Friday, June 5, 2009

Cucur Bawang

Malam adi saya amat payah untuk melelapkan mata. Terkebil2 sorang diri. Hubby dah tidur awal2 lagi. Anak2 pun sama gak. Sekali pandang jam digital kat atas tv tu menunjukkan pukul 1:11 pagi. Pusing kiri, pusing kanan. Tak juga mau lelap mata ni. Pandang jam sekali lagi. 2:22 pagi pulak. Aiikkkk...macam janji2 pulak nombor2 kat jam tu. Lepas tu mesti angka 3:33 pagi pulak! Memang betul!!!! Akhirnya saya bangun dan mengambil wuduk. Lebih baik daripada terkebil2. Selesai solat, saya membaca Surah Yassin. Lepas tu masih tak mengantuk jugak lagi. Nak buat apa ya? Saya capai novel terbitan Alaf 21 bertajuk Kasih Antara Kita. Novel tu saya dah ulang baca banyak kali sebenarnya. Bukan setakat novel yang ini, yang lain2 pun dah ulang baca beberapa kali.
Akhirnya saya terlelap jugak. Walaupun cuma dapat melelapkan mata tak sampai 1 jam. Dan untuk sarapan pagi tadi, saya cuma masak Cucur Bawang Pedas. Ini penganan yang emak selalu buat masa kat kampung dulu. Cepat, ringkas dan senang!



No comments: