Thursday, May 19, 2011

Kek Lapis Masam Manis Ole2 Dari Ipoh


Jom nak tunjuk Kek Lapis Masam Manis ni pulak. Ini bukan hasil kerja tangan saya. Saya dapat kek ini daripada seorang teman maya yang datang ke Pasir Gudang hujung bulan lepas. Dia bawakan saya sebiji kek lapis masam manis sebagai ole2 dari Ipoh. Jauh tau datangnya kek lapis ni....!!!



Sebenarnya, teman saya ni, Sue (DSueHouse), datang ke Pasir Gudang dah dua kali. Kali pertama dulu semasa menghantar anak perempuannya mendaftar di Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang ni. Masa itulah kami berjumpa untuk pertama kalinya. Sebelum tu selalu jugak kami berhubung melalui SMS, telefon, dan FB. Teman alam mayalah katakannnn.............!



Kali kedua kami berjumpa pada hujung bulan lepas. Sue datang untuk menjemput anaknya balik bercuti panjang. Dah tu anaknya pulak kena berpindah dari asrama ke rumah sewa. Jadinya, Sue datang tu nak tengok rumah sewa anaknya disamping menolong anak2nya dan kawan2nya berpindah. Kiranya 3-in-1 lah ni....tengok rumah sewa, tolong anak pindah dan bawak anak balik kampung. Hehehe...! Kek lapis ni memang terserlah kesedapannya. Kepada sesiapa yang ingin menempah kek lapis dan lain2 produk, lawatilah blog Sue di sini...(promosi ni....).

3 comments:

Yani said...

Kak ita ..nak kongsi kek tu boleh ka?.. :)

kakpah said...

tempah untuk raya bagus ni ita..

Azita Zain said...

Yani :
Boleh3x...meh datang sini!

KakPah :
5 loyang cukup tak KakPah???