Friday, July 12, 2019

Majlis Tahlil, Doa Selamat Dan Penyampaian Cenderahati

28.06.2019 | JUMAAT

Alhamdulillah. Di pagi Jumaat yang penuh barokah, kami mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bersama sahabat-sahabat helwa SNI.  Tahlil ringkas dipimpin oleh Ustazah Hajjah Maisarah, manakala doa selamat pula dipimpin oleh Ibu Hajjah Zaiton.
 Selesai bacaan doa selamat, diadakan pula majlis penyampaian cenderahati kepada sahabat-sahabat helwa yang berjaya khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah. Saya termasuk salah seorang daripada 15 orang yang khatam Al-Quran.
 Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjaya khatam Al-Quran. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang cenderahati tersebut.
 Sahabat-sahabat yang khatam Al-Quran :
1. Ustazah Hajjah Maisarah
2. Rossita Mhd Zain - saya la tu
3. Hajjah Rahimah @ Hajjah Im
4. Kak Foziah @ Kak Gee
5. Hajjah Zaiton @ Ibu Eton
6. Jalinah 
7. Siti Khatijah @ Ijah - diwakili oleh Kak Pisah
8. Ustazah Zalina
9. Kak Zarina
10. Ustazah Nor Afizah - diwakili oleh Ina
11. Sharifah @ Pah 
12. Kak Hajjah Senah - diwakili oleh Ani
13. Hajjah Aisyah @ Hajjah Peah - diwakili oleh Rai
14. Kak Zai - diwakili oleh Kak Sal
15. Kalsom @ Chom
Cenderahati yang kami terima merupakan senaskah Al-Quran serta sebiji bekas Tupperware yang berisi biskut dan jajan.

Thursday, July 11, 2019

Sambutan Hari Lahir Bulan Jun 2019

 28.06.2019 | JUMAAT

Alhamdulillah. Pagi Jumaat yang penuh barokah, kami diraikan dalam majlis yang ringkas tapi meriah. Bulan Jun, cuma kami bertiga yang diraikan. Bulan ini, dua kali saya diraikan sempena ulangtahun kelahiran. Haritu, MyKanda dan anak-anak dah buat kejutan.
Kek ulangtahun kelahiran untuk bulan ini ditaja oleh orang lain. Biasanya, setiap bulan saya yang taja kek birthday tu. Tapi sebab bulan ni saya yang diraikan, maka kek ini ditaja oleh orang lain. Terima kasih kepada yang menaja kek kami.
 Kami bertiga yang diraikan! 

Wednesday, July 10, 2019

Ziarah Marhaban Dari Sahabat TDT

26.06.2019 | RABU

Alhamdulillah. Menerima kunjungan sahabat-sahabat kelas tadarus dan tadabbur Surau Nur Iman, Selasih Pulau. Pagi tu saya tidak ke kelas. Ponteng. Hahahahaaa....
Nak buat persediaan untuk menyambut tetamu nanti kononnya. Saya tak masak sendiri. Saya tempah je makanan utama. Makanan utama ialah Soto Madura dan set pulut kuning dan rendang ayam. Saya cuma sediakan cistat dan air je. Kek lapis tu saya beli untuk hari raya aritu. Mini butter muffin tu pulak saya beli si pasar tani hari Sabtu sebelumnya.
 Alhamdulillah! YaAllah...saya tak sangka seramai ini yang datang ke rumah saya. Tak muat ruang tamu, sampai ada yang berdiri di atas tangga - termasuklah saya. Kebeulan masa tu sekolah-sekolah dicutikan akibat kes pencemaran tu. Jadinya, ramai juga anak-anak yang turut sama. Alhamdulillah!

Nyanyian selawat diorang bawak irama Enjit-Enjit Semut. Sedap la pulak mendengarnya.
 Tengok! Penuh ruang tamu saya. Maaf ya sahabat-sahabat atas segala kekurangan. Terima kasih sahabat helwa yang sudi menerima jemputan untuk ziarah marhaban ke kediaman saya. Terima kasih juga atas penerimaan kalian atas kehadiran saya di kelompok kelas TDT. Terasa sangat kerdil diri ini bila berada di dalam kelompok kalian yang lebih tinggi ilmu akhiratnya. Semoga saya terus istiqomah untuk menambahkan ilmu akhirat. Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke sana. In shaa Allah. Aamiin...

 Sempat juga kita bermarhaban ke rumah Cikgu Hajjah Rafidah yang rumahnya berselang 9 buah sahaja dari rumah saya.
Soto Madura tu hidangan di rumah saya. Pulut kuning dan rendang tu saya tapau dari rumah Cikgu Rafidah - sebab tak sempat nak enjamah. Nasi impit tu ialah nasi impit geng soto madura.

Saturday, July 6, 2019

Walimatul Urus Adib Hakim Dan Amirah Nurdiyanah

 22.06.2019 | SABTU

Alhamdulillah. Berkesempatan menyantuni jemputan walimatul urus Adib Hakim & Amirah Nurdiyanah, putera kepada sahabat yang sama2 belajar di ITM Shah Alam tahun 1986-1988 yang lalu. Alhamdulillah, walau sudah berpuluh tahun terputus hubungan, ukhuwah terjalin semula melalui sahabat2 yang lain. 
Terima kasih Hawa atas jemputannya. Tahniah...dapat menantu. Didoakan semoga Hawa dikurniakan kesihatan yang baik. Jaga kesihatan ya Hawa.
 Selamat pengantin baru kepada kedua2 mempelai. Semoga ikatan yang dibina kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Aamiin...
 Majlis diadakan di homestay kepunyaan mereka sendiri. D'Bricks Cafe yang teletak di Kg Maju Jaya (Jalan Kempas Lama), Skudai. Pelamin disediakan di hadapan kolam renang. Dibina titi untuk melintasi kolam dari dewan besar menuju ke pelamin. Idea kreatif...

Thursday, July 4, 2019

21.06.2019 - Ziarah Marhaban di Selasih Pulau

21.06.2019 | JUMAAT

Di pagi Jumaat yang penuh barokah, kami bermarhaban di Selasih Pulau. Di rumah rakan2 sekelas kami di Surau Nur Iman. Sepatutnya ada empat buah rumah tapi saya hanya sempat bersama di tiga buah rumah sahaja. Rumah pertama ialah rumah Hajjah Aisyah aka Hajjah Peah. Kami juga disertai oleh kumpulah Helwa Masjid Al Firdaus. Alhamdulillah.
Dari rumah Hajjah Aisyah, kamu ke rumah Ustazah Nor Afizah pulak. Selesai marhaban, kami dijamu dengan makanan2 sunnah. Ustzazah Afizah baru balik daripada menunaikan umrah Ramadhan dan berhari raya di Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah.
Dan rumah ketiga ialah rumah Ustazah Maisarah. Dimulakan dengan persembahan nasyid. Kemudaian barulah berselawat. Alhamdulillah. Berbagai2 juadah yang dihidangkan.
 Bergambar beramai2 di rumah Ustazah Maisarah.
Gaya comel daripada kami :) 


Saturday, June 29, 2019

18.06.2019 - Rakan Sabahan Beraya


Rakan2 Sabahan Ayong datang beraya. Mereka ialah rakan sekerja Fateen. Masa mereka travel ke Sabah tahun lepas, mereka inilah yang menjadi tour-guide Ayong dan kawan2nya. Riuh rendah rumah dengan gelagat mereka. Bercakap dalam slang Sabah dan kadang2 cuba meniru percakapan orang Johor. 

Yang berkurta cokelat tu bukan Islam tapi Ayong bagi syarat kalau nak datang beraya, mesti pakai baju Melayu. Makanya dia sanggup membeli sehelai kurta untuk dipakai. Yang kelakarnya, setiap kali nak duduk, mesti dia angkat bahagian bawah kurta tu. Sempit katanya. 

Yang berbaju-t kelabu tu beragama Islam. Dia ada makcik di sini tapi bila ditanya makciknya duduk di mana, dia pun tak tau katanya. Yang berbaju-t hitam tu pulak ialah adik kepada yang berkurta tu. Mereka dua beradik. Dan ketiga2 mereka bekerja di kilang yang sama.

Thursday, June 27, 2019

16.06.2019 - Ahad Yang Penuh Dengan Aktiviti

16.06.2019 | Ahad
Kami berlima je. Semalam dah hantar Adik balik asrama. Pagi ini kami bersarapan di McD Seri Alam. Masing-masing dengan menu pilihan sendiri. Saya mesti cari cappucino besar. Kegemaran saya. Bersarapan pun jam 10:15 pagi. 

Kesian patung tu dipaikan baju stail arwah Pak Uda...
Selesai bersarapan, kami menuju ke AEON Permas Jaya pula. Orang lain dah shopping sebelum raya, kami shopping selepas raya. Bukannya shopping apa pun. Jamu mata je lebihnya. Beli jugalah apa yang perlu. Lengang je AEON. Maklumlah...selepas raya. Senang je rasanya, tak sesak. 

Selesai di AEON, dalam perjalanan balik, singgah pula cari durian di Masai U-Sentral. Saja cuba-cuba nasib kot-kot ada dijual waktu tengah hari tu. Masa tu baru jam 12:40 tengah hari. Alhamdulillah...ada. Yang lain-lain terus menuju ke meja yang disediakan. Saya menuju ke rak-rak yang terdapat durian-durian. D24, IOI, Musang King, Duri Hitam, durian kampung. Tanya-tanya kepada si penjual, durian mana yang sedap. Dia pulak bertanya kepada saya, saya suka durian yang macamana. Yang pahit-pahit, yang manis-manis, yang dah lembik atau yang keras-keras sikit? Akhirnya saya pilih Durian IOI. Ambil IOI 2 biji dan durian Thailand sebiji. Jumlah RM75.
Ini durian IOI...

Habis 3 biji. Macam tak cukup. Mereka makan sikit aje. Saya je yang makan banyak. MyKanda kata kalau nak lagi, ambil je la. Apa lagi...terus bangun menuju ke rak durian lagi. Kali ini penjual tu sarankan mencuba Musang King tapi saya tak nak sebab dah pernah rasa. Dia kata durian Duri Hitam pun sedap juga. Lebih sedap daripada Musang King. Harga RM50 sekilo. Minta dia pilihkan sebiji, yang kecil je sebab harganya agak mahal. Ditimbang...RM74 sebiji tu. Nak rasa punya pasal, saya beli je. Sekali bila dia kopekkan....YaAllah! Bila dan masuk ke dalam mulut....Subhanallah, MasyaAllah! Bila dah dikunyah-kunyah dan ditelan, lalu kat anak tekak...Alhamdulillah! Wow...memang sedap! MyKanda, AbangNgah dan AbangYang makan seulas seorang aje. Ayong tak makan. Selebihnya saya yang makan. Saya memang suka durian tapi durian yang sedap-sedap je. Hahahahaa....
Inilah durian Duri Hitam tu. Isi yang tebal, biji yang kisit. Puas makannya...

Lepas makan durian, singgah pulak di KipMart. Ada yang nak mencari speaker. Singgah di kedai menjual peralatan berkaitan komputer. Memang selalu membeli peralatan berkaitan komputer di situ selain daripada kedai komputer di AEON Permas Jaya tu.

Masing-masing memilih speaker. Saya perhatikan aje...

Dah. Jom balik...!

Tak habis lagi aktiviti hari Ahad. Bersambung pulak ke sebelah malam. Kawan-kawan sekolah menengah Ayong datang beraya. MEreka memang selalu datang beraya. Kebetulan setiap dua tahun sekali mereka datang. Orang yang sama juga...
Mereka meniru aksi-aksi mereka pada kunjungan dua dan empat tahun yang lepas...

Ini pula aksi mereka untuk tahun ini. Aksi ini akan ditiru pada kunjungan raya akan datang...

Yang bertopi tu ialah seorang doktor. Yang berkurta oren tu pula, belajar Bahasa Cina di Guangzhoa, China. Balik bercuti. Yang berkemeja biru tu, bekerja di Tanjung Langsat dan yang sorang lagi tu bekerja di Johor Bahru. 
Bila sekali-sekala berjumpa, kecohnya macam 100 orang! Dekat jam 12 tengah malam baru mereka beredar.

Lepas mereka balik, barulah Ayong dan AbangNgah bawah hadiah-hadiah ni turun. Surprise untuk abah deme. Masa tu dah masuk hari baru sebab dah selepas tengah malam.

Dan mereka terus wish happy birthday kepada saya. MyKanda pulak kata, chocolate bouquet tu boleh bagi saya sebagai hadihah birthday. Mana aci kan!

Tuesday, June 25, 2019

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-52

17hb Jun 2019. Isnin. 13 Syawal 1440H.

Alhamdulillah. Bertambah satu angka lagi usiaku. Genap usiaku 52 tahun. Masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk melihat keindahan alam ciptaanNYA. Semoga Allah kurniakan umur yang berkat kepadaku. Aamiin...

13 Syawal. Hari Putih. Hari Isnin. Berpuasa sunat Hari Putih, sunat hari Isnin dan sunat Syawal.

Masa tengah sibuk di dapur menyediakan juadah untuk berbuka puasa, MyKanda dan Ayong balik dari kerja. Kebetulan hari ini, jiran yang Ayong selalu tumpang pergi balik kerja tu, meyambung cuti. Makanya, dia minta abahnya datang ambil dia untuk balik. Masa pergi kerja tu, dia minta AbangYang tolong hantarkan. AbangNgah pulak memang dah balik awal daripada mereka.

MyKanda masuk ke dapur. Bertanya masak apa. Kemudian dia keluar semula ke ruang tamu. Tak pasti apa yang mereka bicarakan anak-beranak di ruang tamu. Lepas tu MyKanda masuk semula ke dapur. Dia pegang kedua-dua bahu saya dan tolak saya keluar dari dapur menuju ke ruang tamu. Ayong dan AbangNgah dah standby dengan sejambak bunga dan sebiji kek.

Allahuakbar. Alhamdulillah. Berbunga-bunga rasa hati bila menerima kejutan daripada mereka. Cumanya sedikit musykil tentang jambangan bunga tu. Warnanya memang sangat-sangat menarik. Warna-warna yang sangat lembut. Cuma kuantitinya cuma 26 kuntum. 20 kuntum berwarna fost pink dan 6 kuntum berwarna soft purple yang diletakkan di tengah-tengah jambangan tu.

MyKanda yang berada di belakang saya, memeluk saya dengan sebelah tangannya. Tangan kanannya melingkari bahu kanan saya dan memegang bahu kiri saya. Dalam masa yang sama, MyKanda menerangkan kenapa bunga tu cuma 26 kuntum sahaja. KAtanya, 26 kuntum tu juga menunjukkan tanda kami baru berkahwin. Kami berkahwin 26 tahun yang lalu. Konon-kononnya ala-ala pengantin baru gitu. Dan akan terus jadi pengantin baru katanya. Alahaiiiii...sweetnya MyKanda!

Mereka siapkan meja untuk berbuka. Buka kotak kek. Ambil piring, pinggan dan sudu. Mereka suruh emaknya duduk je. Sementara nak tunggu waktu berbuka, konon-kononnya tiup lilin la - padahal tak ada lilin pun - dan potong kek. Lepas tu Ayong datang menghampiri saya dengan sebuah beg kertas. "Ini daripada anak-anak mak", katanya. "AbangYang yang suggestkan", sambungnya lagi. Beg kertas Bonia. Ada kotak jam tangan Bonia. Jam tangan Bonia dengan batu-batu swarovski. Terima kasih anak-anak mak.... 

Saya memang pakai jam tangan jenama Bonia. Yang saya pakai sekarang ni, dah lebih daripada 10 tahun usianya. Saya beli pada awal tahun 2008, menggantikan jam yang sebelumnya, juga jenama Bonia, yang hilang dilarikan oleh perompak yang masuk ke rumah kami pada akhir tahun 2017 dulu. Dan jam yang sekarang tu pun, dah loose klipnya dan banyak batu-batunya yang dah hilang. Hari tu dah MyKanda kata beli je la yang lain. Tapi saya sayangkan jam lama tu. Cumanya klipnya saja yang longgar. Pernah tercicir tapi nasib baik jumpa semula. Dah ada jam tangan yang baru ni, boleh la hantar jam lama untuk dibaikpulih.

Monday, June 24, 2019

14.06.2019 - Ziarah Raya

Puan Hajjah Shidah menjemput ke rumahnya hari Jumaat lepas. Ziarah sambil beraya. Mengeratkan silaturrahim.


Sunday, June 23, 2019

Kejutan Lagi Untuk Ayong

12. 06. 2019 | Selasa

Birthday dia 9hb Jun lalu. Dah buat kejutan yang tak dirancang masa hantar Adik balik ke asrama aritu. Tapi tak sempat nak buatkejutan macam tahun-tahun lepas. Alaaa...sekadar belon-belon dan jambangan cokelat aje.

Hari Isnin tu - 11hb Jun 2019 - baru saya deal dengan Sis Balloons untuk hantar kejutan ini kepada Ayong. Hantar ke kilang tempat dia bekerja. Nasib baik Sis Balloons boleh menerima tempahan saya di saat akhir. Minta Sis Balloons hantarkan pada hari Selasa.

Seperti yang dijanjikan, dia pergi ke kilang Ayong dalam jam 10:00 pagi. Sampai di pintu kilang, ditahan dek pengawal keselamatan. Biasalah kan..pemeriksaan keselamatan. Pengawal tu check nama Ayong dalam senarai dia, dia kata Ayong tak datang kerja hari ini. Sis Balloons called saya bertanyakan samada Ayong kerja atau tidak. Sebab pengawal kata dia tak kerja dan dia cuba telefon Ayong tapi tak berjawab. Rupanya masa tu Ayong dalam bilik mesyuarat, tengah bermesyuarat. 

Pengawal tu cuba telefon nombor telefon milik syarikat yang digunakan oleh Ayong. Barulah Ayong angkat panggilan tu. Pengawal tu minta Ayong datang ke pondok pengawal sebabb ada orang nak jumpa katanya. Ayong ingatkan supplier yang datang. Sampai je di pondok pengawal, SURPRISE!

Dia nampak belon-belon warna pink bergoyang-goyang dekat pondok tu. Ada juga sejambak cokelat. Alhamdulillah. Terima kasih Sis Balloons atas kejutan ini...