Wednesday, June 17, 2009

Dapat Bunga...!


Macam yang saya katakan sebelum ni, pastinya ada flowers delivery sebelum jam 12:00 tengahari. Memang tepat!! Dalam jam 11:00 pagi tu saya keluar ke tadika Adik sebab nak belikan buku2 satu set lagi. Adik ni suka buat kerja sekolah in-advanced tapi dia tak nak buku2 yang lain selain dari buku sekolah dia. Itu yang kena cari satu set lagi. Dah cari kat kedai2, tak ada. Nasib baik ada extra kat sekolah. Lepas tu saya bercadang nak menziarah Cikgu Zainon (pengasas Pintar Bistari) selepas mendapat berita bahawa anak lelaki beliau meninggal dunia. Dalam pada mencari2 tu, anak called kata ada orang datang rumah. Then saya pun terus balik. Dah dekat nak sampai, hubby pulak called kata ada orang datang nak hantar barang. Dia buat macam tak tau je orang tu nak hantar bunga. Sampai aje depat pagar, ada sorang mamat Chinese dah tunggu. Wahhhhh!!!! Sekarangan bunga ros merah dan oren (atau peach?). Tapi kan...bunga2nya kali ini kecik2 sikit, tak besar macam yang lepas2. Apa2 pun....sayang hubby!!!!!

Dan waktu tengahari hubby balik jemput saya gi lunch kat Tg Puteri Resort. Kami makan yang simple je. Hubby makan Tomyam Ayam dengan nasi putih bersama iced lemon tea. Saya cuma makan Wantan Noodle Soup bersama air tembikai. Indahnya sekali sekali lunch berdua je kat luar ya!


1 comment:

Jun said...

kak ita...terharunyer sayer..