan ramai tetamu kenamaan akan datang untuk meraikan ulangtahun tersebut. Selain daripada pegawai2 kerajaan, pembeli2 dan pembekal, Duta Korea juga dijemput sama. Tetamu kenamaan yang merasmikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI), Y.B. Dato' Jacob Dungau Sagan. Tengok dari senarai aturcara tu, adalah majlis perasmian, majlis penyampaian penghargaan kepada pekerja2 yang telah berkhidmat selama 20 tahun di Kiswire, penghargaan kepada kontraktor, penghargaan kepada tetamu VVIP, ada "factory tour" dan akhir sekali upacara tanam pokok. Tak tau pulak pokok apa yang mereka tanam. Sebelah malam pulak ada dinner di sebuah hotel di Johor Bahru. Hubby pun kena pergi jugak.


Bunga2 yang hubby bawak balik malam Jumaat lepas....


Memandangkan hubby tak makan kat rumah malam tu, saya cuma masakkan Mee Segera Goreng untuk anak2. Saya tak gunakan perencah yang sedia ada dalam bungkusan mee segera tersebut sebaliknya saya cuma gunakan mee segeranya sahaja. Bahan2 lain saya main campak2 jer....abis jugak!

Mee Segera Goreng untuk makan malam Jumaat lepas...


Pagi Sabtu pun hubby pergi kerja awal pagi sebab hantar Ayong ke sekolah dulu. Jadinya, sarapan untuk hero2 yang tinggal saya sediakan lewat sikit. Sementara mereka mengemas tempat tidur dan mandi-manda, saya menyediakan Scrambled Toast ini sebagai sarapan kami. Resepi asalnya saya ambil dari blog Kak Ummi Zaihadi lagi. Terima kasih Kak Ummi sebab kongsi resepinya. Anak2 suka sebab bentuknya fancy sikit. Mereka amat tertarik....


Scrambled Toast untuk sarapan pagi Sabtu...

Selepas ambil Ayong balik dari sekolah tengahari semalam, saya singgah kat kedai runcit sekejap untuk beli susu segar. Nak buat apa dengan susu segar tu??? Dalam kepala ni dah set nak masak Puding Roti lagi sebab stok tepi2 roti tu ada 2 bekas dalam petiais tu. Sayang pulak nak buang. Selepas Zohor, saya membakar 2 loyang Puding Roti. Siapa yang nak makan banyak2 tu??? Bukan untuk makan sendiri tapi berhajat untuk dipanjang2kan ke jiran2 terdekat. Lagipun ada bekas yang nak dipulangkan kepada mereka. Takkan le nak pulangkan kosong aje, kan? Boleh le diisi dengan Puding Roti tu nanti.

Puding Roti lagi....

Friday, May 15, 2009

Pegaga Gajah


Saja nak tayangkan gambar "pegaga gajah" ni. Pernah nampak tak saiz daun pegaga yang hampir sebesar tapak tangan? Saya jumpa pegaga ni masa pergi ke Kolam Air Panas Gersik ari tu. Pegaga2 tu ditanam bersama pokok2 hijau yang lain sebagai hiasan kat taman tu. Selalu nampak yang "slim2" jer...haaa...sekali terjumpa pulak yang bersaiz "gajah"! Jakun kejap... Kalau dah besar cam gini, takut pulak nak makan. Kang tiba2 je jadi gajah pulak....!

Selamat Ulangtahun Ke-20


Hari ini genaplah 20 tahun penubuhan Kiswire Sdn. Bhd. (KSB) di Malaysia. Sebenarnya KSB adalah merupakan bekas majikan saya selama lebih 14 tahun. KSB merupakan majikan PERTAMA dan TERAKHIR saya. Saya menyertai KSB pada 1hb. September 1992 dan meninggalkannya pada 9hb. Mac 2007. Dan hari ini mereka meraikan ulangtahun penubuhan Kiswire yang ke 20 tahun di Malaysia. Kalau nak cerita pasal Kiswire, memang panjang. Dan sebenarnya saya memang "sayangkan" Kiswire ni tapi tekanan kerja membuatkan saya terpaksa mengundurkan diri. Rindu pada teman2 sekerja dan aktiviti2 kami yang lalu.... Tapi semuanya kini tinggal kenangan....

Produk2 Kiswire sebenarnya boleh dilihat di seluruh dunia. Diantaranya ialah Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Putrajaya dan juga Menara Berkembar Petronas. Semuanya menggunakan produk keluaran Kiswire. Walaupun sudah tidak menjadi "ahli" Kiswire tapi rasa bangga tu tetap ada bila melihat mercu2 tersebut.

Kepada semua kakitangan KISWIRE saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG KE-20. Moga teman2 akan sentiasa sukses dalam bidang masing2..... Mahani, Rafidah, Liew, Chew, Chia, Siti Nurain, Ann, Mastura, Chua, Tini, Poh, Mursyid, Yusoff, Zainuddin, Nurul, Chris, Hamlati, Zairani, Habsah, Ila, Siti, Annie, Wati, Suriati...dan ramai lagi!!!!! Anda semua tetap di hati saya....

Menu Ringkas


Sekarang ni susah sikit nak tayang menu2 yang "terangkat" sebab sekarang ni kami menjalani pemakanan yang "ringkas"..... Tapi kengkadang tu terasa jugak nak menu2 yang "terangkat" gitu. Inipun bukannya menu hari ni tapi semalam dan kelmarin punya. Sarapan cuma buatkan Jemput2 Jagung Pedas untuk anak2. Dan untuk minum petang, saya cuma makan Sup Sayur... Ishhhhh...pelik bebeno bunyinya. Ada ke minum petang dengan Sup Sayur??? Ini ikut mana punya "keturunan" ni? Orang bunian pun tak buat macam tu, kan? Dan Puding Karamel Lapis Coklat tu cuma posing sekali lagi jer....hehehe. Jangan terpedaya ya!!!


Tuesday, May 12, 2009

Menu Hari Ini


Tak ada cerita best yang nak dikongsikan. Cuma nak tayang makanan semalam dan hari ini. Ringkas aje. Sayur tu sebenarnya dinner semalam. Cuma goreng ikan dan masak sayur tu saja. Tak tau nama sayur tu. Rasanya macam kailan...baby kailan kot! Hubby yang beli sayur tu sebenarnya... Sarapan tadi cari yang "segera" aje. Kebetulan pergi hantar Ayong ke sekolah sebab vannya seminggu ni tak ada. Dalam perjalanan balik tu, singgah kat gerai tepi jalan tu dan beli sarapan sikit. Untuk anak2 aje... Petang tadi saya mencuba Puding Karamel Lapis Coklat. Dapat resepi ni masa pergi godek kat rumah Ummi Zaihadi. Sedap je nampaknya. Since semua bahan2 ada, saya pun buat le. Dan untuk dinner malam tadi, saya cuma masak Sup Ayam campur dengan kentang dan cendawan butang. Biasalah, saya dan hubby tak makan nasi, cuma makan sup aje.

Sunday, May 10, 2009

Hadiah Hari Ibu

Sedang saya leka mengadap komputer petang tadi, hubby dan anak2 balik dari mana entah... hubby bawa anak2 keluar kecuali Adik. Sebelum mereka keluar tadi, hubby ada juga tanya nak apa sebagai hadiah hari ibu. Saya pun tak tau nak mintak apa. Belilah apa2 pun, tak kisah.... kata saya. Tau apa yang mereka bawak balik??


Ini ha! Kek yang dah siap potong2 tu ada 6 potong (cukup satu sorang ni...), sejambak bunga carnation - 4 kuntum je... (bunga ros dah abis kata anak2...), cekak rambut dari Abang Ngah, sepasang sepit rambut dari Ayong, sepasang pin dan kek cawan dari Abang Yang dan kotak bentuk hati berwarna merah terang tu dari hubby sebenarnya tapi yang tolong bagi pada saya ialah Adik sebab Adik tak ikut tadi... Pasal bunga tu, kenapa 4 kuntum je pulak kali ini? Tahun lepas dapat bunga ros 14 kuntum bersempena 14 tahun dah jadi ibu. Tapi kali ini cuma 4 kuntum je...kenapa??? Sebab hubby kata anak ada 4 orang je!!! Mulai dari tahun ni, dia nak tukar "term"...bilangan kuntum bunga ikut berapa bilangan anak, bukan lagi ikut berapa tahun dah jadi ibu. Issshhhh...tak acilah macam ni!!! Sempat jugak Ayong menyampuk... Nak banyak emak kena tambah anak le!!!! Haaaa???? Tambah anak???? Ketawa besar saya dan hubby. Nampaknya tiap2 tahun dapat 4 kuntum je lah!!! Apa isi dalam kotak merah tu??? Jom kita tengok....


Seutas rantai leher bersama loket huruf "R"....

Alhamdulillah!!! Dapat jugak pengganti rantai leher yang kena rompak dulu. Dah lebih setahun saya tidak memakai apa2 barang kemas kecuali subang yang tertinggal dek perompak dulu dan cincin pemberian hubby sempena ulangtahun perkahwinan kami tahun lepas.

Petang tadi juga hubby bertolak ke KL sebab esok hubby ada seminar satu hari di Sunway Hotel & Spa. 4:30 petang tadi driver datang jemput hubby kat rumah. Flight rasanya pukul 6:45 petang dari Senai ke KLIA. Walaupun berpisah cuma 1 hari 1 malam saja tapi rindu ini tiba2 mencengkam kalbu! Rindunya pada hubby....!!! Alahai.....!!!

Selamat Hari Ibu (3)

Terima kasih kepada Nor_67 untuk kad2 ini! Selamat Hari Ibu khas untuk Nor!!!