Hahaha...ini lagi parah! Ini cerita sebulan lepas. Ngam2 sebulan lepas. Cerita ini cerita pada 3hb Ogos 2014, hari Ahad. Cerita masa menghantar Azrai balik semula ke SDAR selepas cuti raya. Lama dah tu! Tak lama lagi dah nak cuti sekolah semula.
Alhamdulillah. Cuaca pada hari tu cerah je sepanjang perjalanan. Kami pergi naik apa? Oh ya...Trajet masih belum dibaiki masa tu. Bengkel masih belum buka lagi. Saya ada juga bertanya pada rakan2 di FB di mana boleh dapatkan kereta sewa. Maklumlah, masing2 masih dalam mood cuti raya, mungkin susah sikit nak dapatkan kereta sewa. Memang kami ada kereta kedua tapi sekadar Kancil 850 je. Mana larat nak jalan jauh ke Seremban. Dan kawan hubby offer untuk guna MPV dia. Dia ada kereta syarikat. Jadinya dia bagi guna Toyota Innova dia dan dia pula gunakan kereta syarikat. Terima kasih Sam sebab bagi pinjam Innova.
Selesa mereka tiga beradik di belakang.
Haaaa...sempat saya candid pak trafik ni. Kalau tak salah pak trafik ni duduk bawah jambatan selepas R&R Ayer Keroh. Jangan pulak Innova ni termasuk dalam kamera dia dah le...!
Kami sampai ke SDAR dalam pukul 5:00 petang. Sebelum tu kami singgah di Terminal One dulu. Saja jalan2 cuci mata dan cuci dompet sikit. Hihihi...
Masa ini la bertembung dengan Jane Tery, kenalan saya di FB. Juga merupakan ibu kepada Danial, rakan sekelas Azrai. Ini kali kedua saya bersua dengan Jane. Kali pertama ialah pada hari pendaftaran mereka awal tahun dulu.
No comments:
Post a Comment