Assalamualaikum. Ini pula cerita yang tergendala. Sambungan dari journey to Bangi - Seremban - Chemor.
******
Selepas solat Zohor di SDAR, kami meneruskan perjalanan ke utara pula. Kami gerak dari SDAR dalam sekitar jam 2:30 petang. YaAllah...moga perjalanan kami dipermudahkan olehNYA. Sebenarnya kami mendapat berita musibah yang melanda adik ipar saya, Fitery kemalangan motosikal semasa dalam perjalan ke tempat kerja. Tulang bahunya patah. Pipi kena 6 jahitan. Siku kena 3 jahitan. Kuku kaki tercabut. Dan luka2 dan calar-balar di sana sini. Yang merisaukan ialah kecederaan di bahu kanan, Kedua2 tulang bahunya patah.
Sempat berposing sebelum keluar wad!
Alhamdulillah...tiada kesesakan lalulintas dari Senawang sampailah ke Shah Alam. Bila dah masuk ke simpang arah utara di Sahah Alam tu, kenderaan dah bergerak amat perlahan. Ada kesesakan yang amat sesak di situ disebabkan oleh proses penaiktarafan jalan di sepanjang lebuhraya tersebut. Dah sampai Bukit Lanjan barulah jalan clear. Kami berhenti kejap di R&R Rawang. Hubby makan. Lapar katanya. Adik ke bilik air je. Taknak makan. Saya juga tak makan. Tiba di R&R Tapah, kami berhenti isi minyak je. Lepas isi minyak, kami bertukar pemandu. Saya memandu dari Tapah sampailah ke kampung.

Dalam perjalanan tu emak ada telefon. Masa tu saya tengah memandu. Hubby yang jawab panggilan emak. Emak bertanya lokasi kami. Hubby kata kami dalam perjalanan tapi tak nyatakan perjalanan ke kampung. Hubby cuma kata dalam perjalanan balik ke rumah je. Saja je...nak bagi kejutan kat emak konon2nya. Dah sampai depan umah emak, nampak anak sedara, Eikin, kat gerai beger dia. Dia pun sebenarnya keliru siapakah yang datang ke rumah opahnya dengan kereta beroda 4, Bila dia dah perasankan kami, laju je dia panggil opahnya.
"Pah...oooo pah! Pahhhh...! Makngah balik!", jerit Eikin sambil mencari opahnya kat dalam rumah.
Haaaaa...akhirnya kejutan kami berjaya. Kami tak bagitau kepada sesiapun yang kami nak balik. Bukannya apa, takut perancangan tak menjadi. Nanti kecewa lagi emak menanti.
Lepas tu kami terus ke rumah abang sulung saya. Nak amik Adam Rayyan. Adam Rayyan tinggal dengan Maklongnya sementara mamanya di hospital. Malam tu Maksu tak tidur di hospital. Maksu balik ke rumah. Fitery ditemani oleh kawan karibnya pula. Lena Adam Rayyan tidur bersama mamanya.
Hari Ahad Fitery dah dibenarkan balik. Bahunya masih belum dioperasi. Kata doktor, tunggu luka2nya elok kering dulu baru boleh buat operasi. Bahunya akan dimasukkan plate untuk menyambungkan tulang2 yang patah tu. Kos operasi (sebenarnya kos plate tu) ialah RM4K. Tapi saya pun hairan dan pelik kenapa operasi tidak terus dibuat. Kenapa kena tunggu selepas 2 minggu baru nak operasi. Kalau di hospital swasta, tentu operasi terus dilakukan.
Dalam pada itu, kami sempat ke Mydin Meru Jaya untuk belanja barang2 dapur untuk emak. Kami pergi berdua aje. Adik dah jumpa kawan2 bermain, tak nak ikut dah.
Drypers tu bukanlah untuk emak saya ya! Itu untuk Adam Rayyan. Ada juga saya belikan susu untuk Adam 2 paket. Buat stok...
Vitagen multi-flavour tu untuk anak2 sedara. Kalau yang hijau semua, itu untuk diri sendiri!!!
*****

No comments:
Post a Comment