Monday, June 15, 2009

Sehari Di Kampung

Satu hari di kampung memang tak cukup! Tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Pagi Ahad tu (7hb. Jun), Ayong, hubby dan saya ke pekan Chemor dulu. Membeli lauk-pauk bersama sayur2an sikit. Mak pesan jangan beli banyak2 sebab di rumah dah ada ikan tongsan ikan ara dan ikan pacu yang akan dibakar. Ikan2 tu mereka dapat masa memancing kat kolam adik tu malam tadi. Wanchu, emak saudara saya yang duduk di Puchong tu pun ada kat kampung. Wanchu dah seminggu kat kampung sebab menantunya sulungnya bersalin anak sulung. Menantunya duduk di Sungai Siput. Wanchu datang ke rumah sebab nak makan tengahari bersama kakaknya (emak saya la...).

Menu tengahri tu ringkas aje. Sekadar 3 ekor ikan bakar cicah dengan air asam, telur ikan digoreng dan tumis sayur bayam. Saya dan hubby banyak makan sayur dan ikan aje. Sedapnya ikan bakar! Ikan segar pulak tu!

Membakar ikan, ikan bakar, telur ikan, sayur bayam dan air asam...


Selepas solat Zohor, emak dan Wanchu pergi ke kolam. Pertandingan memancing tu diadakan dari 2:00 petang hingga 6:00 petang. Saya tak ikut sama sebab Adik nak tidur. Hubby dan anak2 yang lain dah ke Ipoh. Ayong nak cari buku katanya. 4:30 petang emak balik. Hubby pun balik gak. Lepas solat Asar, saya hantar hubby ke kolam dulu. Saya tunggu Adik bangun sebelum ke kolam. Saya sampai kolam dalam 5:45 petang, dah dekat nak abis waktu pertandingan. Tepat jam 6:00 petang, pertandingan ditamatkan. Setelah mengetahui siapa pmancing yang mendapat ikan terberat, upacara penyampaian hadiah dilangsungkan. Hadiah untuk pemancing hingga nombor 10, ada juga cabutan bertuah untuk peserta dan juga untuk pengunjung. Hargi tiket cabutan bertuah untuk pengunjung tu (RM2.00 setiap satu) didermakan kepada rumah anak2 yatim di kawasan berhampiran.



Yang berbaju kuning bertudung hitam tu la Wanchu, kat sebelah tu ialah emak saya... Pemancing berbaju kuning tu pulak ialah adik saya. Anak2 saya pulak sibuk membaca...



Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang2. Hadiah pertama (RM700.00) dan hadiah kedua (RM300.00) dimenangi oleh orang yang sama iaitu sepupu saya yang tinggal kat KL. 6:30 petang selesai segala2nya.....

Selepas Maghrib, saya mengemaskan mana yang patut sebab pukul 9:00 malam kami akan bertolak balik ke Pasir Gudang.... Jam 6:00 pagi Isnin baru sampai! Lepas solat, semua sambung tidur.... zzzzzzzzzzz...

No comments: