Monday, January 14, 2013

Kelas Cream Puff Dan Eclair



Hehehe...walaupun dah "pandai" buat cream puff tapi masih pergi ke kelas lagi. Bukannya apa...selalu tu buat sejenis cream puff aje. Kali ini diajar beberapa jenis puff dengan adunan, filling dan teknik yang berbeza. Alhamdulillah. Bertambah ilmu tentang puff ni. In shaa Allah akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Hmmm...dah pergi ke kelas ni barulah tau "rahsia-rahsia" di sebalik cream puff dan eclair ni. Memang tak rugi pergi ke kelas tu walaupun pada asasnya memang dah tau buat cream puff tu. 

Selalu ni saya tau buat cream puff yang asas tu saja. Tapi bila dah pergi ke kelas ni barulah tau cara2 untuk membuat versi lain untuk cream puff ini. Hasilnya amat ringan dan dengan rongga2 yang lebih banyak. Lepas tu belajar juga english version cream puff. Dari segi rupa memang kurang sikit tapi bila dah masuk ke dalam mulut...subhanallah...sedapnya!!! Rasanya memang lain sangat dengan cream puff biasa tu.

Macam biasa, saya menghadiri kelas di Nina Bake House pada hari Ahad, 6hb Januari 2013 yang lepas. Kalas kali ini kami bertiga aje - Bani dan Aida.

 Bani tengah mengacau filling untuk cream puff sementara Aida pulak dah macam mandur...siap becekak pinggang lagi tu. Tak mengelabah ke si Bani tu? Hahaha...

 Inilah hasil yang baru keluar dari oven...fresh!!!

 Ini pulak eclair...selepas diisi dengan filling, barulah dicelup dengan milk chocolate.

 Bermacam2 bentuk cream puff sebab kami gunakan nozel yang berlainan dengan kreativiti masing2 yang berbeza2...

Apa-apapun, alhamdulillah. Terima kasih untuk sifu Nina di atas ilmu yang diturunkan kepada kami. Tapi lepas ni susah dah nak berguru dengan Nina sebab dia dah pindah ke KL pulak. Moga bisnes Nina akan terus maju di sana.



8 comments:

Kak Am said...

wah, bestnya blaja, am dh lama gak nk blaja asyik trgendala jer.. tapi nina dh x de susahlah ya.. apa mcm kalau ita pulak jadi sifunya..?

Azita Zain said...

Am :
Hehehe..in shaa Allah, kalau ada keizinanNya nti saya buat kelas pulak. Ha'ah...Nina dh xde ni payah sikit nak attend kelas.

Azita Zain said...
This comment has been removed by the author.
Miss Zu said...

jual time raya laku ini..
http://misszucollection.blogspot.com

akumann2803 said...

Wow...bestnya...teringin nak belajar.... salam perkenalan kpd tuan tanah drpd : suteraungu87.blogspot.com

Azita Zain said...

Miss Zu :
Time tak raya pun laku juga ni...memang yummy!

Azita Zain said...

Ummiamiman :
Salam perkenalan juga dari akak...

Unknown said...

Nak belajar dimana ye? Saya bermint nk belajar :)