Alhamdulillah. Selesai sudah majlis walimatul urus Ahmad Fahmi bin Mohd Zin dan pasangan Mardiah Hafizah binti Muhammad Hafizi (Fahmi dan Mardiah). Pengantin perempuan berasal dari Pulau Pinang. Jauh tu dari Pasir Gudang ke Pulau Pinang!
Majlis hari ini dimulakan dengan majlis khatam al-Quran oleh pengantin perempuan bersama dengan tiga orang adik iparnya, Ariana, Faridah dan Nabila, dan juga Fateen dan Umairah.
Adik Umairah (hitam merah), Farah Nabila, Farah Faridah, Mardiah Hafizah, Ariana dan Fateen. Di hujung kanan ialah dua orang guru mengaji yang menerajui majlis khatam al-Quran ini.
Dari kanan : Farah Faridah, Mardiah Hafizah dan Ariana.
Saya sempat tengok sekejap je majlis ni sebab banyak kerja2 di luar yang menanti. Tetamu akan hadir bermula jam 11:00 pagi. Jadinga semua persediaan kena siap sebelum jam 11:00 pagi. Saya bertugas di meja pengantin dan keluarga bersama dengan Liza dan Azah. Kami dah bahagi2kan tugas. Jadinya tidaklah kelam-kabut nak bekejar ke sana ke mari.
Semasa majlis khatam sedang berjalan, kami di luar sibuk dengan tugas masing2. Kaum Hawa sibuk dengan penyediaan rojak buah, memotong nasi impit, menyediakan meja makan pengantin dan menyediakan meja bufet. Manakala kaum Adam pula melakukan kerja2 yang lebih berat.
Selepas majlis khatam berakhir, barulah kami menjamu selera. "Perewang2" kena makan dulu daripada tetamu sebab nanti dah sibuk nak menguruskan majlis. Mungkin tiada ruang untuk menjamu selera.
Dihujung2 majlis, sempat juga kami bergambar bersama dengan pasangan pengantin.
*****
No comments:
Post a Comment