Tuesday, June 2, 2009

Pizza Pulak...

Hari ni anak2 semua ada kat rumah. Ayong pun tak ada latihan pancaragam hari ni. Sarapan pagi tadi saya cuma makan roti 2 keping dan sebiji karipap. Anak2 pulakk makan nasi lemak tapi kali ini nasi lemak yang jenis "tunjuk2" gitu! Untuk makan tengahari, saya buatkan mereka Pizza Seafood. Sebenarnya dah lama tak makan pizza, masing2 dah menyebut nak makan pizza. Satu adunan doh ni saya dapat buat 2 biji pizza. Sosonya saya buat sendiri dan toppingnya cuma crab stick, udang dan sotong segar, ayam, sosej dan tabur dengan keju mozarella. Satu biji dapat 6 potong dan ada baki sepotong lagi. Satu biji lagi untuk makan malam pulak.


Mula2 cam gini...sebelum dibakar...



Kemdian cam gini...lepas dibakar...



Yang ni siap untuk dingap!!!


2 comments:

blogresipi said...

Bila letak cheese banyak2, sangatla sedap pizza ni.. uish...nampak sedap ler...

Azita said...

kelazatan pizza tu rasanya lebih bergantung kepada kuantiti cheese yg digunakan. tak gitu?? mmg lebih banyak cheese lebih kawwww gitu...