Ni pulak saja nak tayang menu semalam (Khamis). Pagi2 tu buat Kuih Keria. Keledek ada 3 biji lagi, jadinya saya keriakan dia. Selain Kuih Keria ini, ada jugak Koko Crunch. Ini memang kegemaran anak2...dari Adik sampailah ke Ayong. Kalau beli pek yang paling besar tu, satu hari dah abis...tak cukup pun! Tu yang kadang2 tu beli yang brand lain yang packing dalam plastik, bukan dalam kotak. Jimat sikit!! Sementara nak menuggu unutk masak lunch, saya membakar Kek Pisang Ringkas sebanyak 2 biji. Sebiji saya buat yang biasa aje dan sebiji lagi saya buat bercoklat. Resepinya sama cuma tambah parutan coklat masakan. Anak2 tak berapa suka kek2 cam gini, jadinya hubby bawak pergi ke tempat kerja pagi tadi (Jumaat). Masa balik untuk solat Jumaat, kedua2 bekas dah kosong. Licin!!!
Sambil membakar kek pisang tu, untuk makan tengahari anak2, saya sediakan Tomyam ringlas aje. Perencah gunakan yang ready-made tu, lepas tu cuma letak ayam, sotong dan udang. Sayur2 ni, anak2 susah sikit nak makan. Kalau dimsaukkan, masa mereka makan semua sayur2 tu ditolak ketepi. Lebih baik tak payah letak, tak le membazir!
No comments:
Post a Comment