Thursday, September 4, 2014

Suka Duka 22 Ogos 2014

Allahhuakbar! Sesungguhnya hanya DIA yang Maha Mengetahui. Maha Pencipta. Maha Pengasih. Maha Penyayang. DIAlah juga sebaik2 perancang.
22hb Ogos 2014. Hari Jumaat. Jumaat yang penuh barakah. Penghulu segala hari. Hari ini ada 3 peristiwa suka duka yang berlaku. 
Pertama : Istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17
Kedua : Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 21.
Ketiga : Gotong-royong mengecat Bilik ICT1 di SKTPP
Hari inilah tibanya 20 jenazah korban tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Allahhuakbar. Mendengar saja berita "kepulangan" mereka ke tanahair sudah membuatkan airmata menitis. Bagaimana pula perasaan insan2 yang paling hampir dengan mereka? Allah...Allah...Allah! Tak dapat nak saya bayang dan gambarkan dengan kata2. Hanya DIA yang Maha Mengetahui.
Pada hari yang sama juga, pihak SKTPP mengadakan gotong-royong mengecat Bilik ICT1 dengan kerjasama daripada Asiaflex Products S/B (Technip). Sebagai AJK PIBG, kami juga dijemput untuk bersama2 bergotong-royong. Bangun pagi je hati dah berbelah-bagi. Antara nak ke sekolah ataupun duduk di rumah dan menonton siaran langsung istiadat penghormatan jenazah ragedi MH17. Kalau duduk depan TV, gerenti teresak2 punya. Confirm!Dengar muzik sayu masa hebahan aje pun dah buatkan airmata menitis, inikan pula saat2 keluarga mereka menerima "kepulangan" ahli keluarga mereka. Akhirnya...bulatkan nekad untuk ke sekolah pada pagi tu. Join gotong-royong. 

Gotong-Royong Mengecat Bilik ICT1 SKTPP
 Seawal jam 8:00 pagi kami dah berkumpul di kantin sekolah. Kami mulakan dengan bersarapan dulu. Sarapan disediakan oleh kakitangan Technip. Alhamdulillah dan terima kasih untuk sarapan itu. Selepas tu adalah sedikit ucapan daripada Guru Besar dan juga wakil Technip. Sebelum memulakan kerja2 mengecat, kami bergambar beramai2 dulu. Hmmm...macam biasalah...camerawoman memang tak masuk dalam mana2 gambar pun!
 Lantai Bilik ICT1 telahpun dicat terlebih awal oleh guru dengan menggunakan cat minyak. Jadinya hari tu cuma mengecat bahagian dinding dan pintu serta gril sahaja.
Kerja2 dihentikan untuk guru2 dan kakitangan lelaki menunaikan solat Jumaat. Dan bersambung pada jam 2:00 petang. Sebelah petang mereka menyusun meja2 komputer dan memasang 20 unit komputer di dalam bilik tersebut. 15 buah adalah sumbangan Technip manakala selebihnya (5 buah) adalah sumbangan PIBG SKTPP. Nam Bilik ICT1 juga telah ditukar kepada Asiaflex Products (Technip) IT Lab.
*****
Semasa kerja2 mengecat sedang dijalankan, kami sempt juga menonton siaran langsung istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di komputer riba Cikgu Rosli. Tapi siarannya kurang memuaskan sebab asyik buffering je. Tak sempat nak menghayati dah buffering lagi. Adoiiiiii laaa....!
 *****
Sebelah malamnya saya dah amat kepenatan. Tapi masih sempat menyaksikan Buletin Utama di TV3 yang menyiarkan semula rakaman istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 selama 1 jam. Memang saya menangis tersedu2 masa menontonnya. Adik siap kata...mak jangan la sedih...sambil gosok2 belakang saya dan cium kepala saya. Alahaiiiii anak emak ni...lagi la mak sedih! Masa sedang menonton ni la hubby balik dari kerja dengan sejambangan bunga mawar di tangan. Huhuhuhu...suka dalam kesedihan menerima jambangan tersebut. Inilah suami saya. Tidak pernah lupa memberikan saya sejambangan bunga mawar pada hari2 keraian kami. Harijadi saya dengan bilangan kuntuman bunga mawar sebanyak umur saya, hari ulangtahun perkahwinan dengan bilangan bunga sebanyak tahun perkahwinan kami, hari ibu dengan bilangan kuntuman bunga sebanyak bilangan anak kami (yang ni bilangannya sama je tiap tahun sebab bilangan anak tidak bertambah...hahaha).
 21 kuntum mawar segar...
 Dah habis menonton Buletin Utama, barulah kami mengadap sajian yang dibeli oleh hubby untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami. Sekadar pizza Domino 2 biji, kepak ayam bakar dan sebiji kek lava cokelat. Alhamdulillah.
*****

No comments: