Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari Ahad lepas, 20hb Januari 2013, bertempat di Masjid Jamek Taman Pasir Putih, telah berlangsung satu majlis ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI). UAI berada di tiga lokasi yang berbeza selama dua hari beliau berada di Johor. Kehadiran beliau telahpun diwar-warkan lebih awal. Kain-kain rentang juga telah digantung di tempat-tempat yang strategik terutamanya di kawasan lampu isyarat. Kat situ kan ker semua orang dapat baca...terutama kalau lampu isyarat bertukar ke warna merah. Hehehe...
Tiga orang yang berdiri di belakang itu adalah orang-orang kuat masjid...
Alhamdulillah, majlis ilmu berjalan dengan lancar. Ramai hadirin yang hadir memenuhi setiap ruang di dalam masjid. Walaupun saya tidak dapat menghadirkan diri, hubby telah merakamkan semua soal-jawab di majlis tersebut. Macam biasa la, UAI menjawab setiap persoalan dengan gaya santai disamping diselitkan dengan lawak2 spontan yang mengundang ketawa di kalangan hadirin. Bila dengar soalan2 yang diajukan oleh para hadirin, ada yang mengundang ketawa, ada yang mengundang sengihan sahaja. Walaupun UAI berada di majlis selama sejam sahaja tetapi setiap detik dan ruang diisi dengan ilmu yang amat bermanfaat untuk semua.
Hubby dan Abang Ngah dah ke masjid seawal jam 6:40 petang. Walaupun waktu Magrib masuk jam 7:18 malam tapi mereka pergi awal sebab nak cari tempat yang strategik untuk buat rakaman. Ramai juga yang merakamkan majlis tersebut walaupun hanya menggunakan telefon bimbit masing2. Hubby mengambil tempat di tingkat atas. Alhamdulillah...jelas pandangan kepada UAI. Ada juga disediakan skrin paparan di tingkat atas tu tetapi ianya hanya fokus kepada muka UAI sahaja. Tak dapat tengok gerak-geri UAI semasa bercakap. Biasalah..tangan UAI bukannya duduk dia semasa beliau bercakap! Hehehe...
Selepas tamat majlis ilmu, UAI mengimamkan solat Isyak sebelum bertolak ke Masjid Kampung Cahaya Baru pulak. Tengoklah...semua hadirin berhimpit2 cuba menghampiri UIA untuk bersalaman dengan beliau. Dah kalah artis2 top dunia ni...!
UAI diiringi oleh pengiring2 yang bermotorsikal berkuasa tinggi yang juga telah menarik perhatian peminat2 motosikal berkuasa tinggi...termasuklah Abang Ngah. Tapi mereka tidak dibenarkan untuk menghampiri kenderaan2 pengiring tersebut samada untuk bergambar atau saja2 tengok atas sebab2 keselamatan.
UAI di dalam Toyota Alphard masih sempat melambai2kan tangan kepada mereka yang hampir dengannya...
Pandangan jauh dari tingkat atas...UAI bergerak ke Masjid Kampung Cahaya Baru pulak.
Anggota Mukmin Studio...
InsyaAllah...ilmu yang dikongsikan oleh UAI akan saya kongsikan di lain entry. Nak kena dengar dan tengok semula rakaman tersebut sebelum boleh dikongsikan di sini. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment