Friday, June 5, 2009

Macam2 Ada...!


Hari Rabu lepas saya buat Donut dan jugak Sosej & Cheese Roll. Tapi Sosej & Cheese Roll kali ini versi bakar, tak goreng. Masa cuti2 sekolah cam gini, kat rumah kena ada saja makanan ataupun kudap2. Anak2 asyik lapar sesaja! Makannya tak le banyak mana sangat tapi kerap. Kalau petang tak masak apa2, pasti ada yang bertanya. Lagipun aktiviti lain tak ada. Makan, main komputer, tengok tv, solat, kadang2 main basikal dan kadang2 tengok buku. Itu ajelah aktiviti mereka. Boring agaknya, tu yang asyik nak mengunyap je tu. Lepas tu kupaskan sekali buah mempelam yang dibagi oleh Cikgu Shikin aritu. Pagi2 makan mempelam???



Tengahari pulak saya masakkan Cheesed Seafood Bolognese Spaghetti. Resepi olahan sendiri je. Bahan2 pun masukkan apa yang ada dalam stok aje. Cuma ditambah dengan sos bolognese yang memang dah lama dalam simpanan. Berselera anak2 makan tapi Adik lebih kepada ngutip udang dan sotong aje!

No comments: