Tuesday, May 24, 2011

Makan-Makan Di Senibong


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ni nak cerita pasal jalan-jalan cari makan di Senibong pada hari Sabtu lepas. Selepas hubby balik dari Korea awal dinihari Sabtu tu, anak2 teruja melihat gambar2 makanan yang sempat hubby snap semasa di sana. Kebanyakannya ialah makanan laut. Nak makan jenis daging2 tu...tak berapa nak yakin. Baik ayam ke...mahupun daging2 yang lain. Memang hubby tak makan langsung... So, makan seafood dan sayur2an sahaja...
Jadinya, selepas balik dari kerja hari Sabtu tu, hubby cadangkan kami pergi makan makanan laut di Senibong. Di sana macam2 pilihan makanan dan restoran ada. Pilih jer nak makan di restoran yang mana satu. Tapi ada juga sesetengah pengusaha tu yang mempunyai lebih daripada satu restoran. Kita ingatkan kita masuk ke restoran yang lain, rupa2nya tuan punya restoran yang sama juga.

Triple S...SSS...Selera Senibong Seafood...!


Sampai je di Senibong, pertama sekali kena cari parking lot. Memang agak susah nak dapat parking kat sini sebab asyik penuh jer. Ramai sangat yang datang ke sini untuk makan2. Nak masuk ke kawasan ni pun kena bayar RM2. Alhamdulillah...sampai je di situ, ada kereta yang nak keluar. So...kami terus dapat parking walaupun kena berjalan jauh sikit.

Restoran mana nak masuk ni? Akhirnya masuk jer kat restoran yang macam ramai jer pelanngannya. kata orang...tempat makan yang ramai pelanggan tu, mesti sedap masakannya. Ye ke???


Sementara menanti pesanan makanan kami, datanglah side-dishes ni...otak2, kacang rebus dan juga coconut jelly....

Sedang menanti seafoods....

Inilah yang kami makan malam tu...
Sotong goreng tepung, udang butter, ketam sambal telur, ikan merah masam manis, kailan goreng ikan masin dan tomyam campur....of course ada nasi putih...hehehe

Sedang menikmati hidangan...


Mula2 order satu jug fresh oren...habis sebelum sempat hidangan sampai. Order satu jug lagi jus tembikai...!

Sisa2...baki2...tulang2...cengkerang2...

Inilah hasil laut yang terdapat di sekitar restoran2 di sana...segar2 belaka. Ada berbagai jenis makanan laut...

Di tepi2 parking lot pulak, terdapat gerai2 yang menjual berbagai2 jenis mainan, jam, beg tangan dan juga perhiasan. Budak2 memang ler suka...lebij2 lagi bila nampak barang2 mainan...


Ini pulak ialah Warong Siput Sedut...tapi kita tak bolah makan siput sedut kat sini sebab tak ada warung pun kat situ. Tu ialah sticker yang tertampal di cermin hadapan pada salah sebuah kereta yang dipakirkan di situ...

4 comments:

geez said...

Waahh! Sedapnya.... Kat mana restoran ni kak? saya mmg hantu seafood. Best nih kalo dpt mkn variety of fresh seafoods mcm gmbar yg akak upload tu. Terliur saya.... hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak itaaaaaaa..apa kaboooo?lama xsinggah kat umah akak nie!

Azita Zain said...

Geez :
tu kat Senibong...di Permas Jaya...
ala...google jer...mesti jumpa!

Atie :
akak pun dh lama tak jenjalan ke rumah2 kengkawan...
kengkadang jer pergi jengah kejap2...itupun senyap2 jer!

ayu-zaimi said...

good...kak ita, saya memang nak pergi SENIBONG esok mlm, saya nak try la kat grai yang akak pi tu. cam sdap jer ktam sambal tlur tu....