Thursday, January 31, 2013

Beginilah Akhirnya...


Memang bukan rezeki kami lagi untuk kali ketiga. Allahhuakbar. Sehingga semalam, kandungan sudah berusia 10 minggu. Dua minggu sebelum ini, hubby dan saya telah ke klinik swasta untuk mengesahkan kandungan. Dari luaran memang tak ada apa2 konflik. Saya ni memang jenis lasak. Tak ada morning sickness pun. Cuma kadang2 tu teringinkan sesuatu sahaja. Tapi bila doktor buat imbasan, katanya kandungan tu macam dah renggang / terpisah dari dinding rahim. Mungkin tiada harapan katanya tapi dia suruh tunggu dua minggu dulu sebelum ditentukan kesahihannya. Lepas buat urine test, doktor kata ada bleeding di dalam. Tapi masa tu saya memang sihat walafiat. Tak ada pulak tanda2 turun darah.

Hujung minggu lepas, kami balik ke Perak. Tak ada apa2 pun yang berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik tu. Masa kat kampung pun...rileks aje. Tapi mungkin disebabkan perjalanan yang jauh dan memakan masa yang panjang, singgah ke sana sini, keletihan dan ketidakselesaan yang menyebabkan kandungan makin berisiko. Akhirnya, dua hari lepas mula menunjukkan tanda2 turun darah.

Diawal kehamilan aritu, Azri selalu juga usap2 perut saya ni. Dia boleh kata kat dalam perut tu ada baby. Padahal dia tak taupun saya ni mengandung. Saya pandang hubby, hubby pandang saya....kami sama2 senyum...tak perlu kata apa2. Anak2 yang lain pun tak tau yang mereka bakal mendapat adik masa tu.

Pagi semalam kami pergi semula ke klinik swasta aritu. Bila doktor buat imbasan, memang dah tak ada janin di dalamnya. Dia bagi surat rujukan ke hospital. Selepas Adik dah naik van untuk ke sekolah kebangsaan, kami terus ke Hospital Penawar (HP)...hospital yang paling hampir dengan kami. Malangnya, doktor pulak tak ada masa tu...kebetulan pulak dah masuk waktu rehat. So, lepas membuat pendaftaran, kami balik dulu. Jam 2:30 petang barulah kami pergi semula ke HP.

Itulah gambar imbasan yang diberikan oleh doktor pakar yang bertugas....Doktor Hasmah. Katanya kalau masih ada, akan ada satu ketulan berwarna putih di dalam kawasan yang paling gelap tu. Kawasan paling gelap itulah kantung / kelongsong baby tu. Tinggal kosong aje dah. Ukuran pun dah jauh lebih kecik daripada yang sepatutnya. Kalau ada ketulan putih tu, kita dah boleh nampak bentuk baby katanya. Walaupun belum jelas bentuknya tapi yang penting kita dah boleh dengar degupan jantungnya...kata doktor. Allahhuakbar! Alangkan seronoknya kalau dapat dengar degupan jantung si kecil tu...kan? Malam tadi kami tunjukkan gambar imbasan ni kepada Adik. Dia tanya gambar apa. Saya ceritlah sikit tapi dia macam kurang faham. Hmmm...tak apalah...baru nak masuk 9 tahun...kan. Allahhuakbar...moga kami sentiasa di dalam peliharaanNYA! Aamiin...

11 comments:

Scdha Sein (SS) said...

Hospital Penawar??? Better not!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita..

Allahu Akbar, semoga Kak Ita akan memperoleh pengganti yg lebih baik. Usaha lagi, ok!!

Azita Zain said...

Scdha :
Check aje kat sana...tak buat apa2 pun. Kiranya dh tak ada "deal" dgn HP lagi. Just nk confirmkan kandungan aje. Hihi...fobia dgn HP lg ke?

Azita Zain said...

Seri Kandi :
Bukan rezeki akak Yus...kali ke-3 ni selepas yang bongsu tu. Rasanya lepas ni "stop production" kot...usia dh banyak ni...berisiko sikit. Tunggu Yus aje lah!

Cendana Kasih said...

sabar yer kak, mungkin ada rezeki lepas ni, jangan patah semangat yer.. (saya ni jer yang dah stop, takut gak kalo terlekat saat2 x berwaspada...kahkahkah...)

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum kak Ita...ada hikmah dis ebalik nye...rezeki ada di mane2....insyaallah...sabar ye Kak ku..

Sharifah Nadzarah said...

IN SYAA ALLAH..ADA REZEKI DI LAIN KALI...SABAR YE

HaSue said...

Subhanallah.. Allah maha besar..jgn putus asa kak..azri teruja nak adik lg tu..insyaallah kalau dah rezeki akan melekat juga..akak tabahkan diri ye..jaga diri tau. Jgn stress2..

NEKCIK said...

Salam kesedihan dari Nekcik tapi redhakan sahaja mungkin kejadiannya tak sempurna..so Allah ambil lebih awal..insya Allah semuga Allah akan gantikan dengan yang lebih baik...

Salami Simon said...

Allah Maha Besar Lagi Maha Kaya... in shaa Allah, alam ada rezeki lagi selepas ini.

Unknown said...

Moga kak tabah...


Semua y blaku ada hikmahnya.DIA nanti disana