Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Kek gula hangus ni ialah versi tertunggak. Buat minggu lepas dah tapi baru hari ni nak upload. Sekali sekala makan kek ini sedap jugak. Rasanya yang tak berapa manis dan kenyal2 gitu. Musim cuti sekolah ni kena ada aje stok makanan dan kudapan kat rumah ni. Anak2 asyik nak mengulang makan aje. Yelah...apa lagi uang nak mereka buat. Makan, main, mengadap komputer, makan lagi, tidur....!
Saya buat tak banyak pun....satu adunan je. Biasa tu buat dua adunan. Jadinya kek tu naik tinggilah sikit. Ini buat satu adunan aje, so dapatlah kek yang rendah sikit. Tekstur kek ini memang berongga. Kalau diperap lagi lama, lagi banyak rongganya. Tapi ini sekadar perap empat jam sahaja. Resepi kek ini dah ada di blog saya yang satu lagi, DI SINI. Tapi saya kongsikan sekali lagi di sini sebab saya dah jarang mengemaskinikan blog resepi saya tu. In shaa Allah, apa yang ada di sana akan saya pindahkan ke sini. Tapi nantilah...sikit2 dulu. Resepi asal kek ini saya ambil dari MyResipi, resepi asal oleh Widad. Tapi cara2nya dah saya olah sikit mengikut keselesaan sendiri.
KEK GULA HANGUS
Sumber : Widad @ MyResipi
Bahan-bahan gula hangus :
- 1 cawan gula (saya kurangkan kepada 3/4 cawan)
- 1 cawan air panas
- 2 sudu besar mentega / marjerin
Cara-cara :
- Masak gula dengan api perlahan hingga berwarna gula cair dan berwarna perang pekat.
- Masukkan air panas dan masak hingga mendidih.
- Masukkan mentega / marjerin dan kacau hingga mentega / marjerin cair. Angkat dan ketepikan.
Bahan-bahan lain :
- 4 biji telur
- 1 cawan susu pekat manis (saya kurangkan kepada 3/4 cawan)
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara :
- Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
- Pukul hingga hingga betul2 kembang dan kental.
- Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi.
- Masukkan tepung dan pukul perlahan hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan air gula hangus dan kacau sebati.
- Perap adunan selama lebih kurang 3 ~ 4 jam.
- Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170oC selama 40 minit atau sehingga masak (bergantung kepada ketuhar masing2).
2 comments:
Salam Azita..nekcik pun sejak da pandai buat sarang ni mmg rajin bonar membueknya..suka tengok sarang mnjadi..hik..hik
Nekcik :
Saya suka guuna resepi yg ini kerana ianya kurang berminyak dan memang sedap.
Post a Comment