Friday, January 11, 2013

Jalan2 Ke Tanjung Piai - The Southernmost Tip Of Mainland Asia



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini bukan cerita tahun baru. Tapi ini cerita tahun lepas. Ya...tahun dua ribu duabelas. Tapi belum basi lagi cerita ni sebab cerita ini hanya akan expired selepas tiga bulan daripada tarikh kunjungan. Boleh gitu? Hahaha...ini cerita di hujung tahun lepas. Satu hari tu ternampaklah seorang awek ni post gambar dia dan anak2nya di depan batu besar landmark Tanjung Piai tu. Memang aritu ada google2 gak...tapi macam tak confident aje. Bila dah sampai ke sana, rasanya tak le susah sangat nak menuju ke sana. Ikut aje papan tanda menuju ke Pontian. Lepas tu ikut je pulak papan tanda menuju ke Tg. Piai...





Akhirnya...setelah menempuh jalan berliku, kami sampai juga ke sini dengan berpandukan google map. Ada juga yang terlajak jalan. Takpe...terlajak perahu masih boleh diundur...kan? Masa kami ke sini, Ayong tak ada bersama kami sebab dia dah memulakan pembelajarannya di UiTM. Kami berlima saja yang pergi. Kebetulan pulak masa tu Adik tak berapa nak sihat. Mukanya tak ceria sangat. Demam... Dah sampai kat sana pun dia tak berapa nak berjalan. Dia lebih banyak duduk dan berhenti2 di sepanang perjalanan kami meneroka Hutan Simpan Tg Piai tu. Kesian Adik... Tg. Piai memang dekat sangat2 dengan Kukup. Selalu dengar cerita orang suka ke Kukup untuk makan makanan laut. Aritu lepas ke Tg Piai, kami cubalah ke Kukup. Memang dah sampai Kukup tapi yang kami jumpa ialah terminal feri nak ke seberang. Kat mana tempat orang makan makanan laut tu ye? Kat area situ memang nampak restoran makanan laut tapi rasanya macam semuanya restoran cina sahaja. Betul ke tempat yang kami pergi tu? Hahaha...kelakarlah pulak sebab dah sekian lama duduk di Johor ni, inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana. Apa2pun...alhamdulillah.

Jom kita tengok gambar2 di sekitar Hutan Simpan Tanjung Piai... Layanzzzzz....!
















Papan tanda ini the best among the best!!!! 









Dalam perjalanan balik tu, kami singgah di satu tempat ni di Daerah Pontian...lupa pulak apa nama tempat ni. Kat sini ada Muzium Bugis. 




Banyak benda yang dipamerkan di dalam muzium ini tapi tak dapatlah nak saya tayangkan satu persatu ya. Jom kita tengok apa yg ada di dalam muzium ini (sebahagian daripadanya sahaja...).

Batu ni timbul di dalam air. Abang Ngah pegang jugak batu ni sebab nak tau samada batu ni betul2 batu ataupun bukan batu. Tapi memang betul2 batu... Macamana batu ni boleh timbul di dalam air???

Dapur kayu. Cer tengok pelita yang ada gambar nyonya yang tergantung kat bahagian belakang tu. Cantik...kan?


Yang ini Adik suka tengok sebab macam yang dalam Upin Ipin tu...batu pengisar lama.

Ni mangkuk tingkat siapa ni? Cik Mat Gebu punya ke???


Senjata2 lama yang dipamirkan di dalam almari kaca.

Alhamdulillah. Sampai dah kami ke Tanjung Piai...The southernmost tip of Mainland Asia!!!


6 comments:

NEKCIK said...

Salam Ita..oo tg piai tu kampong nekcik...lebih kurang sebatu dari situ rumah nekcik..kalau singgah boleh mnum kopi....mak muda nekcik ada!!...ada dua jer kedai makn melayu kat kukup tu...

Azita Zain said...

Nekcik :
Alaaa...tak tau la pulak. Kalau tidak boleh le singgah ziarah. Nekcik tak balik kg ke?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

belum pernah sampai lagi di penghujung selatan tanah air ni... hehe... menarik tmpt tu...

Azita Zain said...

Ratna :
Ni pun first time jugak tp memang best la...sesuatu yg lain drpd yg lain.

Mat Gebu said...

Kak...mangkuk tengkat saya kaler biru (*___^)

Sukma said...

Tg. Piai tempat penghujung benua Asia yang saya nak pergi, tapi tak tahu bila....