Setelah bercuti selama dua setengah bulan, tiba masanya untuk Ayong kembali ke UKM Bangi bagi menyambung pengajiannya untuk semester ketiga. Lepas Ayong balik ni, tinggallah Adik sorang diri tanpa kakak dan abang2nya. Kawan dengan emak je la. Pendaftaran pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 9:00 pagi. Kami bertolak dari Pasir Gudang pada subuh Sabtu, 6hb September. Malam sebelum tu barulah Ayong sibuk nak mengemas segala barang2 dia. Dan petang sebelum tu pula sibuk shopping barang2 keperluan yang nak dibawa balik ke UKM. Adoiiii...semua last minute punya preparation.
Dah lepas tengah malam barulah siap semua barang2 dipacking. Lepas tu kumpulkan setempat. Senang untuk abahnya menyusun ke dalam bonet kereta. Dah siap packing, malam tu juga abahnya susun ke dalam bonet. Tinggal barang2 yang nak digunakan sebelah pagi tu je. Malam tu saya tak tidur. Selepas tolong Ayong berkemas, barulah saya mula memasak. Memasak?? Ya...memasak di tengah2 malam tu. Orang lain dah lelap, saya pulak di dapur. Abang Yang nak kek...kek apa2 pun tak apa katanya. Kawannya pulak nak kek cokelat kukus lembab macam yang dia bawak balik minggu lepas. Tapi saya tak dapat buatkan untuk kawan dia sebab tak ada stok susu cair. Susu UHT pun tak ada. Untuk Abang Yang saya buatkan Kek Minyak. Pertama kali mencuba kek ini. Saya buat 2 adunan untuk 2 biji kek. Tapi tak ada gambar sebab lupa nak snap...hehehe.
Seawal jam 5:30 pagi kami memulakan perjalanan. Singgah solat Subuh di R&R Skudai.
Alhamdulillah. Perjalanan kami diiringi dengan cuaca yang ceria. Lebuhraya pun masa tu lengang je. Jadinya pemanduan kami berjalan lancar.
Sekitar jam 8:30 pagi kami melepasi SDAR. Hai Abang Yang! Tengahari nanti kita jumpa ya...!
Ngam-ngam kali sampai ke Kolej Keris Mas (KKM) jam 9:00 pagi. Ayong terus dapatkan kumpulan dia. Mereka masing2 dan ambil nombor giliran. Agaknya ramai sangat yang mendaftar pagi Sabtu ni, itu yang kena ambil nombor giliran tu. Sekali panggil 20 nombor. Nombor 1-20, 21-40 dan seterusnya.
Ayong beratur untuk dapatkan nombor giliran. Kawan2 dia dah ambil nombor lebih awal sebab mereka sampai lebih awal lagi. Ada yang dapat nombor 20an, 50an, 80an. Ayong dapat nombor 114. Haaaa...amekaw!
Adik akan merindui Ayong selepas ini. Selalu tu Ayong je kawan di di rumah. Lepas ni tinggallah Adik sorang2. Mungkin hujung minggu je Abang Ngah ada balik...itupun bukannya setiap hujung minggu.
Alhamdulillah. Ayong dapat sebilik dengan geng dia juga. Kawan2nya yang lain pun dekat2 je dengan bilik dia. Dah dapat kunci bilik, kami punggah barang ke bilik pulak. Dapat bilik di tingkat 3. Sama level dengan jalan. Jadinya tak perlu turun atau naik tangga untuk angkut barang2 tu. Kami bertiga je yang mengangkat barang sebab abahnya tak boleh masuk kawasan asrama dah. Nasib baik tak ada barang yang berat2 sangat.
Selesai unloading barang2, kami tinggalkan Ayong bersama kawan2nya di KKM. Kami perlu meneruskan perjalanan ke Senawang pulak. Menuju ke SDAR...
Selamat tinggal Ayong. Belajar rajin2 ya. Study smart tau! Mak dan abah doakan yang terbaik untuk Ayong. Mak abah sayangkan Ayong.
*****
No comments:
Post a Comment