Tuesday, May 3, 2011

Majlis Persandingan Pak Su - 1hb Mei 2011


Majlis pernikahan Pak Su telah selamat diadakan pada hari Sabtu, selepas Isyak...sekitar jam 9:30 malam. Manakala majlis persandingan pula telah diadakan pada hari Ahad, 1hb Mei 2011. Kami bertolak ke rumah pengantin perempuan selepas solat Zohor. Emak dan abah tak pergi sama. Pak Su bertolak awal daripada kami sebab nak salin baju pengantin. Pak Su menanti kami di surau yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.




Wajah berseri pasangan pengantin baru...


 Pasukan Kompang dan Pasukan Silat Sendeng yang mengiringan perarakan pengantin...

 Berarak dari surau ke rumah pengantin perempuan...

 Adat orang Johor...banyak sangat TOL yang kena dibayar oleh pihak pengantin lelaki.

 Persembahan silat dan juga ada aksi badut...

 Dah melepasi tol barulah dapat bergandingan dengan pengantin perempuan di atas pelamin. Berpeluh2 Pak Su dan pengapitnya...

 Renjis2 dipilis... Renjis2 dan salam2 dengan pengantin...

 Menabur gula2 dan duit siling kepada sanak-saudara yang hadir...

 Hiasan kek di meja pengantin...

 Makan beradab...

 Upacara memotong kek...

Ole2 daripada pihak pengantin perempuan...



4 comments:

Yati Ali said...

selamat terima biras baru kak!

Azita Zain said...

Yati :
Hehehe...terima kasih. Hujung minggu ni jom ke Parit Ibrahim pulak!!!

ibundo said...

salam ita. semuga pasangan baru bahagia hingga ke akhir hayat. Ita apa kabo..

Azian Elias said...

biru semuanya ye.. sejuk kata orang