Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kat rumah ni pagi2 kena makan sarapan yang berat2. Tapi saya pulak tak suka makan yang berat2. Lagipun saya hanya bersarapan sekitar jam 10 pagi. Dah selesai semua kerja rumah, Adik dah ke sekolah agama, barulah saya mengadap sarapan. Mee goreng ni bukanlah sarapan untuk pagi tadi tapi dah 3,4 hari lepas.
Masak mee goreng ni tak boleh pedas2...nanti Adik tak boleh makan. Emak Adik pun tak suka pedas2 sebenarnya...hehehe. Adik pun tak suka sayur2 tu. Dia akan ambik meenya sahaja. Sayur2 semua tolak ketepi. Biasanya pinggan emaklah jadi mangsa dia.
Rasanya semua orang dah tau cara menggoreng mee...kan? Ikut citarasa masing2lah. Tapi saya punya ni memang ringkas sahaja. Tak ada pun sukatan yang tertentu. Main campak2 je kata orang... Mula2 saya tumis bawang merah + bawang putih yang memang dah siap dikisar. Lepas tu masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit sos tomato dan juga kicap. Kacau rata2. Masukkan terus perisa - garam, gula. Kemudian masukkan mee yang telah dibasuh dan ditoskan. Kacau rata2 sampai sebati bahan2 tumisan dengan mee. Tolakkan mee ke bahagian tepi keliling kuali - supaya ada ruang kosong di tengah2 kuali tu. Pecahkan telur 2 biji. Kuatkan api. Tutup telur tersebut dengan mee. Biarkan dalam seminit dan kacau rata2 supaya telur kena kepada keseluruhan mee. Lepas tu baru masukkan sayur. Kacau2 sampai rata tapi jangan sampai sayur tu layu sangat. Kurang rangup nanti. Dah siap!!!
2 comments:
haaaaaaa.. yg main campak2 ni 10x lebih sedap dari yg baca resepi.. hihi
Yus :
Betul tu Yus...sokong 200%!!
Post a Comment