Wednesday, September 3, 2014

Kunjungan Raya Kakitangan Kilang PC

Ini pun cerita Syawal yang tertunggak juga. Kali ini kunjungan daripada kakitangan2 pejabat dan leader2 PC Factory...kilang yang hubby saya jaga. Sebelum ini hubby saya jaga bahagian penyelenggaraan (maintenance dan engineering) tapi bermula tahun 2014 ini hubby saya dah dipindahkan ke Kilang PC di Tanjung Langsat. Dia incharge Kilang PC sekarang. Tanggungjawab yang lebih besar.
Kakitangan pejabatnya tak ramai. So bajet untuk sediakan makanan pun sekitar untuk 40 orang termasuk keluarga mereka dan rakan2 rapat hubby. Alhamdulillah. Saya masak yang ringkas aje. Maklumlah...one-woman stand. Mana nak ambil dan hantar anak sekolah lagi. Mana nak memasak lagi. Mana nak siapkan benda2 lain lagi.
 Juadah saya pada malam tu ringkas sahaja. Sekadar mee kari, bluberi cistat, puding roti berkuah sos kastad, sosej cheese gulung, brownies dan buah mata kucing.